Kehadiran bulan suci Ramadan menjadi sebuah hadiah yang indah bagi kita, kerana padanya kebaikan bernilai lebih serta berlipat ganda, dan terdapat padanya amalan-amalan yang tidak terdapat pada bulan lainnya.
Amalan yang pertama dan paling utama di bulan Ramadan adalah melaksanakan puasa yang merupakan rukun Islam yang keempat. Maka sewajarnya kita menyambut bulan Ramadan dengan penuh kemuliaan.
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga ke bulan puasa menjadi peluang terbaik untuk beribadah bersama keluarga di rumah. Syukur kerana Ramadan tahun ini kita meluangkan banyak masa bersama keluarga untuk merebut ganjaran pahala berlipat ganda ketika Ramadan.
Boleh sahaja kita melakukan solat sunat tarawih berjemaah di rumah dengan keluarga. Walaupun solat berjemaah di rumah, kita akan tetap menerima pahala 27 kali ganda.
#Syukurbersama kerana seisi keluarga berpeluang melakukan amal ibadah di bulan yang mulia ini dengan penuh keikhlasan.
Berikut perkongsian Wan Junaidah Dasuki sambutan Ramadan di rumahnya.
Ok, kira siaplah ni ya anak-anak. ‘Ramadan Corner’ namanya. Belajar dengan puan guru Puan Cahaya Norhaini Sulaiman tahun lepas. Alhamdulillah, tahun ini baru tahu apa nak buat. Tahun lepas ‘blur juga’
Amat bermakna ruang ini, sebab semua orang ada ‘contribute’ hasil tangan masing-masing. Potong senget-senget ke, warna ‘card-board’ sambil bergaduh-gaduh dan tumpah air ke. Ibu terima seadanya.
Dekorasi yang ada, DIY saja. Guna kertas keras yang ada di rumah. Warna, keringkan dan gunting. Terus tampal. Dan semestinya ‘doodle’ kena ada juga.
Al-Quran besar itu ‘investment’ sempena Ramadan. (sebenarnya terpengaruh dengan dinda Amal Baharuddin punya). Lagi pun imam di rumah ini bermata empat. Maka huruf kena besar sikit.
Ruang tambahan ‘pondok-pondok’ tepi pintu. Untuk Aufa khasnya kalau ‘mood’ ke laut (tapi ramai je yang tumpang) Sebab tu ada bantal, lampu dan semua jenis ‘toys’ yang mahu dia bawa.(Dalam gambar, ibu ‘remove’ dulu)
Nak ulang baca lagi doa ini selagi belum masuk Ramadhan. Semalam tampal di sudut solat, Amna pula baca lepas solat. Adudu sebak pula rasa.
‘Wahai Allah, sampaikanlah aku kepada Ramadan. Dan sampaikanlah Ramadan kepadaku. Dan ambillah Ramadan daripadaku dalam keadaan Engkau terima semua amalanku’
Ustaz pesan, sambutlah Ramadan macam nak sambut pengantin.(rumah bersih, ada ruang khas dll). Persediaan yang paling baik adalah adakan masa dengan Al-Quran. Paksa diri. Baca Al-Quran dan mentadabburinya. Itu terbaik
.Nota: Ruang begini untuk ‘naikkan mood Ramadan’ supaya lebih semangat. Satu lagi ‘investment’ yang ditunggu adalah ‘stand’. Mudah-mudahan sampai sebelum Ramadhan. Doakan ya.
#syukurbersama
Kami di Ideaktiv juga bersyukur kerana dapat bersama meskipun dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Begitu juga dengan rakyat Malaysia lainnya. Boleh saksikan video ini.
Sumber kredit: Wan Junaidah Dasuki