‘Saya Juga Ada Masalah Peribadi’- Tak Melatah, Hannah Delisha Mohon Doa Dari Semua

Share

Terpalit kontroversi mengenai isu perkahwinannya bersama Imam Shah yang dikatakan tidak mendapat restu daripada ibunya, pelakon jelita, Hannah Delisha memohon maaf kepada semua berikutan isu tersebut yang menjadi perhatian ramai.

Menerusi instastory dan laman Twitter, Hannah telah meluahkan isi hatinya dan berharap masyarakat memberikan ruang buat dirinya dan keluarga buat masa ini.

Assalamualaikum, 

Saya meminta maaf di atas segala perhatian yang tidak diingini kepada saya buat masa ini. Ya, seperti kamu, saya juga turut mempunyai masalah peribadi. Saya minta sangat kerana ia telah menjadi pengetahuan umum.

Ketika mula-mula saya menceburi industri seni, niat saya hanyalah untuk hiburkan kamu semua melalui kerjaya saya dan bukanlah kisah peribadi. Saya cuba hindarkan diri sehabis baik daripada gosip serta menjaga nama negara. Saya berharap agar terus dapat kekal lakukannya… InsyaAllah.

Sekali lagi, saya minta maaf di atas berita yang kurang menyenangkan ini mengenai saya mahupun keluarga. Anda saya berhak terima yang lebih baik daripada saya. Apa yang saya harapkan adalah doa daripada kalian serta ruang buat saya di masa sukar ini.

-HD-

Kagum dengan Hannah kerana tidak mudah melatah apabila dilanda kontroversi begini. Sememangnya pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini sangat matang dalam menangani masalah dalam hidupnya. Moga ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk Hannah dan keluarga. InsyaAllah.

Published by
QIST