Terserlah seri pengantin pada wajah penyanyi Sarah Suhairi setelah dirinya berjaya disunting oleh jejaka pilihan hati. Sarah memilih pensyarah berstatus duda anak tiga sebagai suami. Pada usia 24 tahun Sarah kini bergelar isteri kepada Aswad Anuar dengan sekali lafaz.

SARAH SUHAIRI Kini Bergelar Isteri Pada Usia 24, Pilih Pensyarah Berstatus Duda
Kredit Foto: sarahsuhairi

Untuk info, Aswad Anuar, 39, merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Aswad juga seorang jurulatih sukan berkuda.

SARAH SUHAIRI Kini Bergelar Isteri Pada Usia 24, Pilih Pensyarah Berstatus Duda
Kredit Foto: sarahsuhairi

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Ahnad Khaliq Md Rasid.

SARAH SUHAIRI Kini Bergelar Isteri Pada Usia 24, Pilih Pensyarah Berstatus Duda
Kredit Foto: sarahsuhairi

Majlis pernikahan yang bertemakan serba putih itu diadakan di Barern Hill, Hulu Langat, Selangor.

Sarah tampil menawan dalam persalinan nikah rona putih hasil sentuhan pereka fesyen terkenal Thalia Atelier.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THALIA (@thalia.atelier)

Manakala wajah manis Sarah pula dirias cantik oleh jurusolek selebriti Bettyshaaaa.

Pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486 berserta lima dulang hantaran.

Manakala Sarah pula menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak pengantin lelaki. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran telah dirahsiakan.

SARAH SUHAIRI Kini Bergelar Isteri Pada Usia 24, Pilih Pensyarah Berstatus Duda
Kredit Foto: wanikayrie

Majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak termasuk para sahabat dan rakan media.

Antara rakan artis yang hadir bagi meraikan pasangan pengantin ialah Wani Kayrie, Sissy Iman, Naim Daniel dan Afieq Shazwan.

SARAH SUHAIRI Kini Bergelar Isteri Pada Usia 24, Pilih Pensyarah Berstatus Duda
Kredit Foto: wanikayrie
SARAH SUHAIRI Kini Bergelar Isteri Pada Usia 24, Pilih Pensyarah Berstatus Duda
Kredit Foto: sissyimann

DETIK PERKENALAN
Memetik perkenal awal mereka, pasangan ini mula saling mengenali di Pusat Ekuisterian Bukit Kiara Kuala Lumpur pada 2020. Hubungan itu semakin serius sehinggalah mereka melangkah ke fasa perkahwinan.

SARAH SUHAIRI Kini Bergelar Isteri Pada Usia 24, Pilih Pensyarah Berstatus Duda
Kredit Foto: sarahsuhairi

Mereka mengikat tali pertunangan pada 27 Januari 2024.

Kemeriahan majlis pertunangan pasangan ini ditambahkan lagi dengan pelancaran single terbaharu Sarah Suhairi berjudul With You yang menampilkan Aswad dalam muzik video tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rusa Music (@rusamusic)

Hijabista mendoakan semoga Sarah dan suami kekal bahagia selamanya.

BACA JUGA: Tampil Dengan Imej Terbaru Tanpa Braces, Peminat Puji Wajah Sarah Suhairi Makin Berseri

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI