Tersentuh melihat kebaikan yang dilakukan oleh Datin Seri Nur Shahida, isteri tercinta kepada usahawan tersohor Datuk Seri Aliff Syukri ketika kunjungannya ke sebuah pusat perlindungan wanita, bayi dan kanak-kanak baru-baru ini.
Video kunjungan tersebut dimuat naik di Instagram peribadinya yang telah meraih lebih 18 ribu tanda suka.
Dalam hantaran itu, Datin Seri Nur Shahida menyantuni anak-anak kecil di bawah jagaan pusat perlindungan Rumah Kita.
Untuk info, Rumah Kita merupakan sebuah pusat perlindungan untuk mangsa dera, mangsa rogol serta wanita yang terlanjur sehingga melahirkan anak.
Tidak berseorangan, Datin Seri Nur Shahida turut membawa anak sulung serta anak keduanya iaitu Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra.
View this post on Instagram
“Sengaja saya bawa Ammar Ahyan dan Qadejah ke @ngo_rumahkita ni.
“Sebab nak bagi mereka belajar, supaya mereka dapat mendalami perasaan insan insan yang ada di Rumah Kita iaitu sebuah pusat perlindungan bagi mangsa dera, mangsa rogol dan wanita yang terlanjur sehingga melahirkan anak.”
Bagi Datin Seri Nur Shahida yang sudah beberapa kali mengunjungi pusat perlindungan itu, ia cukup memberi keinsafan kepada mereka.
Senyuman tetap terukir pada wajah Ammar dan Qadejah ketika bermesra dengan anak-anak kecil di pusat perlindungan itu.
Lebih-lebih lagi Qadejah atau terkenal dengan panggilan Cess ini yang sememangnya seorang yang mudah mesra dengan kanak-kanak.
Dengan usianya yang baru belasan tahun, tidak menjadi masalah kepada Qadejah untuk melayani anak-anak kecil di situ seperti kakak dan adik.
Qadejah yang tampil manis berbaju kurung moden pink kelihatan semakin cantik persis ibunya!
Sementara Ammar pula segak menyarungkan t-shirt merah berlengan pendek dan berkolar yang dipadankan dengan seluar berwarna cerah. Terserlah kematangannya sebagai seorang abang.
Mereka turut memanfaatkan detik kunjungan itu dengan menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan.
Harapan Datin Seri Nur Shahida agar pemberian tersebut dapat memberikan seribu senyuman buat anak-anak kecil di situ.
Untuk info, Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida dikurniakan enam cahaya mata hasil perkongsian hidup yang dibina sejak Ogos 2007. Selain itu, mereka turut mempunyai seorang anak angkat.
Hijabista mendoakan agar kebaikan yang dilakukan oleh Datin Seri Nur Shahida serta anak-anaknya itu dikurniakan ganjaran pahala dan rezeki yang melimpah ruah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI