Saya Beruntung Ada Orang Tegur Jika Silap Langkah – Sherry Ibrahim

Share

Sejak memutuskan untuk berhijab tiga tahun lalu, selebriti ini sentiasa menjadi perhatian pihak media. Ternyata bentuk wajah serta personalitinya menyerlahkan lagi kejelitaan diri yang sebenar. Malah jarang cerita viral Singgah dalam diari kehidupan, sebaliknya hanya cerita kejayaan bergelar usahawan mengiringi perjalanan hidup Sherry Ibrahim atau nama penuhnya Syarizad Ibrahim, 35 tahun.

Namun baru-baru ini Shery terpalit dengan satu isu yang sedikit sebanyak mengganggu dirinya kerana menjadi buruan media. Biarpun begitu, sikap tenang menjawab segala persoalan yang menjadi kekuatan berdepan situasi berkenaan.

Biarpun begitu kehadirannya ke Studio Karangkraf untuk sesi fotografi sempena Edisi Hijabersary baru-baru ini tidak berkisar pada persoalan itu, sebaliknya lebih menyelami perjalanan hidupnya dalam penghijrahan bekas pramugari yang pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa selebriti lelaki popular.

Maksud definisi hijab pada Sherry

Hijab bagi Sherry adalah suatu tuntutan yang wajib pada semua wanita bergama Islam. Jika sudah bersedia why not dan yang sudah berhijab teruslah kekal istiqomah. Untuk kekal istiqomah pula pastikan ada teman-teman yang baik boleh tegur setiap kesilapan yang kita lakukan.

Tiada Situasi Yang Menyusahkan

Sudah 3 tahun berhijab dan dalam tempoh itu alhamdulillah tidak ada-apa situasi yang membuatkan saya susah. Sebelum berhijab pun Sherry ada dengar macam-macam cerita misalnya sakit kepala bila pakai inner. Tapi alhamdulillah Sherry dari mula berhijab sampai sekarang tiada masalah begitu. Segalanya seperti dipermudahkan. Cuma kadang-kadang dugaannya bila kita ada photoshoot ada yang nampak seluar singkat atau anak rambut yang boleh menjadi bahan kecaman netizen di luar sana. Tetapi biasanya bila Sherry rasa macam dah terkeluar sikit dari landasan, cepat-cepat Sherry akan muhasabah dan berpatah balik.

Jadi bagaimana agaknya untuk Sherry terus kekal berhijab?

Sebenarnya bila kita sudah berhijab, memang banyak dugaannya. Bagi Sherry setiap teguran yang datang itu Sherry take it positif dan jangan rasa marah atau sebagainya.

Kita Manusia Tiada Yang Sempurna

Sebenarnya Sherry beruntung kerana di kelilingi kawan-kawan yang baik. Mereka sangat protective dan pantang nampak apa yang tak betul dengan penampilan Sherry. Contohnya kalau ada photoshoot dan tudung dipakai nampak leher, cepat-cepat mereka akan ingatkan untuk tutup. Mereka inilah yang sering tegur apa yang tak kena dengan penampilan dan kadang-kadang buat kita lupa. Biasalah kita manusia ini tidak begitu sempurna dan kalau ada kesilapan yang Sherry buat dan ditegur dalam media sosial, Sherry tak akan ambil hati. Sherry ambil itu sebagai satu nasihat berguna.

Baju Yang Longgar Dan Stail Yang Menarik

Dari dulu Sherry memang suka tengok penampilan Laudya Cynthia Bella . Bagi Sherry dia seorang wanita Muslimah yang begitu menjaga penampilannya. Kita lihat dia sering mengenakan baju yang longgar tapi masih ada stail dan menarik mata menandang. Bukan itu saja, dia juga turut mengenakan stoking, baju labuh tapi still can style and stailo. Sama seperti kawan baiknya Zaskia Sungkar. Sherry memang suka dan respek lihat mereka berdua. Sherry suka lihat penampilan mereka dan ia memang beri inspirasi pada Sherry. Sebenarnya ia juga boleh jadi inspirasi hijabi di luar sana yang boleh berbisnes, bercuti walaupun berpenampilan begitu dan tidak membataskan masa untuk kekal aktif.

Penampilan Yang Outstanding

Sherry lebih suka bergaya sendiri tapi kalau ada majlis penting, Sherry akan pakai penata gaya, Ina sebab dia amat memahami kehendak Sherry. Kadang-kadang orang suruh kita pakai itu ini tetapi tidak begitu sesuai. Sebenarnya Sherry seorang yang ringkas dan begitu pentingkan keselesaan. Biasanya kalau keluar Sherry akan pakai hijab cara ringkas. Cuma jika ada majlis atau photoshoot bersama Sherry Scraves, Sherry akan ambik penata gaya supaya penampilan jadi lebih outstanding.

Boleh ceritakan sedikit perkembangan tentang Sherry Scarves?

Untuk koleksi Sherry Scarves memang Sherry lebih pentingkan keselesaan. Jadi Sherry akan keluarkan hijab apa yang disukai dan bukannya mengikut trend. Buat masa ini Sherry akan lebih fokus pada persiapan untuk raya dan akan all out. Insya-Allah.

Pesanan Buat Hijabi Di luar Sana

Untuk memastikan kita cantik luar dan dalam seseorang itu perlu ada hati yang ikhlas, tidak busuk hati dan jauhkan sifat dengki. Tak kisahlah macam mana gaya hijab dipakai, sama ada turban atau selendang, end of the day apa yang ada di dalamnya. Ini yang tunjukkan kita jenis insan bagaimana di sisi makhluk Tuhan.

Just be yourself, keep inspiring dan kalau rasa macam dah terkeluar cepat-cepat patah balik. Jangan rasa disebabkan kita berhijab banyak benda yang kita tak boleh buat. Dulu Sherry pun pernah rasa begitu terutama apabila mahu pergi gim. Cabarannya bagaimana untuk cari penampilan yang sesuai dan waktu itu rasa macam tak boleh bernafas. Lama kelamaan, baru Sherry jumpa pakaian yang bersesuaian dan jangan sesekali rasa ada kesusahan. Akhir sekali doa banyak-banyak pada Allah agar segala urusan kita dipermudahkan. Sherry sudah buat benda ini dan memang Sherry sedar betapa besarnya kuasa Allah sebab kita betul-betul nak berhijab. Berhijab bukan sebab trend atau imej tetapi sebab dari dalam diri kita sendiri.

 

Published by
SH