Sarat Hamil KEMBAR, Gaya Bercuti ZIZIE IZETTE Curi Tumpuan Netizen. Ramai Puji ‘Top To Toe’ Mommy STAILO Ini

Share

Sebaik mengetahui dirinya hamil kembar, peminat pelakon Zizie Izette ini memang tidak sabar menanti kelahiran bayinya ini. Walaupun kini usia kandungan sudah memasuki 6 bulan, namun  Zizie masih lagi cergas ke sana ke mari tanpa ada halangan. Baru-baru ini beliau mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga ke beberapa buah negara termasuk London dan Turki. Walaupun tanpa kehadiran suami, Zizie tetap enjoy dan bijak bergaya sambil bersantai di kota besar itu ditemani ibu tersayang, Khaty Fauziah dan juga anaknya, Nayla Nurjenna yang berusia 2 tahun.

Admin suka melihat foto yang dimuat turun oleh Zizie. Biarpun dalam keadaan hamil,dia tetap maintain menjaga penampilannya yang serba sempurna dari ‘top to toe’. Sememangnya Zizie antara kalangan artis yang bijak bergaya walau dalam apa situasi. Pelakon Hero Seorang Cinderella ini hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan Ahli Parlimen Kinabatngan, Datuk Bung Mokhtar Radin

pada 2009.

Sebelum itu, mommy to be itu ada muat turut status memberitahu dia sedang hamil anak kembar dan rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan Zizie hingga saat melahirkan nanti. Dia dijangka melahirkan anak sekitar Disember atau Januari jika dipermudahkan oleh Allah nanti.

@amthaqshoppe Semoga Allah mudahkan urusan sebelum & selepas bersalin nanti sis @zizieizette . Orang kata byk bjln mudah bsalin. Have a safe journey to both u, jenna & babies?

@lengloy Mommy Cantikk & comel bby bump

@alizasyakira Npk perut mcm baby girl

@ena_krol78 Cantiknya ibu..@zizieizettemcm baby boy ja…ibu cantik sgt…

@nurakmar786 Luv yr style?mom n daughter n mom..simply awesome

Dalam pada itu, netizen juga tidak terkecuali memuji seri ibu mengandung ini. Rata-rata memuji stail Zizie yang bijak mix & match penampilannya sepanjang percutian ini. Beliau menyarung kemeja atau blaus yang dipadankan dengan jaket atau kardigan pelbagai saiz.  Biarpun gaya selendang yang digayakan hanya terletak begitu sahaja di kepala, tetapi kelihatannya cukup stailo. Begitu juga dengan kasut, nampaknya Zizie senang memilih yang bersesuaian agar selesa untuk melangkah.

Melihat penampilan Zizie begitu, ada juga usikan nakal pabila melihat perut Zizie Izzete menyangka dia mengandung baby boy atau girl. Walaupun apa sekali jantinanya, rata-rata mengharapkan Zizie akan selamat melahirkan anak kembarnya itu nanti.

Siapa kata hamil tak boleh bergaya, foto-foto ini buktinya.

1. Selesa menyarung kemeja dan seluar slim rona hitam.

2. Gandingan merah & kelabu

3. Sekadar rantai labuh sebagai aksesori penambah seri.

5. Sling bag untuk muatan kecil.

6. Padanan jaket atapun kardigan pelengkap gaya.

7. Kasut yang sesuai untuk mommy to be selesa melangkah.

8. Kaca mata sebagai penghalang tabir suria.

9. Blaus jalur melintang dipadankan jaket labuh warna hijau army. ‘Perfect’.

10. Menyarung jaket kulit warna merah terang yang sangat cantik.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ZIZIE IZETTE

 

 

 

 

Published by
Siti Zurina