Sapu Krim Terus Bulu Ketiak Dan Kaki Tercabut! Tapi Ada Kesan Buruk Dengan Penggunaan ‘Hair Removal Cream’…

Share

Siapa sahaja yang tak idamkan ketiak dan kaki yang licin dan mulus tanpa bulu. Sudah tentu segelintir dari kita yang sanggup menghabiskan duit untuk buat waxing di saloon.

Tapi ada juga alternatif lain yang boleh digunakan seperti penggunaan produk hair removal cream (krim pencabut bulu). Tapi ada kesan sampingannya yang anda tidak mahu ia boleh berlaku!

Artikel berkaitan: Penting Ketika Anda Mencukur Bulu Ketiak & Bulu Kaki Antaranya Jangan Bercukur Selepas Mandi

Nak licin dan mulus tapi lain jadinya…

Sumber dari Canva

Menurut healthshotsramai yang akan memilih untuk menggunakan produk krim pencabut bulu kerana ia sangat mudah dan agak murah. Hanya sapukan pada kawasan yang anda ingin membuat bulu dan ia siap tercabut.

Hakikatnya, ada terdapat kesan-kesan sampingan yang boleh merisikokan kepada kesihatan anda terutama sekali mereka yang sangkat peka dengan rupa paras. Ini antara kesan yang boleh anda hadapi!

1. Iritasi dan membuatkan kulit jadi gelap!

Sumber dari Canva

Bahan utama yang digunakan dalam krim pencabut bulu ini adalah Kalsium dan kalium hidroksida. Ia berfungsi mencabut bulu dengan pantas namun akan meninggalkan kesan iritasi serta menggelap kawasan kulit!

Ia sangat bahaya tambahan lagi buat mereka yang mempunyai kulit yang begitu sensitif. Jika silap penggunaannya ia akan menyebabkan ruam!

2. Alah kepada bahan kimia

Sumber dari Canva

Nilai pH pada krim pencabut bulu adalah negatif dan boleh memberikan kemudaratan pada kulit. Kebiasaannya, orang yang mempunyai kulit sensitif berpotensi untuk mendapat alahan dan meninggalkan kesan pada kulit!

Artikel berkaitan: Cukur Bulu Ketiak Sampai Kena Bedah, Instafamous Terpaksa Bayar RM17K

3. Boleh melecur akibat bahan kimia!

Sumber dari Canva

Dalam proses mencabut bulu, bahan kimia yang terkandung di dalam krim itu boleh menyebabkan kulit melecur jika dibiarkan dengan begitu lama! Ramai yang lupa untuk mengikut masa yang telah disarankan dan telah mendapat keburukan yang tidak disangka.

Kami bukanlah tidak menyarankan anda menggunakan krim pencabut bulu namun perlulah untuk beringat kesan yang boleh anda hadapi. Mungkin, anda boleh cuba pada satu kawasan dan perhatikan kesesuaiannya dengan anda.

Sumber: healthshots

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee