Jika dilihat pada raut wajah yang dimiliki, pasti ramai diantara kita yang tidak dapat meneka usia yang dimiliki oleh pemilik nama penuh Sasha binti Mohd Saidin atau lebih mesra disapa sebagai Sasha Saidin ini.
Punyai raut wajah kacukkan membuatkan ramai terkejut saat mengetahui bahawa Sasha kini sudah pun berusia 46 tahun. Mana tidaknya, dalam usia menghampiri 50an kakak kepada pelakon kacak Zain Saidin ini juga amat pandai jaga badan dan penampilanya.
Ketika dihubungi Hijabista, Sasha yang kini menetap di Dubai menzahirkan rasa syukur apabila dikurniakan kesihatan yang baik dan rupa paras jelita. Dalam nada merendah diri, ibu kepada Adam Arya ini berkongsi amalan kecantikan yang diamalkanya.
Sasha Panjat Rasa Syukur, Allah Kurniakan Kecantikkan Warisi Genetik Ibu!
“Rutin tak banyak mana cuma kami beruntung bila ada yang kata saya dan Zain nampak muda dari usia. Kalau tengok Arya dan Aaisyah (anak Zain dan Che Ta), gen mak keturunan Inggeris memang kuat.
“Dari anak-anak sampai ke cucu warisi gen mak. Alhamdulillah, mak pun nampak muda dari usia, fizikal dan mental.
“Bahkan masa saya remaja umur 13 ke 14 tahun dulu muka saya nampak lebih macam budak-budak lagi. Sebabkan wajah keanak-anakan, saya tak popular dalam kalangan budak lelaki yang ingat saya masih kanak-kanak. Tapi sekarang ia satu kelebihan buat saya,” dedahnya sambil ketawa.
Ads
Sempat Kongsi Beberapa Petua Kecantikkan Khusus Untuk Hijabista!
Ketika disoal adakah terdapat sebarang amalan-amalan atau petua kecantikkan yang diamalkanya hingga kini, ini respon yang diberikan oleh Sasha!
“Dari dulu saya pastikan muka bersih dan cuci mekap. Penat macam mana pun saya akan cuci muka dan tak masuk tidur tanpa buang mekap. Saya juga guna skrub di T-Zone dan bahagian hidung. Pakai pelembap, dan letak minyak kelapa dara untuk kesihatan rambut.
“At my age, rambut still sihat. Dari dulu sampai sekarang, saya letak minyak tersebut yang ada bau bunga jasmin sekurang-kurangnya once every two weeks. Sekarang pun saya dah mula pergi gym dulu tak pernah pergi. Pergi sebab suami aktif ke gim. Kalau tak sempat, saya pergi walk at least 5 km or more. To get the heart going and stamina.
“Sejak usia cecah 40 tahun ke atas, jujur berat badan sebenarnya dah naik. Masa remaja dulu saya bertuah sebab high metabolism walau kuat makan tapi tak naik berat. Dalam kalangan Elite pun saya yang paling kuat makan. Bila dah 40, susah nak turun berat badan.
“Sekarang semua kena sederhana. Makan kena cut down. Kalau dah berumur nak kurus macam dulu tak boleh dah. Jadi, saya akan enjoy pergi gim sambil tengok Netflix ke. Tapi tak terlalu ekstrem dan kira kalori makanan. Yang penting, moderation dan terus amal gaya hidup aktif serta sihat,” jelasnya lagi.
Ads
Untuk rekod, Sasha melangsungkan perkahwinan kali ketiga bersama duda anak dua, Sirhan Wahab pada Januari 2020 dan pasangan ini menetap di Dubai.
Empat tahun berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sasha yang juga suri rumah tangga tetap aktif dan bekerja secara sambilan di sana sebagai pengacara majlis, modelling dan memenuhi tawaran nyanyian.
Kini, produk berasaskan tumbuhan bersaing dengan pasaran yang lain malah mereka diidamkan dan sering kali lebih berkesan pada kulit wajah yang bermasalah, berkat ramuan ‘super food’, serta lebih sedikit bahan kimia, yang boleh mengeringkan dan menyebabkan kekeringan pada kulit.
Mencari sesuatu produk yang dilabelkan sebagai ‘natural’ agak mengelirukan, contohnya label istilah ‘semula jadi’ tidak ada aturan yang betul. Produk yang yang dilabelkan ‘natural’ tetapi masih mempunyai bahan kimia sintetik. Jadi bagaimana cara yang tidak mengeliru anda?
Tidak perlu risau! Dengan sedikit pengetahuan, sama sekali tidak sukar untuk membezakan perbezaan antara produk yang benar-benar semula jadi. Jom kenali istilah-istilah yang terdapat di label pembungkusan produk kecantikan anda:
Natural
Sumber gambar: Vox
Walaupun istilah ini sama sekali tidak diatur, tidak semua produk dengan kata ” natural ” pada labelnya adalah tidak benar. Pertaruhan terbaik anda ialah mengkaji ramuannya. Ingatlah bahawa ramuan disenaraikan dari peratusan tertinggi hingga terendah. Termasuk jika anda berhasrat memilih produk di mana bahan sintetik utamanya berada di bahagian bawah senarai.
Di sinilah agak mengelirukan: Nama saintifik bagi sebilangan bahan semula jadi mungkin terdengar sintetik. Natrium klorida hanyalah garam laut, dan asid sitrik adalah sebatian yang terdapat dalam lemon dan buah sitrus yang lain. Jangan bimbang, jadikan kebiasaan mengenali nama-nama saintifik, anda akan mula mengenalinya. Selain itu, seperti yang akan anda ketahui, ada cara lain untuk memastikan produk anda berwarna hijau.
Organik
Sumber gambar: Oganic Authority
Istilah ini bermaksud bahawa bahan-bahan ditanam secara organik, tetapi mempunyai beberapa masalahnya. Produk hanya perlu mengandungi peratusan bahan organik tertentu untuk menyatakan “dibuat dengan bahan organik” pada labelnya. Peratus jumlah bahan organic ini berbeza dari negara pengeluaran.
Berasaskan Tumbuhan atau Bebas Sintetik
Sumber gambar: Pinterest
Secara teorinya, produk yang dilabelkan sebagai “bebas sintetik” tidak mengandungi bahan buatan manusia, produk ini 100% diperbuat daripada unsur atau sebatian yang wujud secara semula jadi. Istilah “berasaskan tumbuhan” mungkin sedikit lebih fleksibel tetapi secara amnya menunjukkan bahawa produk tersebut dibuat dengan ramuan botani. Kedua-dua syarat tersebut tidak terkawal. Namun, ketahuilah bahawa produk boleh bebas sintetik dan bukan organik, dan sebaliknya, dengan cara yang sama bahawa kale tidak selalu organik.
Cruelty-Free
Pernah perhatikan simbol arnab kecil pada label kosmetik? Itu adalah pensijilan Leaping Bunny, yang bermaksud bahawa tidak ada ramuan produk yang diuji pada haiwan. Laman web Leaping Bunny juga merupakan sumber yang baik untuk pecinta kecantikan yang beretika, kerana ia mengandungi senarai jenama kecantikan utama yang sering dikemas kini yang menahan diri dari ujian haiwan. Walaupun begitu, banyak jenama kecil atau indie mungkin tidak disahkan Leaping Bunny, tetapi itu tidak semestinya tidak ‘cruelty-free’. Pastikan ada label dicetak di pembungkusan.
Vegan
Organic beauty treatment Ingredients top view.
Produk berlabel “vegan” tidak mengandungi produk haiwan atau produk sampingan. Tetapi seperti seseorang yang mengikuti diet vegan boleh makan Doritos bukan keju sebenar, produk kecantikan vegan dapat dipenuhi dengan bahan kimia sintetik, selagi tidak ada haiwan yang dirugikan dalam prosesnya. Bukan untuk membincangkan perkara itu, yang penting anda baca senarai ramuan terlebih dahulu!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ingin lari daripada kebiasaan, pereka duo terkenal Rizman Ruzaini memilih untuk merayakan sambutan ulang tahun kedua jenama tudung mereka iaitu RR Mono Scarves yang dibuat secara berperingkat. Sambutan ulang tahun kedua RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini ‘all out’!
Rizman, 39, atau nama sebenarnya Rizman Nordin berkata, antara yang menarik perhatian adalah pembukaan ‘pop-up store’ jenama RR yang terletak di KL East Mall, Kuala Lumpur. “Bulan ini adalah ulang tahun kedua untuk RR Mono Scarves daripada Rizman Ruzaini.
Seperti tahun lalu, kami adakan sambutan secara besar-besar bagi meraikan pencinta skaf kami. Cuma, kali ini kami akan buat lain sedikit iaitu secara berperingkat. Peringkat pertama, kami buat ‘pop-up’ di KL East Mall yang mana kami akan melancarkan tudung terbaharu iaitu RR Geometrik.
“Kemudian kami juga akan menjalankan beberapa aktiviti termasuk diskaun khas untuk semua skaf dan baju yang boleh dipadankan dengan skaf itu. “Acara kemuncak pula adalah sambutan ulang tahun skaf Rizman Ruzaini pada 29 Julai ini.
