Sardin Gulung ‘Terangkat’ Bahan Pun Simple & Yang Penting Kejap Je Nak Buat!

Share

Jika masih tercari-cari apakah menu yang ingin dihidangkan untuk minum petang, apa kata cuba masak sardin gulung. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini biarlah kita bersederhana dan tidak berlebih-lebihan. Sajian sadin gulung ini antara sajian yang jimat kerana tak banyak bahan.

Jom kita cuba resipi perkongsian May Bunga.

BAHAN-BAHAN:
Tepung 4 cawan
Minyak masak panas setengah cawan
Manjerin 2 sudu besar
Garam sesudu teh

CARA BUAT:                                                                                                             

Mix kan tepung+majerin+garam+dan minyak masak panas terlebih dahulu, gaul-gaul dengan sudip.

BAHAGIAN INTI
*Sardin (buangkan sedikit kuah dia)
*Bawang merah
*Bawang putih
*Lada(nak letak banyak mana boleh ikut tahap kepedasan korang suka)
*Garam
*Sos

CARA MEMASAK:
Macam biasa macam masak sardin tapi jangan banyak minyak dan kuah nanti masa nak balut kuih, terkeluar kuah.

Ni hasil yg digaul dgn minyak panas tadi,pasti kan jadi berketul mcm ini ya -kemudian masuk air sikit demi sedikit uli sampai xmelekat kat tangan tau doh ni sama mcm dibu kuat karipap baru ni -biarkan doh 15 minit.

 

Ni hasil doh tadi,kemudian bahagi kan kerat2 cmni ke nak buat bulat ke,buat mcm ni senang kita boleh agak dapat berapa Jumlah kuih tadi.

 

Leperkan kan mcm ni dan hiris line mcm ni ya kt belas atas yg ber sikit, leperkan mcmm bentuk buah pear.

 

Masukkan inti sardin.

 

Gulung mcm biasa bahagian last tu sapu tepung gandum yg dah dibancuh dgn air ya supaya nanti goreng xterbuka la kuih tu.

 

Ini kejadian sebelum goreng.

 

Goreng dengan apa yang sederhana.

 

Taraa siap alhamdulillah mudh je buat kuih ni,antara rajin & malas je.

 

Sesuai untuk sarapan pagi mahupun minum petang.

Selamat mencuba!

Sumber kredit: May Bunga

Published by
Norhasliza