Saya Masih Ingat Satu Kisah Di mana Ada Seorang JemaahUmrah Sewaktu Di Makkah, Dia Tiba-tiba Jadi Seperti Hilang Arah.

Share

Hijabi yang mesra disapa Syira ini ternyata gemar bercuti mengelilingi dunia bersama keluarga tersayang. Membuka cerita, sememangnya banyak negara yang telah dilawatinya seperti  Jordan, Madinah,Mekah, Australia,Indonesia, Thailand, Singapore, Beijing, Korea, United Kingdom, Paris, Switzerland, Italy, New Delhi, Kashmir dan juga China.

PENGALAMAN MENGINSAFKAN SEWAKTU UMRAH

“Kebiasaannya,  kami pergi dengan agensi pelancongan sebab ibu bapa saya lebih selesa begitu melainkan di Indonesi kerana sudah biasa dengan negara itu. Biasanya kami akan habiskan masa selama seminggu tetapi jika umrah ataupun jelajah Eropah itu akan mengambil masa lebih lama sekurang-kurangnya dua minggu.

“Setiap negara akan memberi pengalaman yang berbeza-beza. Macam pergi Madinah dapat naik bus yang gunakan magnet tanpa enjin dan rasa seperti magis pula. Malah sepanjang tempoh mengerjakan umrah, kita boleh perhatikan pelbagai jenis ragam orang dengan bermacam-macam dugaan.

“Saya masih ingat satu kisah di mana ada seorang jemaah umrah sewaktu di  Makkah, dia tiba-tiba jadi seperti hilang arah walhal sebelum itu keadaannya baik-baik sahaja sewaktu di Malaysia. Berdepan pengalaman itu sememangnya amat menginsafkan,” cerita anak bongsu daripada empat beradik ini.

Selain itu, banyak kisah menarik yang dikongsi oleh Syira ini dan antaranya pengalaman ketika pergi ke Australia, Chin dan juga Switzerland serta Kashmir, India.

“Pergi Australia dapat bermain tobboggan dalam salji. Di Guilin dapat menaiki kereta kebal terbuka hingga ke atas gunung, di Switzerland pula dapat menaiki titlis rotait 360 darjah seperti dalam filem Kingsman.

“Lain pula pengalamannya ketika berkunjung ke Kashmir, India. Anda akan dapat lihat pemandangan yang sangat indah dan gambar yang diambil langsung tidak perlu diedit kerana semuanya sudah cukup sempurna,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai pencarian makanan halal sewaktu bercuti, Syira menjelaskan ianya tidaklah sukar namun adakala agak mahal di sesetengah negara. Tambahan pula, mereka sentiasa membawa periuk nasi mini dan juga segala jenis makanan segera sebagai persediaan di sana.

MEMBELI BELAH PALING SERONOK DI EROPAH

Nama : Nursyahirah bt Mohammad Jubri (Syira) Umur: 22 Tahun |Pekerjaan : Pelajar Undang-Undang UiTM Shah Alam

Gadis ini juga tidak menyangkal keseronokan membeli-belah sewaktu melancong.

“Membeli-belah paling seronok semestinya di Eropah kerana barangan berjenama lebih murah di situ berbanding di Malaysia dan kita juga boleh mendapatkan pulangan duit di sana jika kita membeli-belah melebihi jumlah tertentu.

“Layanan masyarakat berbeza di setiap negara. Ada yang sangat peramah seperti di Australia dan UK. Tetapi jika di Paris, Itali dan China, mereka  agak sombong mungkin kerana mereka tidak mahir bercakap dalam bahasa Inggeris jadi mereka enggan berkomunikasi dengan kita.

“Seperti di China, kebanyakan pemandu teksi enggan mengambil kami sebagai penumpang kerana tidak pandai berbahasa Inggeris,’’ tambah gadis berusia 23 tahunini ketika ditanya mengenai cabaran dan pengalaman yang mengujinya sewaktu bercuti di negara orang.

Sebelum mengakhiri perbualan, dia sempat memberikan sedikit tips buat para hijabi di luar sana yang berkeinginan pergi bercuti.

“Jika anda ada peluang untuk bercuti, ambillah peluang itu kerana melaluinya anda akan dapat melihat kebesaran Tuhan dan keindahan ciptaan-Nya.

“Selain itu, ianya pasti membuatkan anda bersyukur dengan nikmat Tuhan. Misalnya di India atau Kashmir, masyarakatnya tetap dapat hidup gembira walaupun serba kekurangan. Itu pasti akan membuka mata anda dan buatkan anda lebih menghargai kehidupan ,” tuturnya yang berazam untuk ke New Zealand dan Hong Kong pula selepas ini.

Dapatkan Majalah Hijabista Terbaharu Solo Travel Edisi muslimah

Published by
SH