Kami menjemput mereka yang sudah memiliki RR Mono Scarves dan istimewa untuk 200 yang pertama akan dapat tudung edisi khas Rizman Ruzaini secara percuma. Mereka hanya perlu pakai RR Mono Scarves ke acara tersebut” katanya.
Sambutan baik pembeli setia
Menurut Ruzaini pula, pihaknya berasa sangat gembira kerana jenama RR ini mendapat sokongan daripada peminat skaf. “Sambutan baik diberikan kepada jenama kami membuatkan kami jadi lebih seronok. Kami di Rizman Ruzaini memang sangat mementingkan kualiti.
Disebabkan itu, kebanyakan pembeli terus setia dengan jenama ini. “Selain itu, kami sangat aktif mengeluarkan skaf dan boleh dikatakan, setiap bulan ada keluaran baharu. Apa yang kami lakukan ini supaya pelanggan dapat mengumpul pelbagai jenis skaf keluaran kami,” katanya.
Mengulas mengenai persaingan daripada jenama tudung lain, Ruzaini berkata RR Mono Scarves mempunyai pengikut tersendiri. “Untuk persaingan, kalau di Malaysia ini adalah sihat sebab tiada berlawan antara satu sama lain. Saya fikir, jenama kami ada pengikut yang sangat kuat dan apa yang kami hasilkan ini adalah khas untuk mereka.
“Memang kami mengharapkan sokongan berterusan daripada pembeli. Kalau diikutkan skaf ini hanya dipasarkan secara dalam talian dan tidak lama lagi akan dijual di butik kami seluruh Malaysia. Hujung tahun ini kami akan buka sekali gus di lima tempat. Jadi, pembeli boleh lihat dan rasai secara dekat kualitinya.,” katanya.
Acara sambutan ulang tahun kedua RR Mono Scarves di KL East Mall turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada dua penyanyi terkenal tanah air iaitu Ziana Zain dan Ernie Zakri.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Buat pertama kalinya, jenama tudung tempatan terkenal, Tudung Ruffle dengan bangganya mengumumkan kolaborasi istimewa bersama POS Malaysia bagi mengimbau kenangan kita semua membesar dengan perkhidmatan POS Malaysia, dari sesi berbalas surat, poskad, kad raya sehingga lah wujudnya pembelian atas talian.
Tanpa mereka, kita tidak dapat saling berhubungan. Mereka memudahkan urusan harian kita tanpa kita sendiri sedar. Majlis pelancaran kolaborasi ini telah berlangsung dengan meriah di Dewan Seri Pos, Tingkat 3, Pos Malaysia HQ (Dayabumi Complex) pada hari ini, dihadiri oleh lebih 100 orang tetamu.
Gimik “Abang Pos” Menjadi
Pelancaran ini dimeriahkan dengan gimik khas, di mana pelakon terkenal, Remy Ishak, memegang watak “Abang Pos” dengan menghantar surat dan parcel menggunakan basikal sebagai simbolik pelancaran kerjasama ini. Acara ini turut merayakan sumbangan berharga POS Malaysia yang telah menjadi penghubung penting dalam kalangan rakyat Malaysia sejak tahun 1880-an.
Objektif utama kerjasama ini adalah untuk mengimbas kembali kenangan indah dengan POS Malaysia serta memberi penghormatan kepada ribuan posmen dan pekerja di POS Malaysia atas segala jasa mereka. Tanpa dedikasi mereka, hubungan antara kita semua tidak akan terjalin dengan erat.
Koleksi Menjadi Kebanggaan Pelbagai Bangsa
Kolaborasi ini diharap dapat membangkitkan rasa kebangsaan, kehormatan, dan penghormatan kepada setiap pemakainya. Koleksi ini didatangi dengan empat rekaan tudung eksklusif yang terdiri daripada Koleksi Warisan, Candawara, Warkah, dan Alur.
Setiap rekaan diinspirasi daripada POS Malaysia dan juga diilhamkan oleh semangat perpaduan bangsa, memaparkan motif yang mencerminkan pelbagai latar belakang budaya di Malaysia. Motif tersebut diambil daripada bangsa Melayu, Cina, dan India yang melambangkan keharmonian dan perpaduan di negara ini.
Rekaan “Connecting Lives”
Rekaan koleksi Warkah juga mengangkat elemen surat-suratan yang telah lama menjadi medium penghubungan antara manusia, selaras dengan tema “Connecting Lives”. Koleksi ini diharapkan dapat membawa kembali nostalgia dan memupuk rasa bersatu padu dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tudung Ruffle dan POS Malaysia berbangga dengan kolaborasi ini dan berharap ia dapat mempereratkan lagi hubungan dalam kalangan masyarakat. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi eksklusif ini kerana stok adalah terh
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!