“Saya Bukan Seorang Yang Semuanya Perkara Boleh Buat Dengan Baik” – Neelofa Syukur PU Riz Ada Untuk Menegurnya

Share

Siapa sahaja yang tidak tahu kemanisan rumah tangga Neelofa dan juga PU Riz apabila kedua pasangan ini kelihatan sangat mesra dan manis bila bersama. Tambahan lagi, Neelofa juga menitipkan rasa syukur apabila kehadiran suaminya itu seperti satu manfaat buat dirinya.

Selebriti dan usahawan terkenal itu juga baru-baru ini mendedahkan rasa syukurnya apabila di kurniakan oleh Allah SWT dengan seorang suami yang baik. Ramai juga yang menjadikan mereka sebagai contoh dalam mendirikan hubungan bersama.

Akan di tegur secara bersendirian bukan di khalayak ramai

Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih gemar di kenali sebagai Neelofa turut berkata dirinya belum cukup sempurna untuk melengkapi panduan kehidupan yang sebetulnya. Malah, dengan adanya suaminya, Haris Ismail, mereka berdua memainkan peranan bersama untuk melengkapi kekurangan yang ada.

Pelakon dan usahawan terkenal itu juga berkata suaminya sering menegur dan memberikan nasihat jika ada kesilapan yang di buatnya. Neelofa juga akui bahawa teguran dari PU Riz membuatkannya lebih akur dan menjadikan dirinya sebagai isteri dan Muslimah sejati.

Artikel berkaitan: Kongsi Tip Bagi Hubungan Antara Non-Muslim, Adam Corrie Nasihat Niat Kerana Allah SWT

“Saya bukan seorang yang semuanya perkara boleh buat dengan baik. Macam dengan suami pun kalau ada perkara yang tak sefahaman itu normal. Jadi kita cuba perbaiki semula,

“Kita kena ada perasaan sebegitu tapi kalau kita sendiri yang macam nak kebahagiaan seorang saja sampai sudah tak ada titik pertemuan di tengah-tengah.” kata pelakon itu.

Neelofa yang juga terkenal dengan perusahaan bisnes tudung dan juga baru-baru ini keluaran produk inai itu menitipkan lagi cara lembut teguran PU Riz kepadanya. Itulah yang di katakan sebagai nasihat dan teguran yang sebetulnya.

“Haris ini nampak saja macam itu tapi sekecil-kecil perkara pun dia memang sangat teliti. Contoh, cara saya duduk depan dia, cara saya jawab mesej dia,

“Dia sangat pentingkan adab dan akhlak. Kalau dalam mesyuarat, cara saya duduk, jawab soalan dia akan tegur. Dia kata kalau kita kurang ilmu dalam sesuatu perkara itu kena tunjuk adab dan akhlak yang baik,

“Dia akan tegur bila dah tak ada orang. Manisnya di situ. Dia juga tak jemu menegur, kalau saya memang dah penat nak buat macam itu. Benda yang sama dia boleh tegur saya berpuluh-puluh kali. Jadi saya pun jadi lebih peka selepas itu,” ujarnya lagi.

sumber dari Neelofa

Neelofa dan juga Suaminya telah mendirikan rumah tangga yang kini menjangkau usia setahun itu di kurniakan lagi dengan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal. Menurut neelofa juga, selepas bersalin dia juga melalui fasa baharu sebagai seorang ibu dan kehidupannya juga turut berubah.

“Saya tak rasa hidup saya terlalu sempurna, sebab mesti ada kurang di mana-mana. Tapi nak banding dulu dan sekarang saya rasa sekarang lebih tenang, hati saya macam penuh sebab ada anak dan suami yang boleh teman walaupun tak terlalu rancak tapi saya rasa dapat rezeki yang cukup.” sambungnya lagi.

Tidak di nafikan, Neelofa memberitahu bahawa PU Riz juga tidak menyekatnya untuk membuat apa-apa yang di inginkan. Jadi apa yang boleh kita titipkan dalam kehidupan adalah untuk sentiasa memahami antara satu sama lain, juga kunci utama adalah toleransi.

Sumber info dan gambar: Harian Metro dan Neelofa

Artikel berkaitan: Tampil Dengan Imej Berniqab Ke Majlis Ilmu, Aprena Manrose Akui Masih Lagi Belajar

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee