Umum pastinya mengetahui khasiat yang ada dalam sebiji tomato. Bukan sahaja enak dimakan, tetapi boleh memberikan keserian di wajah dengan cara yang selamat dan tak perlu langsung diragui!

Kalau nak lagi best, apa kata hijabi bekukan tomato tersebut sebelum sapu rata di wajah. Ya Tuhan, segarnya! Di facebook Nornafishah Zamry telah berkongsikan 10 cara mudah yang boleh dibuat untuk kecantikan diri. Jom kita cuba sekali!

SEGARKAN MUKA DENGAN TOMATO BEKU

Best taw buat macam ni, rasa fresh je muka. Cara paling senang, masukkan je sebiji buah tomato dalam tempat beku peti ais.

Bila dah beku, potong empat. Sapukan rata je dekat muka. Lagi pulak kalau uolls ada masalah liang pori terbuka & gelap bawah mata. Boleh la cuba.

kakak sediakan sekali 10 #KHASIAT buah tomato

10 khasiat dan cara mudah gunakan tomato untuk kecantikan —

1. Bagi yang berhadapan masalah jerawat, cubalah petua ini. Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah selama 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.

Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.

Ads

Sapu Tomato Beku Boleh Jadikan Awet Muda. Ini 9 Tip Cantik Lain Guna Tomato Sahaja. Pasti Flawless!

2. Tomato juga membantu mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah. Hanya potong tomato kepada dua bahagian dan ambil separuh daripadanya, sapukan pada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.

3. Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur dan sapu pada wajah, biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Akhir sekali bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini membantu untuk mengecilkan liang pori kulit wajah.

Sapu Tomato Beku Boleh Jadikan Awet Muda. Ini 9 Tip Cantik Lain Guna Tomato Sahaja. Pasti Flawless!

Ads

4. Bagi mengatasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai pupur dan sapu pada seluruh wajah. Biarkan ia kering kira-kira 30 minit kemudian bilas dengan air suam. Ia membantu kulit lembap dan berseri.

5. Campuran jus tomato dan madu baik untuk mengatasi masalah ton kulit tidak sekata. Sapu bahan ini pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis. Hasilnya, kulit cerah sekata.

6. Amalkan makan buah tomato pada waktu pagi kerana ia membantu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan.

Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia membuatkan anda berasa kenyang.

Ads

7. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan bersisik, kembalikan kelembapan kulit dengan melenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali untuk melihat hasilnya.

8. Bagi merawat rambut kering dan bercabang, lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Ia membantu rambut sihat dan bersinar.

9. Untuk masalah kelemumur pula, lenyek tomato dan sapu pada kulit kepala. Lakukan selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

10. Bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli pada mata. Ia mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah.

Sapu Tomato Beku Boleh Jadikan Awet Muda. Ini 9 Tip Cantik Lain Guna Tomato Sahaja. Pasti Flawless!

#BolehCuba #BolehShares #BolehAmalkan

kredit: facebook Nornafishah Zamry

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI