“Saya bukan Ustazah,” Lisa Surihani konsisten hijrah, gementar pula bila diminta kongsi tip istiqamah!
Ya, sungguh tak jemu mata memandang kecantikannya. Namun lebih cantik lagi sebenarnya apabila mengenali peribadi Datin Lisa Surihani yang konsisten dalam perjalanan hijrahnya. Istiqamah itu berat, namun ini cara-cara yang dikongsikan agar seseorang itu kekal menjaga aurat dan adab sopan.
Gaya hidupnya berubah. Datin Lisa Surihani tekun membuat transformasi, sekaligus menyuntik inspirasi kepada ramai wanita berkenaan dirinya yang baru. Komited terhadap agama, bijak mengimbangi karier dan keluarga.
Lisa Surihani Hijrah Istiqamah
Memetik perkongsian Datin Lisa Surihani, 38 tahun, berkaitan perjalanan spiritual beliau menerusi sesi temu bual eksklusif ‘The Amin Idris Show’, beliau berkali-kali menekankan kepentingan untuk konsisten dalam laluan hijrahnya.
Bintang filem Kuala Lumpur dan pernah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM23 serta Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH2011 itu turut menitipkan beberapa tip berguna untuk kekal konsisten.
Ads
(1) Mencari Inspirasi Melalui Contoh Orang Lain
Datin Lisa berbicara tentang bagaimana individu yang berpengaruh dalam industri boleh menjadi sumber inspirasi. Ramai tokoh seni yang dikagumi kerana keupayaan mereka berbicara dengan lancar dan karisma mereka di kaca televisyen. Ini menunjukkan pentingnya memiliki role model atau mentor yang boleh dijadikan contoh dalam istiqamah.
(2) Kepentingan Penguasaan Bahasa
Datin Lisa menekankan betapa pentingnya untuk menguasai beberapa bahasa terutama dalam kerjayanya. Beliau percaya bahawa kemahiran bahasa yang baik adalah penting tidak hanya untuk komunikasi tetapi juga sebagai cara untuk meningkatkan profesionalisme dan keberkesanan dalam penyampaian mesej.
Ads
(3) Penglibatan Keluarga
Keluarga Datin Lisa memainkan peranan penting dalam perjalanannya. Beliau menceritakan bagaimana sokongan daripada keluarga sendiri membantu dirinya merasa lebih yakin dan selesa dalam mengejar minat. Sokongan keluarga sering kali menjadi kekuatan tambahan dalam menghadapi cabaran.
(4) Pengalaman Berharga Dalam Industri
Melalui pengalamannya dalam industri hiburan, Datin Lisa belajar banyak tentang kesabaran, ketekunan dan kegigihan. Contohnya, pengalaman seorang rakan artis yang mampu menangis dengan bersungguh-sungguh semasa penggambaran. Ini menunjukkan tingkat profesionalisme dan kemampuan seseorang untuk menguasai emosi dengan betul.
(5) Keaslian dan Kejujuran
Salah satu aspek yang ditekankan adalah pentingnya menjadi keaslian diri dan jujur dalam semua perkara yang dilakukan. Ini tidak hanya membantu dalam mempertahankan integriti peribadi tetapi juga dalam membangun kepercayaan dengan penonton dan pengikutnya.
Ads
Ibu bapa Datin Lisa memainkan peranan penting dalam pembentukan identiti dan pilihan kariernya. Nama ‘Lisa’ sendiri diambil daripada inspirasi salah satu watak utama The Mickey Mouse Club yang ditonton ibunya semasa mengandung.
Manakala nama ‘Surihani’ diberikan oleh arwah bapa Datin Lisa yang terkesan dengan seseorang yang dikenalinya dan ingin anak perempuannya memiliki kualiti yang serupa. Hasil gabungan kedua nama tersebut terhasillah nama – Lisa Surihani.
Meskipun arwah bapa Datin Lisa meninggal dunia ketika beliau berumur 23 tahun (tahun 2008), lelaki tersebut masih menjadi mentor yang sangat berpengaruh dalam hidupnya, termasuk dalam keputusan beliau mendalami jurusan undang-undang.
Terpaksa berjuang dengan kehilangan ayah pada usia muda membuatkan hubungannya dengan agama pada masa itu agak ketinggalan.
Namun kini, perjalanan spiritualnya yang baru telah membantunya memahami dan menerima banyak aspek kehidupan, termasuk kehilangan bapanya dengan lebih baik. Ini mencerminkan bagaimana aspek keluarga dan pengalaman peribadi yang mendalam berpengaruh dalam hidup dan hijrah Lisa Surihani.
Umum sedia maklum, jika bergelar selebriti perlu sentiasa tampil cantik, jelita, menawan dan sempurna di khalayak ramai. Ini demikian kerana, sebagai public figure seorang selebriti itu akan sentiasa menjadi sorotan, rujukan mahupun role-model kepada para peminatnya.
Perkara ini juga diakui oleh pelakon jelita, Riena Diana yang masih hijau dalam industri hiburan tanah air. Malah, katanya sebagai selebriti dia juga tidak terkecuali dari mengalami masalah kulit dan perlu sentiasa menitikberatkan penampilan sebelum tampil di khalayak umum.
Riena Diana Atasi Masalah Kulit Kering Dengan Dua Rutin Ini!
Jelas Riena, antara masalah kulit yang sering dihadapinya adalah mempunyai tekstur kulit kering kerana sering terdedah kepada sinaran matahari ketika menjalani pengambaran sebagai pelakon.
Justeru, untuk sentiasa tampil flawless dan mengekalkan kesegaran kulit wajah Riena sempat berkongsikan bersama Hijabista ‘Rahsia’ yang diamalkan agar masalah tersebut dapat diatasi.
“Setiap pagi bila Riena bangun, pertama sekali Riena akan cuci muka terlebih dahulu, lepas cuci muka Riena akan buat skincare routine, dan dua benda terpenting yang Riena amalkan adalah toner dan juga moisturizer.
“Dua benda ni paling penting sebab, sebenarnya kulit saya sangat kering, bila kering susah untuk make-up stay atau tahan lama pada wajah, terutamanya ketika pengambaran. Jadi bila amalkan dua rutin ini, make-up lebih smooth dan tahan lama serta tak merekah.
Menurut Riena lagi, antara petua yang diamalkan untuk menjaga kesegaran kulit wajah adalah pastikan sebelum melakukan skin routine pada wajah ambil sedikit masa untuk prep wajah dengan pek ais terlebih dahulu.
“Tapi sebelum pakai dua benda tu (toner dan moisturizer), Riena akan tempek pek ais dulu dekat muka, pek ais tu beli dekat shopee murah-murah je awak.
“Tonyoh je dekat muka sebelum pakai produk penjagaan kulit wajah. Sebab pek ais ni akan buatkan kulit wajah kita lebih segar dan bermaya,” ujarnya.
Ketika ditanya berkenaan bagaimana Riena mengekalkan make-up yang tahan lama pada wajah terutamanya pada musim-musim cuaca panas, ini respon beliau.
“Riena kalau pagi atau tak kemana-mana memang tak akan pakai make-up. Melainkan kalau keluar pada waktu tengahari atau petang, baru lah saya pakai make-up dan tips untuk make-up tahan lama ketika cuaca panas terik adalah sentiasa bawa kipas tangan, kalau tak memang make-up akan cair tau!,” seloroh Riena.
Para wanita dengan rejim kecantikkan memang tak terpisahkan, memiliki kulit cantik putih mulus sememangnya menjadi dambaan para wanita untuk kekal yakin berketerampilan.
Malah aktres jelita, Ayda Jebat juga tidak terkecuali menginginkan perkara serupa. Malah, siapa sahaja yang melihat kulit wajah si genit ini, pasti merasa cemburu.
Menurut, Ayda dia mempunyai cara tersendiri, untuk mengekalkan kulit cantik selama 10 tahun, hanya dengan mengamalkan minuman berasaskan bahan semula jadi.
Cantik Luar Dalam, Ini Amalan Ayda Jebat!
HIJABISTA sempat bertanyakan apakah ‘Rahsia’ yang diamalkan Ayda bagi mengekalkan kulit cantik dan mulus meskipun berdepan jadual padat menghadiri pengambaran lakonan dan model, serta dalam masa sama mengalas tanggungjawab sebagai seorang ibu yang menjaga dua orang cahaya mata.
Menurut Ayda, apabila usia sudah meningkat kolagen dalam badan pun makin menurun, pelakon drama bersiri Bukan Cinta Sempurna mendedahkan apabila umur semakin bertambah, dia perlu lebih prihatin tentang kecantikan luaran dan dalaman.
