“Saya Mudah Memaafkan Namun Sukar Untuk Melupakan” Tangisan Nadia Brian Buat Ramai Sebak.
Ramai yang tersentuh dan merasa sebak ketika menonton video podcast yang dikongsi oleh CintaQuran baru-baru ini.
Video tersebut memaparkan sesi bual bicara antara pendakwah terkenal tanahair, Ustaz Izhar Nazri dan pelakon jelita Nadia Brian.
Dalam sesi tersebut, Nadia mengajukan persoalan kepada Ustaz Izhar Nazri tentang kemaafan serta meminta cara untuk memaafkan.
Nadia mengakui dia sebenarnya seorang yang mudah memaafkan namun sukar untuk melupakan perbuatan seseorang itu terhadapnya.
View this post on Instagram
“Nak memaafkan orang tu rasa susah sangat. Apa tips nak bagi hati kita ikhlas nak memaafkan seseorang walaupun dia buat jahat kat kita, fitnah kita.
“Sebagai contoh, ibu bapa saya bercerai dari kecil dan saya membesar tanpa ayah. Nak maafkan ayah tu, memanglah ayah kita maafkan. Tapi benda itu ada dalam hati kita,” dedah Nadia.
Sebagai respon terhap persoalan Nadia, Ustaz Izhar Nazri menjelaskan bukan mudah untuk melupakan kesalahan orang yang telah menyakiti kita namun memaafkan itu juga boleh membuatkan jiwa merasa lebih tenang.
“Nabi tak pernah pun minta kita melupakan salah orang pada kita. Allah minta kita untuk memaafkan tapi tidak melupakan supaya kita belajar dari silap kita yang dulu.”
Ustaz Izhar Nazri turut berkongsi petikan surah an Nur ayat 22 di mana sesiapa yang boleh memaafkan kesilapan seseorang dan berlapang dada, lagi besar ganjaran yang Allah akan kurniakan kepada kita.
Menurut Ustaz Izhar Nazri, kehidupan seseorang itu juga akan lebih tenang dengan memaafkan orang yang menyakiti.
“Sebenarnya Allah sedang menjawab doa kita. Hari-hari kita minta, ampunkan kita. Kata ulama, jika amalan kita tidak dapat menjemput keampunan Allah, Allah akan hantar manusia untuk sakiti kita.
“Bila kita memaafkan orang yang sakiti kita tu, Allah akan ampunkan kita. Hidup takkan tenang selagi kita nampak siapa sakiti kita. Kita akan mula lapang bila tahu siapa yang hantar orang ini.”
Jelas Ustaz Izhar Nazri lagi, itulah proses untuk kita memaafkan orang. Ia ambil masa namun berbaloi.
Kredit Foto: Instagram Nadia Brian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI