Berita

“Saya Makan Sebelum Lapar” 6 Rahsia Cantik Semula Jadi PAULA VERHOEVEN

Share

Paula Verhoeven aktif dalam dunia peragaan sejak 2003. Dunia peragaan sinonim dengan kecantikan fizikal. Penampilan menawan dan badan tinggi lampai dianggap sebagai aset ‘wajib’ untuk menjadi model.

Kredit Foto: paula_verhoeven

“Kecantikan seiring dengan kesihatan. Dengan gaya hidup sihat, kita boleh mencapai kecantikan,” katanya.

Inilah rahsia cantik Paula:

Menjaga Kebersihan Gigi
Bagi Paula, gigi yang sihat dan cantiik adalah sangat penting kerana ia membantu meningkatkan keyakinan diriya.

Kredit Foto: paula_verhoeven

“Jika kita mempunyai gigi yang putih dan bersih, secara tak langsung kita akan menjadi lebih yakin. Caranya, berus gigi dua kali sehari dan bertemu doktor gigi secara teratur.”

Senyuman Semula Jadi
Apabila tersenyum, pastikan ia datang dari hati.

Kredit Foto: paula_verhoeven

“Jika sedang merasa gembira, senyuman akan terserlah secara semula jadi. Antara petua mudah untuk mendapatkan senyuman yang natural ialah ketika tersenyum, tinggalkan ruang lebih kurang satu jari di antara gigi atas dan bawah. Cara lain, melekapkan lidah ke bumbung mulut dan menampakkan gigi atas apabila tersenyum,” saran model berusia 27 tahun ini.

Rutin Senaman
Diinspirasikan oleh model kegemarannya, Gisele Bundchen, Paula kerap bersenam sekurang-kurangnya lima kali seminggu. Senaman yang dilakukan tidak memerlukan peralatan. Paula hanya perlu mengangkat berat badannya sendiri.

Kredit Foto: paula_verhoeven

“Saya berlatih skuad dengan menonton tutorial di YouTube,” kata pemenang Elite Model Look 2003 ini.

BACA JUGA: “Wanita Perlu Berdikari” Nasihat PAULA Buat Kaum Hawa Untuk Elak Kekecewaan & Rasa Tidak Bahagia

Mengawal Pola Pemakanan
Selain menjaga kecantikan luaran, Paula juga sangat menjaga pemakanan. Seboleh-bolehnya dia akan mengelakkan makanan bergoreng. Jelasnya, terdapat empat komponen dalam menjaga pemakanan iaitu sumber, persembahan, kuantiti dan masa.

Kredit Foto: paula_verhoeven

“Saya memilih ikan, dada ayam, sayur-sayuran dan serat. Dalam menghidangkannya, saya memilih makanan dengan sedikit minyak dan sedikit garam, yang boleh disediakan dengan cara memanggang atau merebus. Jumlahnya mesti diselaraskan mengikut keperluan.

“Saya makan sebelum lapar supaya saya boleh lebih rasional dan sihat dalam memilih makanan,” kata Paula.

Rehat Yang Cukup
Bagi memastikan wajahnya sentiasa segar, pelakon filem Supernova ini akan berehat selama enam hingga lapan jam sehari.

Fikir Positif
Paula akui ramai model yang lebih cantik daripadanya. Justeru, selain kelihatan menarik, dia juga cuba menunjukkan personaliti yang baik.

Kredit Foto: paula_verhoeven

“Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, tetapi bandingkan diri kita dengan siapa kita dulu.”

Kata Paula, dengan cara ini seseorang itu akan lebih bersyukur dan ada peningkatan dalam diri.

 

 

 

 

Published by
Amy Mohd