Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan perkahwinan yang bahagia serta pasangan yang sihat sejahtera. Namun, siapa sangka Allah mahu menduga, menguji sejauh mana keimanan serta kekuatan hamba-Nya.

Inilah yang berlaku pada Sharul Nizam Ab Rahim. Diuji oleh Allah apabila isteri yang dikahwininya disahkan menghidap Paranoid Schizophrenia. Ia merupakan salah satu penyakit schizophrenia di mana penghidapnya mengalami delusi bahawa orang lain bersekongkol melawan dirinya atau anggota keluarganya.

Kebanyakan penghidap mengalami halusinasi suara di mana mereka mendengar suara-suara yang tidak nyata. Sharul Nizam Ab Rahim telah berkongsi kisah isterinya di Facebooknya dan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan berdoa agar beliau tabah dan sabar dengan dugaan Allah ini.

Sanggup Jaga Isteri Hidap Paranoid Schizophrenia, Netizen Doakan Lelaki Ini Tabah Harungi Semua Dugaan & Ujian Allah

Sanggup Jaga Isteri Hidap Paranoid Schizophrenia, Netizen Doakan Lelaki Ini Tabah Harungi Semua Dugaan & Ujian Allah

Malah, isterinya juga pernah beberapa kali membuat panggilan palsu hingga menyebabkan polis datang ke rumah. Semoga perkongsian Sharul Nizam Ab Rahim ini memberi manfaat kepada anda di luar sana.

Baru 8 Bulan Berkahwin

Usia perkahwinan kami baru masuk 8 bulan. Asakan demi asakan yang saya terima. Sesuatu di luar kebiasaan. Saya masih menzahir kekuatan kerana mata hati yang hakiki.

Penggeledahan maklumat menunjukkan isteri mula mengambil Rawatan Psikiatri sejak 17 tahun lalu (8 Jun 2000).

Pada 30 November 2014, Doktor Pakar mengesahkan isteri saya mengidap Paranoid Schizophrenia. Ia satu serious mental disorder.

Kawal Melalui Ubat

Penyakit ini tiada penawarnya. Yang ada cumalah, kawal. Ia mesti dikawal melalui pengambilan ubat. Lagi satu, penuhkan fikirannya melalui aktiviti yang dia suka.

Isteri saya suka melukis. Lagi satu, dia suka mengajar. Mutu lukisan dan mutu pengajarannya sangat baik. Malah lebih baik dan cemerlang dari sesetengah mereka yang tidak berpenyakit.

Ads

Sanggup Jaga Isteri Hidap Paranoid Schizophrenia, Netizen Doakan Lelaki Ini Tabah Harungi Semua Dugaan & Ujian Allah

Sekiranya tidak mengambil ubat dan tiada aktiviti, isteri saya akan didatangi kepercayaan palsu (delusion) dan halusinasi (hallucination).

Halusinasi Hingga Berfantasi

Semasa delusi, tanpa sedar dia akan berkata suaminya jahat. Ketika ini, dia mula mencari sokongan. Misinya, orang lain mesti percaya apa yang dia percaya. Seandainya kamu enggan percaya, siaplah kamu.

Dia akan kembali semula pada suaminya dan berkata, “Abang, itu orang jahat”. Tanpa mata hati, kita saling membenci, saling mengesyaki, saling menyakiti. Then, kita semua ke kancah pergaduhan.

Semasa halusinasi, tanpa sedar dia mula berfantasi. Dalam fantasi, muncul bisikan dan bisikan itu menyatakan suaminya seorang yang curang. Orang itu mencuri atau merosakkan barangnya. Dan satu keadaan, dia sedang dicederakan.

Perlu Banyak Bersabar

Ketika ini berlaku, tiba-tiba saja isteri akan lenyapkan diri. Kalau ternampak isteri saya seorang diri memandu pada jam 2.00 pagi hingga 3.00 pagi. Itulah orang rayau. Itu tak apa lagi. Tiada ancaman pada awam.

Seandai fantasinya dia sedang dicederakan atau barangnya dicuri atau dirosakkan, hati-hati. Kalau dia diam memendam tidak mengapa. Tapi kalau dia mula memaki hamun dan kamu membalas maki hamun dia, jaga-jaga.

Ads

Dia akan mencapai apa saja untuk dirinya membaling, memecahkan, menakutkan atau mempertahankan diri. Tanpa mata hati, mustahil kamu boleh bersabar. Natijahnya, samada kamu tercedera atau isteri kamu peroleh kecederaan.

Sanggup Jaga Isteri Hidap Paranoid Schizophrenia, Netizen Doakan Lelaki Ini Tabah Harungi Semua Dugaan & Ujian Allah

Masyarakat kita terutama orang-orang Melayu suka benar menyisih, menyorok, menafi dan malu dengan pengidap Psikiatri. Tetapi masyarakat barat, mereka dedahkan.

Mereka berdepan dan mereka cari jalan mengindahkan. Cari Movie bertajuk  A Beautiful Mind (2001). Watak Prof John Nash dan watak isteri saya, ada persamaan. Walau ia less complex, at least ada inspirasi.

Saya sorang-sorang tak mampu mengurus isteri. Saya hanya mampu mengurus melalui kepercayaan awam. Hanya kepercayaan awam sahaja mampu meneutralkan satu kefitnahan. Terima Kasih Doktor. Terima Kasih Nurse. Terima Kasih Polis. Terima Kasih Guru Besar. Dan Terima Kasih Security Guard.

Akan Jaga Seumur Hidup

Doctor ada bertanya. Encik baru berkahwin. Keadaan kesihatan isteri baru saja diketahui. Apakah Encik mahu meneruskan? Memelihara mereka yang Schizo menuntut pengorbanan. Bilangan tak sanggup itu mengatasi bilangan yang sanggup.

Ads

Saya tak ada kekayaan untuk ditunjuk-tunjuk. Tapi saya ada isteri yang amat sayangkan saya. Sebagai balasan, akan ku jaganya seumur hayat.

Sanggup Jaga Isteri Hidap Paranoid Schizophrenia, Netizen Doakan Lelaki Ini Tabah Harungi Semua Dugaan & Ujian Allah

Tulisan saya berhubung turut mendapat perhatian dan komen daripada seorang peguam. Client dia sendiri mengadu dicekik suami. Di pengakhiran kes, dia sendiri tak boleh nak buktikan aksi cekik. Finally, jumpa benda lain.

Buat Panggilan Palsu

Saya sendiri sudah berapa kali dah Polis Subang Jaya datang rumah akibat panggilan palsu oleh isteri. Polis siap buat spot check tubuh badan isteri kalau-kalau suaminya betul-betul abuse dia. Namun demikian, polis tak jumpa apa-apa.

Apabila Polis tak memihak kepada aduan isteri, dia kembali kepada saya dan bertanya “Abang rasuah polis berapa RM?”.

Oleh yang demikian, sampai ke sudah isteri tak percayakan polis. Sewaktu singgah makan Laksa di USJ 20, Subang Jaya. Kalau ada polis peronda turut makan situ, saya sorang-sorang je yang keluar makan. Isteri tak nak keluar kereta kerana dia tak nak tengok muka polis-polis yang saya dah “rasuah”.

Kerana Sayang & Rasa Tanggungjawab Terhadap Isteri

Actually di rumah, nombor telefon Balai Polis Subang Jaya memang saya beri pada isteri. Seandainya  tiba-tiba dia rasa terancam, memang saya ajar dia dapatkan polis. Tujuannya, dia boleh rasa secure dan peroleh perlindungan serta-merta.

Saya tak peduli berapa banyak isteri buat perkara negatif pada saya. Saya cekal. Saya hadap. Saya bertanggungjawab. Dan saya sayangkannya. Finally, saya akan rungkai satu demi satu.

Saya ulang. Ketiadaan mata hati, tiada siapa mampu menghadapi. Sama ada  kamu tercedera atau isteri kamu peroleh kecederaan.

 Sumber: Sharul Nizam Ab Rahim

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI