Apa yang biasa kita buat selepas sejam waktu subuh? Biasanya bagi yang bekerja agar segera bersiap untuk ke tempat kerja. Keluar awal kerana mahu elak kesesakan jalan raya. Bagi ibu-ibu pula sambil bersiap ke tempat kerja, siapkan anak-anak untuk ke sekolah.
Kalau waktu hujung minggu pula ada yang mengambil kesempatan untuk tidur semula selepas selesai menunaikan solat subuh. Sebenarnya satu jam selepas subuh itu cukup bermakna dalam kehidupan kita.
Berikut perkongsian bermakna Dr Suhana Abd Wahab
1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.
Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?
1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.
1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.
Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
Sumber kredit: Dr Suhana Abd Wahab
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Tarik Perhatian’ Dengan Cara Dekatkan Diri Pada Allah, Amal 15 Tip Ini Ketika Hadapi Masalah
Semua orang ada masalah, tinggal bagaimana seseorang itu mampu ‘menguruskan’ masalah dengan baik. Setiap orang pasti ada masalah. Orang yang bermasalah, pastinya dia akan memiliki masa-masa sukar dalam hidupnya. Di luar saja mereka kelihatan gembira sedangkan tiada orang tahu apa yang tersirat di dalam hati mereka. Salah satu punca diri berasa tertekan kerana merasakan hanya diri kita saja yang sedang diuji hakikatnya setiap manusia berhadapan dengan masalah masing-masing.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sungguh, kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Berikut 15 tip ketika menghadapi masalah. Moga-moga masalah itu tidak terus membelenggu diri dan akhirnya menjadi ‘racun’ dalam diri.
1. Pertama sekali, terus paksa diri untuk ambil air wuduk dan solat. Boleh rujuk surah Al Baqarah ayat 45. Allah s.w.t sendiri bagi tips terbaik, mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat.
2. Bila ada masalah, tika air mata mengalir. Saat itu satu saja yang boleh selesaikan masalah kita. Sedarilah bukan duit, bukan orang, bukan apa-apa melainkan Allah.
3. Selalu masalah datang dari pelbagai arah. Bertalu-talu. Kita tidak perlu fikir solusi, strategi atau pening nak buat apa. Jawapannya ketika timbul masalah adalah banyakkan Istighfar. Istighfar dulu. Solusi Allah akan bagi.
Minta ampun pada Allah. Kurangkan dosa kita. Diantara penyebab hidup kita selalu ada masalah, ini kerana kita kurang rahmat Allah dalam hidup atas akibat dosa kita.
4. Tarik perhatian Allah. Jemput rahmat Allah melalui mulakan menjaga amalan wajib. Solat 5 waktu saja tidak cukup, kalau boleh solat awal 5 waktu. Tambahkan dengan amalan-amalan sunat terutama Tahajud.
Lihat saja surah Al Isra dan Muzammil, betapa Allah tidak sebut solat sunat nafilah atau sebagai ‘tambahan’ selepas solat fardhu melainkan bangun malam.
Tunjukkan pada Allah, yang kita benar-benar mahu masalah kita selesai.
5. Banyak hutang, masalah rumahtangga, belum ada jodoh, belum ada rezeki anak, belum ada kerja dan bisnes down. Bangun Tahajud. Luahkanlah perasaan kita pada Allah ketika semua orang sedang tidur.
6. Jangan hanya baca doa yang kita hafal. Ajak berbicara dengan Allah dalam doa. Allah suka dengar hambaNya mengadu padaNya. Dia suka. “Ya Allah, saya ada itu dan ini..”
Ceritakan masalah kita dari awal. Seperti bercerita dengan kawan rapat. Luahkan semuanya.
7. Allah uji tanda sayang. Bila masalah datang, dan terlalu banyak sampai kita tak mampu nak buat apa-apa. Sebutlah, “Innalillahi wa innalillahi rojiun”.
Kita tak boleh buat apa-apa. Jawapannya adalah Redha. Ya redha dulu dengan apa yang dah berlaku. Redha kita dalam situasi tersebut. Kita bukan tuan apatah lagi Tuhan. Reda.
.
8. Nabi Sulaiman alaihi salam juga pernah alami situasi sejatuh-jatuhnya. Boleh rujuk kisahnya surah Sod ayat 33 hingga 36. Biasanya kita sering dengar orang sebut,
“Ya Allah, tolonglah bantu aku bayar hutang kali ni saja. Aku cuma nak hutang aku lunas.”
“Ya Allah, aku ada masalah besar. Lepaskan aku dari masalah ini ya Allah.”
SubhanaAllah, Nabi Sulaiman a.s ketika down, dia tak minta hanya selesaikan masalah dia saja. Kerajaan dia hilang. Justeru, Nabi Sulaiman a.s meminta pada Allah,
“Qala rabbi ighfir li wahab li mulkan la yanbaghi liahadin min ba’aadi innaka anta alwahhab.”
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya.”
Maksudnya, ketika ada masalah. Jangan bersedih, istighfar dan mintalah yang besar-besar dari Allah.
Contoh, “Ya Allah selesaikanlah masalah hutangku dan bagi aku kemampuan ya Allah untuk selesaikan masalah hutang orang lain.”
“Ya Allah aku redha dengan apa yang dah hilang, gantikanlah aku yang baru, yang jauh lebih baik dan ubahkanlah hidupku ya Allah.”
9. Sentiasa zikir “La haula quwwata billah”. Biasakan baca selawat. Ini kerana selawat akan meleraikan segala masalah. Amalkan selawat Syifa dan Tafrijiyyah.
10. Jumpalah orang yang soleh. Minta nasihat dari mereka. Orang yang baik ada cahaya dalam percakapannya. InshaAllah akan buat hati kita tenang bila dekat dengan orang yang dekat dengan Tuhan.
11. Minta maaflah. Rendahkan ego kita untuk minta maaf jika ada buat salah pada manusia terutama pada emak ayah. Salam dan ciumlah tangan dan dahi mereka, minta doakan kita.
12. Bersedekahlah. Ya sedekah. Semakin banyak masalah, semakin perlu banyak kita bersedekah. Allah akan menggantikan hingga 10 kali lipat. Sekaligus menjaga kita dari bala musibah.
.
13. Hidup ini untuk menyelesaikan masalah. Life is to solve problem. Itulah kata-kata mutiara barat, tapi kita ubah sikit, “Hidup ini untuk menyelesaikan ujian.” Kita gantikan perkataan masalah kepada perkataan ‘ujian’.
Masalah itu adalah ujian, tapi ujian bukan masalah. Ini kerana kita tahu segala ujian datang dari Allah.
14. Iringi masalah kita dengan taat pada Allah dulu. Mula jaga Quran. Baca dan fahami. Sekaligus praktikkan dalam hidup kita. Kuncinya adalah, “Semakin banyak masalah, semakin taat pada Allah.”
15. Tenangkan hati dulu dengan ingat pada Allah. Selepas itu baru usaha dan ikhtiar. Imbas semula kesusahan kita yang lepas, kita sangka kita tak dapat lepas ujian itu tapi ternyata hari ini kita masih hidup.
Allah selamatkan kita. Yakinlah, kali ini juga Allah pasti selamatkan kita. Bersyukur bila ada masalah, Allah masih sayang kita dan mahu mengangkat darjat kita.
Sumber: Faresh Mael
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Boleh Atau Tidak Menyatukan Puasa Ganti Dengan Puasa Sunat Enam? Bergantung Pada Sebab Meninggalkan Puasa Ramadan.
Puasa ganti atau puasa qadha yang dikerjakan dalam mengantikan puasa (membayar) kembali puasa ramadan (puasa wajib) mengikut jumlah hari yang ditinggalkan di atas sebab-sebab tertentu.
Umat islam dibolehkan untuk mengantikan puasa Ramadan di bulan Syawal (puasa enam hari di bulan Syawal), iaitu menunaikan secara serentak. Jawapan kepada persoalan tersebut korang boleh perolehi menerusi penulisan Da’i Luqman dalam entri ni.
Adakah Niat Puasa Ganti Boleh Disekalikan Dengan Puasa Sunat?
SESIAPA yang mengerjakan puasa Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka orang itu akan mendapat pahala seolah-olah pahala berpuasa sepanjang tahun. Perkara ini jelas disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Anshari Radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya : ”Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun”.
(Hadits riwayat Muslim)
Namun bagaimana jika seseorang hendak berpuasa enam dalam bulan Syawal sedangkan dia mempunyai puasa qadha Ramadan yang belum dibayar, kerana menqadha puasa Ramadan yang ditinggalkan adalah wajib sama ada puasa Ramadan itu ditinggalkan dengan sengaja ataupun disebabkan keuzuran syar’ie.
Di sini apa yang menarik, sesiapa saja yang mempunyai puasa qadha Ramadan, dia boleh saja menyatukannya dengan puasa-puasa sunat yang lain sama ada menyatukan dengan puasa ‘asyura, hari ‘Arafah, puasa di bulan Sya’ban, puasa mingguan pada hari Isnin dan Khamis, termasuk puasa enam hari pada bulan Syawal dan lain-lain.
Namun begitu, perlu dilihat terlebih dahulu apakah sebab puasa Ramadan itu ditinggalkan, kerana perbezaan sebab meninggalkan puasa Ramadan akan menentukan sama ada boleh atau tidak menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat. Maka untuk lebih jelas akan diterangkan bagaimana boleh menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat itu.
Sebab Meninggalkan Puasa Ramadhan
Untuk mengetahui sama ada boleh atau tidak menyatukan puasa Ramadan dengan puasa sunat itu maka perlu dilihat sebab seseorang itu meninggalkan puasa Ramadan itu. Orang yang meninggalkan puasa Ramadan terbahagi kepada dua, iaitu :
1. Meninggalkan puasa Ramadan bukan disebabkan uzur syar’ie, iaitu dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syara’.
2. Meninggalkan puasa Ramadan disebabkan uzur syar’ie seperti kerana datang haidh atau nifas atau sakit atau musafir.
Menyatukan Puasa Qadha Dengan Puasa Sunat
Kedua-dua sebab yang disebutkan di atas menghasilkan hukum yang berbeza dalam perkara menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat. Untuk jelasnya diterangkan seperti berikut :
Hukum menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat jika meninggalkan puasa Ramadan bukan disebabkan uzur syar’ie’.
Adalah haram ke atas seseorang melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam bulan Syawal jika dia meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja, kecuali setelah selesai mengqadha puasa yang ditinggalkannya dengan sengaja itu.
Oleh kerana orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja itu haram ke atasnya melakukan apa jua jenis puasa sunat termasuk puasa enam bulan Syawal selagi puasa Ramadhan yang ditinggalkannya belum diqadhanya, maka dia tidaklah boleh menyatukan puasa enam Syawal dengan puasa qadha yang ditinggalkan dengan sengaja itu, melainkan setelah selesai dia mengqadha puasa yang ditinggalkan dengan sengaja itu.
Hukum menyatukan puasa qadha dengan puasa sunat jika meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan uzur syar’ie.
Adalah sunat hukumnya bagi orang yang meninggalkan puasa yang diharuskan oleh syara’ melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam bulan Syawal. Oleh itu, jika seseorang ingin melakukan puasa qadha yang ditinggalkannya kerana uzur, maka bolehlah dia menyatukan niat puasa qadha tersebut dengan niat puasa-puasa sunat yang hendak dilakukannya seperti puasa enam bulan Syawal.
Pahala Menyatukan Niat Puasa Qadha Dengan Niat Puasa Sunat
Mengenai perkara ini, Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah dalam fatwanya menjelaskan, bahawa orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib akan mendapat ganjaran pahala bagi kedua-dua puasa yang diniatkannya itu sebagaimana katanya :
Ertinya : ”Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan puasa wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjaran pahalanya”.
(Kitab al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah : 2/75)
Bagaimanakah Lafaz Niat Puasa Yang Disatukan Itu?
Niat bagi orang yang hendak menyatukan puasa qadha Ramadhan disebabkan kerana ada uzur yang dibolehkan oleh syara’ dengan puasa-puasa sunat seperti puasa enam bulan Syawwal, maka bolehlah dia berniat bagi kedua-dua puasa yang disatukannya itu seperti contoh :
Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadhan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawwal kerana Allah Ta’ala.
Dengan berbuat demikian, maka dia akan mendapat dua ganjaran pahala, iaitu pahala puasa qadha dan pahala puasa sunat tersebut. Perkara ini sama dengan orang yang berniat puasa wajib, sama ada puasa qadha atau puasa nazar pada hari ‘Arafah.
Jika dia berniat kedua-duanya sekali, iaitu puasa qadha dan puasa sunat hari ‘Arafah, maka dia akan mendapat ganjaran bagi puasa sunat dan puasa wajib tersebut. Tetapi jika dia berniat hanya bagi puasa sunat sahaja atau puasa wajib sahaja, maka dia hanya akan mendapat ganjaran bagi puasa yang diniatkannya sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara puasa wajib dan puasa sunat itu.
Maka sebagai kesimpulan, orang yang meninggalkan puasa Ramadan disebabkan uzur syar’ie bolehlah dia melakukan puasa sunat enam di bulan Syawal dengan menyatukan niat puasa sunat enam Syawal itu dengan puasa qadha Ramadan yang ditinggalkannya disebabkan uzur syar’ie.
Namun ganjaran pahalanya tidaklah sama sepertimana ganjaran pahala orang yang berpuasa penuh di bulan Ramadan dan melakukan puasa sunat enam syawal sebagaimana disebutkan dalam hadits di atas. Namun begitu, akan tetap juga mendapat ganjaran pahala kedua-dua puasa yang diniatkannya itu.
Manakala bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja, adalah haram baginya mengerjakan puasa sunat melainkan setelah dia selesai mengqadha puasa Ramadhan yang ditinggalkannya dengan sengaja itu, dan dia tidak dapat mensatukan niat puasa qadha dengan puasa sunat yang lain seperti puasa sunat enam syawal.
Demikianlah penjelasan yang berkaitan dengan menyatukan puasa qadha Ramadhan dengan puasa sunat.
SUMBER: Facebook Da’i Lukman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Supaya Disukai & Disayangi Adalah Berdoa Dan Punyai Peribadi Yang Terbuka. Rugi Tak Amalkan!
Doa sentiasa disukai pasangan, sahabat handai dan orang di sekeliling apatah lagi pengikut di laman sosial. Manusia tentu tidak boleh hidup sendiri, kita memerlukan antara satu sama lain di persekitaran kita.
Untuk itu kita harus menjadi orang yang memiliki keperibadian yang bagus sehingga disukai ramai orang kerana jika kita mempunyai banyak teman atau disukai ramai orang maka hidup kita akan menjalani hidup dengan lebih mudah.
Tetapi dari sekian ramai orang yang hidup di dunia ini pastinya tidak semua orang mudah dalam mencari teman, masih ramai mereka yang masih bingung cara supaya mereka disukai dan dicintai oleh orang disekitarnya. Anda perlu mengetahui bahawa banyak cara supaya disukai banyak orang dan salah satunya adalah berdoa dan menjadi peribadi yang terbuka.
Perlu diingatkan bahawa dalam mencari teman ada baiknya harus memilih teman yang benar-benar jujur dan boleh bertolak ansur kerana jika kita salah mencari teman, maka kita boleh ikut terjerumus kedalam hal-hal yang negatif untuk itu ada baiknya jika anda berdoa supaya dicintai ramai orang.
Doa Supaya Disukai Dan Disayangi
Bacaan doa supaya disukai orang yang boleh amalkan dirumah seperti berikut :
Surat Al-Fatihah, zikir, Selawat Nabi dan Surat Ayatul Mahabbah. Bacaan doa tersebut lebih baik di amalkan setelah anda mengerjakan solat Fardhu 5 waktu dan jika doa anda supaya cepat di kabulkan oleh Allah maka anda boleh diikuti dengan solat sunnah hajat dan berdoa dengan sungguh-sungguh kepada Allah.
Baca Surat Al-Fatihah 3 Kali
Baca Surat Ayatul Mahabbah
Mengapa selalu membaca Surat Al-Fatihah, kerana Surat Al-Fatihah sendiri merupakan kumpulan dari ayat-ayat di Al-Qur’an yang mempunyai manfaat yang begitu banyak dan luar biasa untuk manusia jika mereka membacanya sehingga Surat Al-Fatihah ini pun harus di baca jika kita mengerjakan Solat Fardlu maupun Solat Sunnah.
Bacaan doa supaya disukai banyak orang lainnya yang bisa anda amalkan setelah solat fardhu atau solat sunnah hajat, seperti di bawah ini :
Semoga doa ini dapat berguna dan bermanfaat untuk anda semua kerana kita harus sedar bahawa kita hidup di dunia ini akan memerlukan orang lain. Di dalam Islam sendiri sudah dijelaskan bahawa sesama muslim itu saudara tidak memandang keturunan darah, semua sama dan saling memerlukankan satu sama lain. Akan sangat indah jika kita semua saling menyayangi. Insyallah!
SUMBER: Himpunan Doa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI