Semakin anggun, berseri-seri dan langsing! Terpegun melihat penampilan terkini pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana yang hadir ke majlis anniversary pertama pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann baru-baru ini di sebuah hotel mewah.
Puteri Sarah kelihatan cukup menawan apabila menyarungkan black dress dengan sentuhan glamor yang dipadankan dengan tudung bawal rona senada.
Terserlah kecantikan ibu kesayangan kepada Syaikhul Islam dan Sumayyah ini.
Sekilas pandang nampak macam anak dara pula, cantik betul! Dengan berat badannya sekitar 55kg sekarang ini, Puteri Sarah kelihatan semakin gorgeous!
Memuat naik beberapa hantaran di Instagram peribadinya, Puteri Sarah berkongsi beberapa foto memaparkan momen-momennya bersama rakan-rakan artis yang turut sama menghadiri majlis ulangtahun perkahwinan Janna Nick dan Dini.
Deep sangat kata-kata Puteri Sarah yang ditulis di ruangan kapsyen menggunakan gaya bahasa Indonesia.
“Jadilah diri sendiri mau disukai atau nggak, kamu ngga perlu ngikutin standar orang lain karna yakinlah kamu pun punya versi terbaik diri kamu sendiri.”
(Jadilah diri sendiri, mahu disukai atau tidak. Kamu tidak perlu mengikut standard orang lain kerana yakinlah kamu juga mempunyai versi terbaik diri kamu sendiri).
Puteri Sarah tampil jelita dengan hasil sentuhan solekan daripada jurusolek selebriti terkenal, Nad Ismail. Manakala dress Puteri Sarah adalah daripada butik Hazara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para peminat dan pengikutnya terpegun melihat kecantikan Puteri Sarah yang disifatkan semakin berseri-seri. Malah, ada yang menegur, Puteri Sarah semakin kurus.
“Aura Sarah ni kuat…. pesona wanita cantik yang menjadi kesayangan… stay strong beautiful lady.”
“Akakkk @puterisarahliyana mkin kurus ek”
“Kak tolong makeup macam ni selalu. Makeup macam ni sesuai dengan akak. Light light natural. Kalau warna terang terang terus nampak garang & berumur. Nampak muda betul macam anak dara!”
“MasyaAllah Alhamdulillah.. Anugerah dan Amanah ALLAH yang sangat indah. Apalagi yang bertutup litup sangat terserlah keindahan & kecantikannya”
“Nampak manis sopan ayu je tengok Puteri Sarah pakai tudung tutup dada macam ni..nampak ayu betul”
BACA JUGA: Tak Sekadar Cantik & Terpelajar, Adik Beradik PUTERI SARAH Juga Berkerjaya Hebat!