Sarapan apa pagi ini? Nasi lemak dianggap sebagai menu makanan sihat adalah subjektif. Ia  bergantung kepada faktor usia, jantina, pekerjaan dan rutin harian. Hidangan warisan turun-temurun itu adalah diet seimbang dan lengkap kerana mengandungi karbohidrat, protein, lemak, serat serta kalsium.

Namun begitu nasi lemak ‘menu sihat’ ‘perlu mengambil kira kuantiti pengambilan, keaslian bahan masakan dan waktu hidangan. Nasi lemak yang dihidangkan dengan telur, ikan bilis, timun dan santan asli diakui menu paling bersesuaian untuk menjana tenaga manusia.

Sarapan Pagi Nak Makan Nasi Lemak? Tiada Masalah…Boleh Ikut Saranan ‘Fitness Instructor’ Ini
Hidangan nasi lemak yang terlalu ‘meriah’ dengan lauk pauk. Photo by suhairy-tri-yadhi from Pexels.

Faktor utama yang membezakan sama ada nasi lemak adalah makanan sihat atau sebaliknya adalah waktu pengambilan dan kuantitinya. Berikut perkongsian coach Arif Sukri tentang nasi lemak sebagai menu sarapan.

Ya betul. Sebungkus nasi lemak pada waktu pagi tidaklah menjadi kesalahan dalam diet. Apa lagi jika ini sahaja plilihan terpantas untuk mendapatkan sarapan yang ada.

Ads

Kalau 2 bungkus pun boleh lagi ke? Ya. Boleh untuk dinikmati sambil menghirup secawan kopi. Sebab pada akhir sekali bukan soal makanan apa yang jadi pilihan. Tapi apakah yang kita makan tadi kena dengan keperluan.

Sarapan Pagi Nak Makan Nasi Lemak? Tiada Masalah…Boleh Ikut Saranan ‘Fitness Instructor’ Ini

Ads

Contoh. Dengan kurang satu senduk kecil nasi + ayam sebesar ibu jari ini. Anggaran kalori sekitar 250-300kcal sahaja. Masih hidangan yang ok untuk anda ambil jika saiznya masih comel begini.

2 bungkus sekali harung pun masih ok. Tidak ada sayur dalam nasi itu masih ok ke?
Ada lagi ok. Kalau tak ada gantikan sahaja nanti pada waktu hidangan lain. Makanan diet ini sentiasa fleksibel untuk kita atur. Ikut pada jadual dan kondisi kita sendiri. Begitulah.

Ads

Sumber kredit: Arif Sukri

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI