Biarpun sudah beberapa kali diasak untuk mendedahkan identiti, pempengaruh yang dikenali dengan nama AZ Pemurah ini tetap dengan pendirian untuk menyembunyikan wajahnya ketika menyantuni golongan yang memerlukan.
Kongsi AZ Pemurah, dia lebih selesa menyembunyi identiti kerana bimbang perasaan riak dan takbur menguasai diri ketika melakukan kebajikan.
“Memang ramai yang tanya, siapa AZ Pemurah. Kalau dalam video atau gambar pun, memang saya tak akan tunjuk wajah. Bukan apa, lebih kepada menjaga diri sendiri daripada pelbagai perasaan takbur dan riak.
“Saya mahu buat kebajikan, bantu orang tanpa perlukan perhatian. Cukuplah Tuhan tahu niat dan keikhlasan saya. Ini adalah cara saya berkongsi rezeki dan mengumpul amal menuju ke alam berbeza,” ujarnya.
@azpemurah Ya Allah berikanlah kekuatan utk ku terus melangkah 😭😭#azpemurah #doaaz #tiktokmalaysia #fyp #malaysia ♬ original sound – Az Pemurah 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
Pempengaruh yang juga usahawan ini ditemui ketika program Pengagihan Makanan Menyantuni Gelandangan di sekitar Chow Kit baru-baru ini.
Dalam pada itu, AZ Pemurah berkata mereka yang pernah dibantu juga memahami dan menghormati permintaannya untuk tidak menyebarkan wajah serta identitinya.
“Adakala bila saya pergi ke program-program kebajikan, saya tak pakai pelitup muka. Kadang-kadang, terjadi spontan kan. Tetapi mereka tak ambil video atau gambar pun, hormat cara saya.
“Walaupun mungkin ramai yang tertanya-tanya, saya lebih senang begini sahaja. Kalau ada yang nampak wajah saya di luar, saya minta jangan sebar atau muat naik. Alhamdulillah, mereka hormat permintaan saya,” katanya.
@azpemurahalhamdulillah rezeki adik-adik panda harini… Terpancar kegembiraan di wajah mereka… aaaminnn 🤲🏻🤲🏻🤲🏻♬ suara asli – Masha Allah – Law4
Diaju soalan pernahkah dia menerima kecaman lantaran memuat naik video-video kebajikannnya di media sosial, AZ Pemurah berkata jarang sekali.
“Mungkin daripada 1,000 komen ada satu yang kecam. Tetapi alhamdulillah, tidak melampau dan kasar pun.
@azpemurah Alhamdulilah 🤲🏻🤲🏻🤲🏻#doaaz #azpemurah #fyp #tiktokmalaysia ♬ original sound – Al Miyaz 🇲🇾 – farah&zaidul
“Mungkin sebab saya sendiri tidak tunjuk identiti di media sosial, jadi kalau nak cakap mahu perhatian jauh sekali, kan?
“InsyaAllah, saya akan kekal dengan cara begini. Lebih senang,” ujarnya yang memiliki lebih 1.5 juta pengikut di TikTok.
Kredit: AZ Pemurah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini