Jika dilihat pada raut wajah yang dimiliki, pasti ramai diantara kita yang tidak dapat meneka usia yang dimiliki oleh pemilik nama penuh Sasha binti Mohd Saidin atau lebih mesra disapa sebagai Sasha Saidin ini.
Punyai raut wajah kacukkan membuatkan ramai terkejut saat mengetahui bahawa Sasha kini sudah pun berusia 46 tahun. Mana tidaknya, dalam usia menghampiri 50an kakak kepada pelakon kacak Zain Saidin ini juga amat pandai jaga badan dan penampilanya.
Ketika dihubungi Hijabista, Sasha yang kini menetap di Dubai menzahirkan rasa syukur apabila dikurniakan kesihatan yang baik dan rupa paras jelita. Dalam nada merendah diri, ibu kepada Adam Arya ini berkongsi amalan kecantikan yang diamalkanya.
Sasha Panjat Rasa Syukur, Allah Kurniakan Kecantikkan Warisi Genetik Ibu!
“Rutin tak banyak mana cuma kami beruntung bila ada yang kata saya dan Zain nampak muda dari usia. Kalau tengok Arya dan Aaisyah (anak Zain dan Che Ta), gen mak keturunan Inggeris memang kuat.
“Dari anak-anak sampai ke cucu warisi gen mak. Alhamdulillah, mak pun nampak muda dari usia, fizikal dan mental.
“Bahkan masa saya remaja umur 13 ke 14 tahun dulu muka saya nampak lebih macam budak-budak lagi. Sebabkan wajah keanak-anakan, saya tak popular dalam kalangan budak lelaki yang ingat saya masih kanak-kanak. Tapi sekarang ia satu kelebihan buat saya,” dedahnya sambil ketawa.
Ads
Sempat Kongsi Beberapa Petua Kecantikkan Khusus Untuk Hijabista!
Ketika disoal adakah terdapat sebarang amalan-amalan atau petua kecantikkan yang diamalkanya hingga kini, ini respon yang diberikan oleh Sasha!
“Dari dulu saya pastikan muka bersih dan cuci mekap. Penat macam mana pun saya akan cuci muka dan tak masuk tidur tanpa buang mekap. Saya juga guna skrub di T-Zone dan bahagian hidung. Pakai pelembap, dan letak minyak kelapa dara untuk kesihatan rambut.
“At my age, rambut still sihat. Dari dulu sampai sekarang, saya letak minyak tersebut yang ada bau bunga jasmin sekurang-kurangnya once every two weeks. Sekarang pun saya dah mula pergi gym dulu tak pernah pergi. Pergi sebab suami aktif ke gim. Kalau tak sempat, saya pergi walk at least 5 km or more. To get the heart going and stamina.
“Sejak usia cecah 40 tahun ke atas, jujur berat badan sebenarnya dah naik. Masa remaja dulu saya bertuah sebab high metabolism walau kuat makan tapi tak naik berat. Dalam kalangan Elite pun saya yang paling kuat makan. Bila dah 40, susah nak turun berat badan.
“Sekarang semua kena sederhana. Makan kena cut down. Kalau dah berumur nak kurus macam dulu tak boleh dah. Jadi, saya akan enjoy pergi gim sambil tengok Netflix ke. Tapi tak terlalu ekstrem dan kira kalori makanan. Yang penting, moderation dan terus amal gaya hidup aktif serta sihat,” jelasnya lagi.
Ads
Untuk rekod, Sasha melangsungkan perkahwinan kali ketiga bersama duda anak dua, Sirhan Wahab pada Januari 2020 dan pasangan ini menetap di Dubai.
Empat tahun berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sasha yang juga suri rumah tangga tetap aktif dan bekerja secara sambilan di sana sebagai pengacara majlis, modelling dan memenuhi tawaran nyanyian.
Umum mengetahui Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Rihana Oksana Petra. Dan Ramadan lalu pasangan ini telah selamat dikurniakan putera sulung sebagai penyeri rumahtangga yang baru dibina.
Berita gembira itu dikongsi sendiri menerusi Instagram (IG) Oksana @rihanapetra dan memaklumkan bayi diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra itu dilahirkan pada 21 Mei 2019.
Akaun Instagram ini baru saja dibuka pada 4 Jun lalu dan telah mengumpul pengikut 193K dan bertambah dari hari ke hari, walaupun baru dua minggu di media sosial. Oksana juga turut muat turun foto lain bersama Sultan Muhammad V.
Malah sempena sambutan Syawal lalu juga, Rihana Oksana Petra telah muat turut fotonya yang lengkap menyarung baju kurung serta mengenakan hijab rona sedondon.
Dalam kapsyen yang ditulis beliau mengucapkan selamat hari raya kepada semua dengan ucapan memohon agar segala ibadah dan doa diterima Allah. Dan tidak lupa semoga Tuhan mempertingkatkan iman kita.
Selamat Hari Raya!
May Allah accept our Prayers, our Fast, our Ibadeh and our Dua and Insha’Allah increases our Iman. Eid Mubarak to You and Your Loved Ones!
Foto berkenaan telah mencuri perhatian netizen dan penampilannya yang menutup aurat telah mendapat pujian ramai. Memang cantik dan manis sekali penampilan isteri kesayangan Sultan Muhammad V ini.
Terkadang kita melihat ada pasangan suami isteri bekerja siang dan malam, namun hidup mereka terasa sentiasa sempit. Pun begitu ada pula sebahagiannya, dari sehari ke sehari rezeki yang Allah kurniakan semakin bertambah-tambah dan dinikmati dengan penuh kesyukuran.
Hakikatnya, kehidupan yang dijalani dalam sebuah rumah tangga bermacam-macam. Oleh itu, baik kita cuba fahami perkongsian daripada ustaz Ebit Lew ini tentang kisah seorang kenalannya yang juga merupakan seorang kontraktor yang jujur menjalani kehidupan berkeluarga yang nyata begitu menghargai isterinya. Semua itu, memberi kesan kepada kehidupannya kini.
Jom semak perkongsiannya itu
“Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga.Jaga isteri, ibubapa dan jujur itulah kuncinya dalam pekerjaan.” Ya Allah….kaulah segalanya.
Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer..Dia ucap terima kasih pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya..
Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya.
Jawab saya, “ itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah”.
Kuasa Doa
Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri..
“Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki..”
Seterusnya katanya “ saya mendapat doa isteri”. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.
Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini.
Jujur pada isteri
Katanya pada saya, betul kata ustaz..”siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah”.
“Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang”.
Asas kekayaan
Begitu juga 11 Amalan kekayaan. Baca bab 1 jer dah kaya. Itulah asas kaya..bila ada asas, saat itu kita dah bahagia..
Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa tidak dihormati.
Fahami konsep rezeki yang Allah kurniakan, rupanya berpunca dari perbuatan kita seharian. Kurangkan keluh kesah kenapa rezeki kita tidak sehebat orang lain. Hakikatnya rezeki Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Fahami juga konsep permintaan anda dengan konsep kurniaNya, bukan semua permintaan anda dimakbulkan. Allah memakbulkan dari sudut lain kerana Allah lebih sebaik-baik perancang. Husnuzon dan terus istiqomah dengan rezeki yang kita miliki.
Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menghiburkan diri masing-masing dan lari seketika dari hiruk pikuk bandaraya dan kerjaya hakiki yang tak akan pernah habis.
Begitu juga dengan hijabi ini yang dikenali sebagai Farah Nabilah yang begitu kreatif mengubahsuai kenderaan peribadi miliknya jenis Myvi menjadi ‘campercar’ mudah alih sebelum merealisasikan impiannya iaitu pusing satu Malaysia!
Hijabista difahamkan tujuan Farah berbuat demikian adalah kerana beliau lebih suka melakukan pengembaraan secara solo bagi mencari ketenangan. Malah, menurutnya ini diibaratkan sebagai satu terapi setelah penat membanting tulang empat kerat demi meneruskan keberlangsungan hidup.
Tak Perlu Keluarkan Modal Besar, Farah Jelajah 10 Negeri Dalam Tempoh 10 Hari!
Menurut Farah, idea ini mula tercetus apabila dirinya bercadang untuk melaksanakan satu percutian solo (solo travel) menjelajah sekitar Malaysia dengan menggunakan Myvi miliknya.
Sehubungan itu, Farah telah meminta meminta buah fikiran dan mendapat nasihat serta tunjuk ajar daripada rakanya dalam usaha merealisasikan ideany a untuk menukar Myvi menjadi campercar mudah alih dan ringkas.
Farah menjelaskan bahawa, dia begitu terinspirasi untuk melakukan transformasi tersebut apabila rakanya, Asri Nawawi bertindak menukar kereta Kancil miliknya menjadi campercar.
Tambahnya lagi, kos yang terpaksa dikeluarkan olehnya sewaktu melaksanakan transformasi ‘CamperMyvi’ ini hanya menelan kos sekitar RM500 sahaja.
“Ia tidak melibatkan modifikasi yang besar. Saya mahu ia jadi ringkas dan mudah alih, jadi apabila saya memandu kereta, ianya masih kelihatan sebuah Myvi yang asal.
“Hanya akan nampak seperti camper jika saya berhenti dan meletakkan kereta saya di suatu kawasan sahaja”, ujar Farah.
Sebaik sahaja, ideanya itu diterjemah menjadi realiti. Hijabi ini terus memulakan percutian impianya selama 10 hari, menjelah sekitar Malaysua dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sebelum kembali semula ke Melaka.
“Saya suka ke pantai dan pulau yang cantik. Dalam percutian ini, saya masukkan sekali Pulau Perhentian sebagai salah satu destinasi pilihan.
“Kemudian, saya mahu melawat kampung rakan di Batu Kurau, di mana kami telah menikmati durian bersama,” katanya lagi.
Mengulas berkenaan pengembaraan solonya ini, Farah akui dia berasa puas hati dan seronok serta tidak sabar untuk menjalankan pengamabaran solonya ke destinasi yang seterusnya di masa akan datang.
Ternyata usaha dilakukan Farah ini begitu menarik dan wajar dijadikan inspirasi khususnya kepada hijabi di luar sana yang gemarkan cabaran dan berminat melakukan aktiviti kembara solo seperti ini.
Anugerah Muzik Indonesia 2024 menjadi saksi kejayaan Lesti Kejora, yang sekali lagi menunjukkan kekuatannya dalam industri muzik dangdut Indonesia. Dalam acara berprestij ini, Lesti...