Asbab, menjadi duta kepada produk Aura White yang bertahan selama 10 tahun ini, Ayda hanya mengamalkan minuman yang memudahkan dia menjaga penampilannya.
Dengan ciptaan ‘all in one formula’, ternyata kolagen terbaru ini memberi sokongan penuh untuk kecantikan dalaman dan luaran dengan membekalkan nutrien penting pada tubuh wanita.
Ayda Akui Minuman Kolagen Terbukti Atasi Masalah Kulit!
Ayda menjelaskan, Biotin adalah bahan yang terbaik membantu masalah keguguran rambut dan kuku rapuh. Ia menguatkan struktur kuku dan rambut.
Memang sukar untuk anda mendapatkan vitamin sekiranya ia terdapat dalam makanan, tetapi dengan minuman ini memudahkan cara! Sekaligus dapat membantu untuk memberikan pencerahan kulit lebih cepat, melembapkan kulit, memudarkan parut, mengurangkan jerawat dan jeragat, mengatasi masalah penuaan, menganjalkan kulit dan juga sangat baik untuk kuku, rambut dan juga tumit kaki.
Apabila usia semakin meningkat, kadar kolagen dalam tubuh menurun, jadi wanita boleh menjana semula protein kolagen dalam bentuk peptida, dengan mengamalkan minuman suplemen tambahan yang menawarkan fungsi ini.
Sekarang dah tau ‘rahsia’ Ayda kan? Boleh lah, jadikan amalan. Tiada yang terlambat demi kecantikan. Kalau nak kecantikan kena usaha. Barulah nampak hasilnya!
Penyanyi dan pelakon bertubuh genit anak kelahiran Ipoh, Perak Amy Mastura merupakan antara selebriti wanita tanah air yang terkenal dengan wajah awet muda dan tak dimamah usia!
Malah, komposer dan pengacara Malaysia yang sentiasa tampil dengan personaliti dan keletahnya yang sarat dengan sense of humor dan bersahaja ini langsung tidak mencerminkan usia sebenarnya yang sudah mencecah 53 tahun.
Pesona dan perwatakan pelantun lagu popular Sha Na Na ini tetap menawan hati setiap peminat seni hingga ke hari ini. Mungkin kerana itu juga, bintang filem Puteri Impian ini sering tampak muda.
Asalnya Hanya Sekadar Minat, Akhirnya Tempa Kerjaya Sebagai Anak Seni!
Mendedahkan sisi peribadi kepada media suatu ketika dulu, Amy menjelaskan, “Saya menceburi bidang seni atas dasar minat.
“Kejuaraan di Jepun itu pun tidak disangka. Walaupun bermula sebagai seorang penyanyi, saya masih terima jika lebih dikenali sebagai pelakon kerana kedua-duanya adalah minat saya.
“Sedari awal lagi, saya langsung tidak mempunyai persediaan dan sehingga kini, saya hanya follow the flow.”
Anak-Anak ‘Mentor’ Kecantikan Amy
Berkongsi kisah bersama anak-anak, Amy Mastura jadikan anak sebagai ‘mentor’ untuk penjagaan kecantikan!
“Saya tidak ada rutin kecantikan langsung. Sekarang ni saya pula yang minta tip dari Adalia apa yang terbaik untuk kulit. Krim muka dia lebih banyak dari apa yang saya ada.
Saya sendiri tidak mengamalkan apa-apa petua. Dulu sewaktu dalam berpantang, saya cuma ikutkan apa yang diajar. Berpantang sepenuhnya secara tradisional pun tidak, cara moden pun tidak. It’s a mix of everything.
Cuma saya jenis yang tidak suka minum ais. Bukan pantang tapi saya sendiri tak terasa untuk menikmati air ais setiap masa. Mungkin itu juga membantu saya menjaga badan,” katanya.
Amy Mastura mula mencipta nama sejak menjuarai pertandingan nyanyian, Asia Bagus pada tahun 1993. Dia juga pernah memenangi anugerah Penyanyi Wanita Popular (ABPBH) dan Pelakon Wanita Terbaik (FFM).
Amy Mastura mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Alvin Tham Suffian pada tahun 2000. Mencecah usia perkahwinan 23 tahun, pasangan ini dilihat cukup romantis dan bahagia di samping dua cahaya mata perempuan iaitu Adriana dan Adalia.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...