Pelakon dan pengacara terkenal, Sarah Hildebrand, 29, sah bergelar isteri kepada pelukis kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen, 26, dengan sekali lafaz di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, jam 10.25 pagi hari ini.
Pasangan itu selamat dinikahkan Pendaftar Bahagian Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Hilmi Saadan dengan disaksikan bapa saudara pihak perempuan, Mohd Nasir dan Haizairi Hashim.
Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.
View this post on InstagramA post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand) on
Menurut pelakon yang dikenali dalam drama Pujaan Hati Kanda itu, dia bersyukur kerana majlis pernikahannya dengan Otto berjalan lancar.
“Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar seperti direncanakan.
“Saya percaya Otto lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami dan mampu membahagiakan saya hingga ke akhir hayat.
“Kami juga saling memahami kerana sama-sama berdarah kacukan,” katanya.
Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga, kenalan rapat.
Bagi majlis penuh bersejarah buatnya itu, Sarah menggayakan persalinan hasil rekaan ibunya, Che Arbi Hashim. Manakala, majlis resepsi mereka belum diputuskan lagi.
Difahamkan pelakon Pujaan Hati Kanda itu mula menjalinkan hubungan cinta dengan suami yang juga merupakan teman lamanya itu lebih lapan bulan lalu selepas kembali bertemu ketika Sarah melawat bapanya di Arkansas, Amerika Syarikat awal tahun ini.
Sumber kredit: Sarah Hildebrand dan Harian Metro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bapa Terlantar, Dapat Layanan ‘Kelas Pertama’, Kegigihan Anak Gadis Lelaki Ini Cetus Inspirasi!
Baru-baru ini tular dilaman Tik Tok sebuah video berkenaan kegigihan seorang gadis dari tanah seberang, Indonesia yang gigih bersama adik beradiknya yang lain sanggup mengeluarkan belanja mengubah suai van menjadi Ambulans.
Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk membahagiakan bapa mereka yang sudah terlantar sakit berbaring diatas katil (Bed Ridden) selama empat bulan dan hanya terperuk menderita sakit di rumah.
Ubah Suai Van Jadi Ambulance, Bawa Bapa ‘Jalan-Jalan’ Hirup Udara Segar!
Perkongsian Video menerusi akaun pengguna @mutiarapriza berkenaan telah tular di laman Tik Tok, rakaman itu memaparkan seorang anak gadis bersama adik beradiknya sanggup membelikan van dan digubahsuai menjadi ambulans khas buat bapa mereka yang terlantar kerana menghidap kanser plasma darah yang menjangkiti tulang.
@mutiarapriza Membalas @junghwa ♬ Somewhere Only We Know X Everything – FUJI AN
“Tak sangka posting tentang pembelian ambulans buat bapa jadi perhatian,” tulis @mutiarapriza pada ruangan kapsyen hantaran itu.
Paparan video tersebut memaparkan van berona putih jenis Daihatsu Luxio yang diubah menjadi Ambulans lengkap dengan pengandar (Stretcher), kelengkapan perubatan dan tilam empuk berona jingga untuk memuatkan bapa mereka dengan beberapa kerusi penumpang yang dipandu di sekitar bandar Kota Malang, Indonesia.
Artikel berkaitan: Airmata Ibu Bapa Wawa Zainal Tumpah! Terima Hadiah ‘Rumah’, Kini Menetap Di Kuala Lumpur!
Hijabista difahamkan bahawa bapa mereka sudah empat bulan terlantar di rumah dan tidak keluar berjalan-jalan, malah hanya keluar rumah bagi tujuan ke hospital.
“Ketika sihat dia tak suka duduk di rumah lama-lama. Tiap hari ada saja kegiatannya di luar,” tulisnya lagi.
Sehubungan itu, dengan adanya ambulance pribadi ini, bapanya kini dapat menghirup udara segar dan menikmati semula keindahan bersantai di luar rumah.
Meski, mempunyai keadaan fizikal yang tidak mengizinkan bapa bertuah ini kini dapat menikmati makanan kegemaranya iaitu ‘mi polos’ di sebuah restoran yang terletak di Kota Malang dengan penuh berselera, walaupun hanya dari dalam kenderaan.
“Senang lihat bapa berselera makan,” tulisnya.
Seterusnya, gadis ini turut membawa bapanya menikmati ais krim sebagai pencuci mulut.
“Bapa, anakmu akan terus memperjuangkan apa pun yang membuatkan bapa happy. Kerana aku ingin selalu lihat senyum
ini. Sayang bapa sangat,” tulisnya.
Mutiara berharap, agar kenderaan yang telah diubah suai itu bakal dimanfaatkan sepenuhnya, sekaligus meniupkan semangat baharu buat bapanya meneruskan kehidupan dan melawan derita penyakit yang dihadapi.
Sekadar info, hantaran video berkenaan telah menjadi trending sehingga mendapat ditonton seramai 10 juta orang dengan 996 ribu tanda suka serta dibanjiri 17.7 ribu komen dari wargamaya.
Sumber: Tik Tok @mutiarapriza
Artikel berkaitan: Tak Mampu Sewa ‘Homestay’, Bapa Ini Sanggup Berkhemah Belakang Kereta, Tunggu Perkembangan Anak Hidap Tumor Otak!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Datin Nabila, Makin ‘Segak’ Sejak Bergelar ‘Suri Hati’ Datuk Latif Romly!
Tanggal 13 Ogos 2022 merupakan tarikh keramat dimana termeterainya ikatan cinta antara atlet paralimpik, Datuk Abdul Latif Romly dan Datin Nabila. Siapa sangka, tanpa sedar kini usia perkahwinan merpati dua sejoli ini sudahpun mencecah usia setahun lebih.
Malah, sejak mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera perkahwinan sebagai sepasang suami isteri, rupa paras dan penampilan suri hati kepada Datuk Abdul Latif Romly ini dilihat semakin menawan dan kian terserlah kejelitaan wanita berusia 25 tahun ini.
Setahun Bergelar Isteri, Makin Jelita!
Pastinya Datin Nabila sedang diulit bahagia menjadi suri hati jaguh lompat jauh berkenaan.
Berkongsi momen indah di samping suami tercinta setiap kali bercuti, foto terkini Datin Nabila atau nama sebenarnya Nurul Nabila Farhana Musaidi menarik perhatian ramai. Kelihatan guru ini cukup bergaya dan jelita.
Sekadar info, Datin Nabila merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu. Dia selamat bergraduasi pada Mac tahun lalu selepas lebih dua tahun menunda majlis konvokesyen akibat pandemik Covid-19.
Kenal Sejak Di Bangku Sekolah
Mengimbas kembali detik pertemuan dengan Datuk Latif Romly, dia berkata mereka mula berkenalan sejak di bangku sekolah.
“Saya mengenalinya sejak dari sekolah menengah. Kenal dah lama tapi mula rapat waktu Tingkatan 5. Masa tu ada beberapa minggu lagi sebelum SPM.
Dia balik semula ke Perlis untuk ambil SPM selepas pulang dari Incheon. Dari situ kami bertanya khabar dan mula rapat lebih daripada kawan.”
Artikel berkaitan: Dengan Sekali Lafaz, Cikgu Nabila Farhana Kini Sah Isteri Atlet Paralimpik, Latif Romly
Ditanya keistimewaan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu di matanya, dedah Datin Nabila, “Dia ni seorang yang sangat bersemangat dan bermotivasi tinggi. Saya akui selepas jadi atlet kebangsaan, Latif banyak berubah jadi lelaki yang lebih matang.
Kadang-kadang rasa macam dia ni tak ada kekurangan. Aura positif Latif ni lah membuatkan dia istimewa di mata saya.”
Datin Nabila sah bergelar isteri pada 13 Disember 2022 dan menerima mas kahwin RM1,312 sebagai simbolik tarikh pernikahan mereka.
Semoga rumah tangga yang dibina berkekalan sampai syurga.
Artikel berkaitan: Juara Paralimpik Beatrice Vio Menjadi Wajah Baharu L’Oréal, Tampilkan Kecantikan Dan Keunikann Dirinya
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gadis Ini KONGSI Pengalaman Hampir Maut & Sebelah OVARI Dibuang, Setelah Disahkan Hidap Kanser Tahap 3
Selain kanser payudara, kanser ovari juga antara penyakit paling ditakuti kaum wanita. Penyakit ini juga tiada tanda yang boleh menyebabkan seseorang itu dapat mengesannya lebih awal. Begitu juga yang berlaku pada seorang pengguna twitter apabila baru-baru ini telah berkongsi pengalaman bertarung dengan kanser yang dihadapinya.
Pengguna bernama @Tiraa ini mula menyedari perutnya menjadi semakin kembung dan keras setiap kali selepas makan. Dia yang pada mulanya menyangka dirinya semakin gemuk hanya membiarkan sahaja masalah itu. Namun keadaan sama hinggalah perut jadi semakin kembung dan keras dan ibunya hanya pesan meminum Eno bagi membuang angin dalam tubuhnya.
Namun sakitnya itu menjadi serius dan dia terus menjalani pemeriksaan di klinik. Setelah membuat pemeriksaan, doktor mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perutnya dan mencadangkan membuat rawatan lanjut di hospital. Setelah dibuat pemeriksaan doktor kemudiannya mengesahkan nampak seperti ada ketumbuhan atau tumor dan ianya sudah agak besar.
Jadi doktor mencadangkan dilakukan pembedahan segera kerana tumor berkenaan sudah tutup sebahagian perut. Namun ada risiko pada pembedahan berkenaan seperti berlakunya usus terpotong, pendarahan dan risiko maut.
Ketika diberitahu, Tiraa tidak tahu untuk berbuat apa-apa kerana dia masih belajar untuk final semestar dan ketika itu juga mahu menyambut hari raya. Dia masih ingat suasana raya ketika itu hanya sederhana kerana banyak perkara difikirkan. Walaupun tahu mak ayah susah hati tetapi dia menyakinkan mereka ia hanyalah tumor.
Emaknya juga turut menyuruh dia mengutamakan kesihatan dan akhirnya Tiraa mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajiannya seketika.
Akhirnya dia selamat menjalani pembedahan yang memakan masa selama 4 jam. Doktor memberitahu pembedahan berjalan lancar tetapi ovari sebelah kiri terpaksa dibuang. Ini kerana tumor itu membesar dari bahagian situ.
Setelah sebulan menjalani pemnedahan, barulah dia mendapat keputusan penuh tumor berkenaan. Doktor memberitahu dirinya telah disahkan menghidap Kanser Ovari Dysgermimoma tahap 3 dan tumor berkenaan adalah sebesar 20 cm. Walaupun terkejut dengan berita itu tetapi Tiraa gagahkan diri bersikap tabah dengan dugaan yang menimpa.
Susulan itu dia pelu menjalani rawatan kimoterapi dan pengalaman pertama kali melakukan kimoterapi, keadaannya biasa sahaja. Tetapi apabila untuk pusingan berikutnya, Tiraa pernah mengalami muntah sehingga 17 kali.
Bukan itu sahaja, dia juga turut mengalami perubahan fizikal seperti badan kelihatan semakin cengkung, bulu kening nipis dan rambut juga mengalami keguguran. Keadaan itu menyebabkan Tiraa seperti berputus asa dengan hidup hingga tidak sanggup melihat dirinya di depan cermin. Namun dalam masa sama, dia perlu kelihatan kuat di depan ibu dan ayahnya.
Dia juga turut menjauhkan diri dari teman-teman lain. Emosinya ketika itu memang tidak stabil dan sering mahu marah pada orang sekeliling.
Dia juga sebak setiap kali melihat gambar teman-temannya yang belajar sedang berselfie atau keluar bersantai. Tetapi dia hanya duduk di katil sambil menantikan proses ubat kimo berjalan dalam tubuhnya. Sepanjang proses kimoterapi, dia hanya akan tidur dan berharap segalanya akan selesai dengan cepat.
Setiap minggu juga dia perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan kimoterapi ini. Tiraa juga telah setelah menjalani 6 kali rawatan kimoterapi dan selepas selesai semua pusingan, dia merasakan beban dipikul seperti sudah hilang dan dada menjadi sedikit ringan kerana tidak perlu memikirkan pusingan rawatan selanjutnya.
Kini dia bersyukur kerana berjaya mengharungi enam pusingan rawatan dan turut menasihati hijabi/wanita di luar sana supaya sentiasa positif pada diri sendiri dan jangan terlalu stress. Buat masa sekarang dia belum menyambung pengajiannya dan perlu berehat secukupnya. Dia juga perlu mendapatkan rawatan susulan dengan membuat ultrasoubd 3 bulan sekali dan juga mengambil darah.
Perkongsian Tiraa ini mendapat share di twitter sebanyak 14K dan ramai yang memberi kata-kata semangat padanya selepas membaca thread dirinya.
Sabar dengan ujian
Keep inspiring other
Menurutnya dia tidak mengambil apa-apa suplemen tetapi mungkin disebabkan faktor genetik mempunyak keluarga yang ada kanser dan juga dia yang gemar makan rumpai laut dan dan mungkin itu adalah punca kanser berkenaan mulai membesar.
Artikel Berkaitan: Dokor Kata Ramai Hijabi Terdedah Penyakit Kerosakan Rahim
SUMBER: TWITTER TIRAA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI