Berkongsi rasa sebak, Sarah Suhairi terkenang jasa dan memori bekerja bersama penulis lirik lagu terkenal, Allahyarham Rudi Imran Shamsudin. Banyak yang arwah bantu dalam memberi sokongan buatnya dalam industri seni Malaysia.
Penyanyi muda, Sarah Suhairi, menyatakan perasaannya yang pilu apabila mengenangkan pemergian penulis lirik, Rudi Imran Shamsudin. Dia yang sering bekerja bersama arwah terasa kehilangannya.
Di temubual bersama Xtra, Sarah juga menyatakan permulaan karier seninya bermula dengan lagu Pedih hasil ciptaan arwah Rudy. Lebih dikenali sebagai Iman Imran, Sara menyatakan arwah merupakan seorang penulis yang hebat.
“Saya masuk dalam industri ini, yang memberi sokongan dan dorongan mula-mula pada Sarah adalah Allahyarham Iman Imran (Abang Rudy) sendiri,
Ads
“Dia adalah orang yang menyokong saya sangat-sangat kuar daripada awal perjalanan karier saya sehingga hari terakhir Abang Rudy berada bersama,
“Bagi saya, saya sangat bangga dapat bekerjasama dengan Abang Rudy sendiri kerana dia seorang penulis lagu yang indah dan saya tak sangka dia pergi begitu cepat kerana saya tak dapat tunjukkan apa yang saya lakukan hari ini kepada dia.” katanya.
Sarah amat bersyukur ditemukan bersama arwah meski pun pada masa yang singkat. Tanpa dia tiadalah nama Sarah Suhairi di dalam industri muzik Malaysia pada hari ini.
Ads
“Dia sangat-sangat rapat, dia tahu saya mengidolakan Dayang Nurfaizah, setiap persembahan yang saya lakukan, dia yang akan datang sendiri pada saya dan akan cakap ‘nyanyilah sepenuh hati, jangan fikir ia sebuah pertandingan, inilah masa awak untuk tunjukkan apa yang awak ada,
“Dia adalah individu yang sangat baik dengan semua. Pada awal, dialah orang pertama yang datang kepada saya untuk ditemu bual, tolong Sarah dan meletakkan nama Sarah Suhairi ini di dalam industri.” ujarnya lagi.
Dia juga menyatakan tidak sempat untuk membalas jasa arwah Rudy yang meninggal dunia pada 31 Mac lalu. Sarah berharap agar Allahyarham Rudy ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sumber: Xtra
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebelum mengatakan bahawa benar-benar sudah bersedia untuk berkahwin, ketahui serba sedikit tentang cinta dari kisah Ali bin Abu Thalib dan Fatimah Az- Zahra.
Sebuah kisah yang datangnya dari puteri Rasulullah, Fatimah Az-Zahra, dan Ali Bin Abi Talib, pintu hati Ali ‘diusik’ buat pertama kali saat Fatimah mengubati luka ayahnya, Muhammad SAW yang luka parah kerana berperang.
Dari situ, dia bertekad untuk melamar puteri Nabi. Lantas dengan tekun dia mengumpul wang untuk membeli mahar untuk menyunting Fatimah. Malangnya belum cukup wang Ali untuk mahar, sahabat Nabi, Abu Bakar sudah pun melamar Fatimah.
Hancur hati Ali, namun dia sedar diri kerana saingannya punya kualiti Iman dan Islam yang jauh lebih tinggi dari dirinya. Walau dikenal sebagai pahlawan Islam yang gagah berani, Ali dikenali sebagai orang yang miskin. Hidupnya dihabiskan untuk berdakwah di jalan Allah.
KEYAKINAN KEMBALI BERSINAR
Namun seakan mendung berarak lalu, keyakinan Ali kembali menyinar tatkala Fatimah menolak lamaran Abu Bakar. Namun sekali lagi keceriaan Ali hanya sementara apabila Umar bin Khatab meminang Fatimah. Ali hanya mampu pasrah kerana saingannya bukan calang-calang orang. Tapi takdir kembali berpihak kepadanya. Umar mengalami nasib serupa dengan Abu Bakar.
Tapi saat itu Ali belum berani untuk melamar Fatimah. Dia sedar dia hanya pemuda miskin. Bahkan harta yang dia miliki hanya ada satu set baju besi. Kepada Abu Bakar As-Siddiq, Ali mengatakan, “Wahai Abu Bakar, anda telah membuat hatiku goncang yang sebelumnya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki Fatimah, tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar terharu dan mengatakan, “Wahai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya, dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu-debu bertaburan belaka!”
Mendengar jawaban Abu Bakar, kepercayaan diri Ali kembali muncul untuk melamar gadis pujaannya saat teman-temannya sudah mendorong agar Ali berani melamar Fatimah.
Dengan ragu-ragu dia menghadap Rasulullah. Dari hadis riwayat Ummu Salamah diceritakan bagaimana proses lamaran tersebut.
“Ketika itu kulihat wajah Rasulullah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum baginda berkata kepada Ali bin Abi Talib, ‘Wahai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kawin?”
“Demi Allah,” jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang, “Engkau sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak engkau ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu, engkau tetap memerlukannya untuk meneruskan perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu untuk keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu, aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kawin sebuah baju besi sahaja. Aku menerima barang itu dari tanganmu. Wahai Ali, engkau wajib bergembira, sebab Allah sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi”. Demikianlah riwayat yang diceritakan Ummu Salamah r.a.
IJAB KABUL
Setelah segala-galanya siap, dengan perasaan puas dan hati gembira, dan disaksikan oleh para sahabat, Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya.
“Bahawa sanya Allah SWT memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas mas kawin 400 dirham (nilai sebuah baju besi). Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
Maka berkahwinlah Ali dengan Fatimah. Perkahwinan mereka penuh dengan hikmah walau diharungi kemiskinan. Bahkan disebutkan Rasulullah sangat terharu melihat tangan Fatimah yang kasar kerana menepung gandum untuk membantu suaminya.
Islam memandang perkahwinan sebagai sesuatu yang mulia. Mereka yang berkahwin dianggap sebagai telah menjalankan ibadah. Bahkan dalam hadis juga ada menyebutkan bahawa berkahwin itu menyempurnakan sebahagian agama.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hidup di dunia semestinya membudayakan perasaan bertimbang rasa terhadap orang lain kerana budaya demikian akan melahirkan ukhuwah dan kasih sayang yang wajar ada dalam pembangunan masyarakat. Manusia hidup bermasyarakat membentuk nilai-nilai murni dalam hubungan kemanusiaan sebagai teras pembangunan sosial.
Begitu juga ketika melakukan amal ibadah, perlulah ada perasaan timbang rasa. Ikuti perkongsian berikut.
Surau perempuan dan adegan yang tak sepatutnya berlaku.
Kita pergilah mana mana mall pun, kebiasaannya surau perempuan akan lebih sesak berbanding dengan surau lelaki. Nak pulak waktu weekend atau cuti sekolah, fuhhh…macam nak rebut sale happy hour lah gayanya! Ha camtulah nak habaq kata penuh ya Rabbi tu.
Dekat surau perempuan ada lebih ramai kanak kanak, sebab kebiasaannya anak anak akan suka nak ikut mak. Lagipun akan ada yang akan menyusukan anak dalam surau. So anak anak lebih suka ikut mak.
Jadi, memang surau perempuan kebiasaannya penuh, especially waktu Maghrib.
Orang perempuan ni pulak complicated, ada handbag, ada beg pack, ada beg susu.
Yang jenis pakai shawl tu pulak lagilah complicated, nak kena cari tempat sangkut tudung dia. kau terhenggot sikit, kemain dia jeling. Huh! Kadang dia bentang shawl dia kemain besooo makan surface area, dah kurang ruang orang nak solat.
Nak ambik wudhuk pun satu hal. Tak secepat orang lelaki. Perempuan yang pakai mekap ni nak kena buang mekap dulu la, padam itu, padam ini. Dah solat nak lukis dan warna semula itu dan ini.
Jadi, isunya di sini adalah apabila wujudnya segelintir jenis perempuan yang tiada common sense dan pentingkan diri.
1. Jenis tak nak bawa telekung, pakai telekung wakaf surau, tapi nak conquer.
Jenis perempuan macam ni biasanya dia akan buat jenis solat pakej combo. Contoh solat Asar hujung waktu, lepas tu tunggu sekejap terus nak solat Maghrib. Lantak dia lah. Itu dia punya pasal.
Isunya adalah apabila dia pakai telekung surau, lepas tu dah habis solat Asar tak nak buka telekung tu. Dia nak pakai terus telekung tu untuk Maghrib. So dia duduk je diam diam je kat sejadah sedangkan orang lain tengah menunggu kat belakang tunggu telekung untuk solat Asar.
Eh hellooo…dah lah tu bukan telekung kau kau nak main cop cop gitu, boleh tak jangan selfish sangat? Dahulukan orang yang nak solat asar tu ha. Pernah sekali, ramai gila orang tak dapat solat Asar di surau SOGO masa tu sebab begitu ramai mangkuk hayun dok melepak taknak bangun atas sejadah sambil pakai telekung wakaf sebab tengah tunggu Maghrib!
2. Jenis suka cop tempat solat, walhal wudhuk pun belum ambil.
Kalau surau tu tengah lengang, tak apalah. Ni tak, orang tengah beratur panjang untuk ambil wudhuk, dia baru masuk surau, gigih ambil telekung surau yang tinggal sepasang dua je yang tu, lepas tu bubuh kat sejadah dengan beg beg dia. Lepas tu baruuuuuuu dia nak pergi beratur ambil wudhuk. Dahlah beratur tu panjang. Kalau kau bagi orang lain yang dah ada wudhuk tu solat dulu, dah boleh dua tiga round dah orang solat kat situ. Ni orang yang dah ambil wuduk tu terpaksa berdiri terjegat sambil tunggu ada ruang kosong untuk solat. Entah apa apa!
3. Jenis suka mekap atas sejadah.
Dah habis solat tu, bangunlah! Kau nak mekap mekap atas sejadah tu apehal. Tak nampak ke penuh surau ni orang tengah beratur nak solat pulak. Mekap lah kat toilet ke dekat rak kasut ke tepi tong sampah ke ah mana manalah janji bukan dekat ruang orang solat. Benda simple pun tak boleh fikir. Tahu nak cantekkkkkkkk je, attitude out. Hahah!
4. Jenis kalau boleh nak mandi dekat tempat wuduk.
Bila orang ramai, sentiasa utamakan benda yang wajib sahaja. Islam cukup mengutamakan sikap mempermudahkan orang lain. Bila kau tengok orang ramai beratur, tak payahlah kat situ jugak kau nak berus gigi, cuci muka pakai scrub bagai. Setakat cuci muka untuk tanggalkan mekap tu ok lah, ni yang lebih lebih ni dah kenapa.
G balik mandi lah! Boleh tak buat benda yang wajib je dulu? Yang sunat tu, kalau tak menyusahkan orang lain tak apa, ni kau dah lah masuk surau dah nak habis waktu, kau ambil wuduk je dah bermenet menet, silap haribulan orang lain boleh telepas waktu sebab nak layan karenah kau ni.
5. Jenis tunggu member dalam surau
Adoii…dah kalau kau period, tunggu lah dekat Starbucks ke, pergi baca buku dulu dekat Kinokuniya ke, shopping kedai DIY main kuda pusing dulu ke apa. Kau bukannya budak kecik yang kena ikut mak dia. Ni duduk buat halaqah tiga empat orang sambil main phone. Bila orang tanya, dah solat ke?
Eh saya cuti, tunggu kawan. Aku hambat kau nanti. Bagilah ruang tu untuk orang solat. Common sense ke laut budak budak sekarang ni. Tudung je ala ala hijabista. Akal nya terlilit sekali dengan tudung tudungnya barangkali. Pernah sekali tu, ada seorang acik guard ni buat pengumuman kuat kuat dalam surau, dia cakap siapa yang tengah main phone semua keluar. Kat luar boleh main phone.
Bagi ruang orang nak solat. Yang period yang tunggu kawan semua tunggu kat luar. You know what?? Ramai betul adik adik anak dara bangun. Ya Allah…dalam sekawan 7 8 orang tu, yang solatnya 2 orang je gamaknya. Yang lain tu memenuhkan ruang lantai je. Pebendapuntakboleh! Lelaki mana lah yang tergila gilakan diorang ni. Tiber.
6. Jenis buat segala benda sunat time orang tengah menunggu giliran.
Kalau kau jenis kuat beribadah, mohonlah datang surau tu awal. Time orang tak tergesa-gesa. Time kau boleh have your own sweet time untuk buat solat sunat qabliah, ba'diah, hajat, tasbih, tahajjud, or even nak baca al ma'thurat ke, sirah nabi ke apa.
Ni time maghrib yang orang dah macam sardin tu lah kau nak solat sunat lah, sujud lama lah, doa siap baca doa arwah tahlil segala lah. Ya Allah….yang orang lain macam terputus nyawa menunggu ruang nak solat. Kesian dekat ibu ibu yang ada anak kecil. Benda benda sunat ni, buatlah waktu kau bersendirian. Surau dekat mall ni tempat awam, sempit, dan kebiasaannya sangat ramai orang pada waktu waktu tertentu. Bertimbang rasalah.
7. Jenis buang cotton pad mekap dekat tempat wuduk.
Eh dia dah buang mekap bagai sebab nak wuduk sempurna kononnya, terus jadi perangai huduh tinggal cotton pad dia gitu. Banyak cantekk muka kau. Orang seterusnya yang nak ambil wuduk tak selera lah nak tengok sisa sisa mekap kau tu. Kalau benda tu terjatuh ke lantai, basah kembang sumpah geli. Buatnya termasuk pulak ke lubang air tu, ha dah sumbat. Tak pasal-pasal banjir tempat wuduk tu. Ape ke punya perangai. Buanglah dalam tong sampah. Kalau tak ada, simpan je dulu dalam beg ke apa. Balik kang buanglah.
8. Utamakan ibu mengandung, orang tua, dan ibu bersama anak kecil.
Yang ni simple. Mana mana pun kau utamakanlah tiga golongan ni. One day, kita semua akan merasa jadi golongan golongan tu. Insya Allah. Masa tu kau tahulah betapa strugglenya nak bersesak di tempat awam.
Kesimpulannya, hidup ni, kena fikir untuk senangkan orang lain. Kalau tak mampu sangat, cukuplah jangan menyusahkan orang lain. Agama ni kena faham, jangan ambil separuh-separuh. Benda sunat, tapi jika dibuat pada waktu dan cara yang salah, tak jadi pahala dah. Dikira memberi mudharat dekat orang pula. Bayangkan jika disebabkan kita, ada orang lain yang mungkin terlepas 5 waktunya.
Kau jangan fikir one way, 'la dah tahu taknak bersesak janganlah pergi mall'. Eh hello, akak cakap bab sikap ni. Sanggup pergi mall time sesak tu pilihan individu, tapi bersikap dengan sikap buruk ni tak sepatutnya jadi pilihan sesiapa.
'Tulah, siapa suruh solat hujung hujung waktu'. Ini bukan soal awal ke hujung. Ini soal sikap. Kalau Maghrib dari sebelum masuk waktu sampai ke Isyak ha gitulah penuhnya. Bersikaplah dengan baik dan bertimbang rasa tak kira lah bila pun anda solat.
We could make a better world tomorrow by doing a small change today.
Pesan akak satu je, kalau kau jenis pakai baju tak solat friendly, tolonglah bawa telekung sendiri kalau boleh. Disamping hassle free, terjamin bersih, dan kau boleh selamatkan orang yang dah nak terlepas waktu sebab tak ada telekung tu dengan offer yours.
Live beautifully.
Sumber kredit: Izyan via Viral Media Johor.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Biasanya kita hanya tahu kentang digunakan untuk masakan dalam sup ataupun digoreng begitu sahaja. Kesedapnnya sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Tetapi sebenarnya kentang juga seperti buah-sayuran lain yang juga mempunyai banyak khasiatnya. Salah satu adalah untuk mencantikkan wajah. Penggunaan kentang yang dibuat masker ini boleh menghilangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah. Bukan itu sahaja ia juga boleh memperbaiki tekstur kulit, mencerah dan juga menegangkan kulit.
Tidak susah untuk melakukanya tambahan lpula stok kentang ini selalunya sentiasa ada di dapur anda. Jom lihat cara penyediakan masker kentang ini melalui perkongsian dari pengguna laman sosial, Anis Roduan di facebook.
Bahan-bahan:
1 biji kentang – kisar hingga hancur (tambah ¼ cawan air kalau perlu).
Sebiji telur – ambil putih telur sahaja.
Cara memakainya:
1. Campurkan kentang yang dikisar dengan putih telur.
2. Sapukan pada seluruh muka. Biar kering selama 30 minit.
3. Cuci dan bilas muka derngan air suam atau sejuk.
Kebaikan Masker Kentang:
1. Atasi kulit kerang dan membuang sel kulit mati/menggelupas.
2. Menghilangkan jerawat dan bekas jerawat.
3. Boleh mencerahkan kulit wajah secara semulajadi.
4. Turut boleh menghilangkan blackhead/whitehead.
5. Berupaya merawat kulit sunburn.
6. Dapat mengurangkan kedutan pada kulit muka.
7. Juga boleh mengatasi kulit berminyak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...