Ingin lari daripada kebiasaan, pereka duo terkenal Rizman Ruzaini memilih untuk merayakan sambutan ulang tahun kedua jenama tudung mereka iaitu RR Mono Scarves yang dibuat secara berperingkat. Sambutan ulang tahun kedua RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini ‘all out’!
Rizman, 39, atau nama sebenarnya Rizman Nordin berkata, antara yang menarik perhatian adalah pembukaan ‘pop-up store’ jenama RR yang terletak di KL East Mall, Kuala Lumpur. “Bulan ini adalah ulang tahun kedua untuk RR Mono Scarves daripada Rizman Ruzaini.
Seperti tahun lalu, kami adakan sambutan secara besar-besar bagi meraikan pencinta skaf kami. Cuma, kali ini kami akan buat lain sedikit iaitu secara berperingkat. Peringkat pertama, kami buat ‘pop-up’ di KL East Mall yang mana kami akan melancarkan tudung terbaharu iaitu RR Geometrik.
“Kemudian kami juga akan menjalankan beberapa aktiviti termasuk diskaun khas untuk semua skaf dan baju yang boleh dipadankan dengan skaf itu. “Acara kemuncak pula adalah sambutan ulang tahun skaf Rizman Ruzaini pada 29 Julai ini.
Ads
Kami menjemput mereka yang sudah memiliki RR Mono Scarves dan istimewa untuk 200 yang pertama akan dapat tudung edisi khas Rizman Ruzaini secara percuma. Mereka hanya perlu pakai RR Mono Scarves ke acara tersebut” katanya.
Sambutan baik pembeli setia
Menurut Ruzaini pula, pihaknya berasa sangat gembira kerana jenama RR ini mendapat sokongan daripada peminat skaf. “Sambutan baik diberikan kepada jenama kami membuatkan kami jadi lebih seronok. Kami di Rizman Ruzaini memang sangat mementingkan kualiti.
Ads
Disebabkan itu, kebanyakan pembeli terus setia dengan jenama ini. “Selain itu, kami sangat aktif mengeluarkan skaf dan boleh dikatakan, setiap bulan ada keluaran baharu. Apa yang kami lakukan ini supaya pelanggan dapat mengumpul pelbagai jenis skaf keluaran kami,” katanya.
Mengulas mengenai persaingan daripada jenama tudung lain, Ruzaini berkata RR Mono Scarves mempunyai pengikut tersendiri. “Untuk persaingan, kalau di Malaysia ini adalah sihat sebab tiada berlawan antara satu sama lain. Saya fikir, jenama kami ada pengikut yang sangat kuat dan apa yang kami hasilkan ini adalah khas untuk mereka.
“Memang kami mengharapkan sokongan berterusan daripada pembeli. Kalau diikutkan skaf ini hanya dipasarkan secara dalam talian dan tidak lama lagi akan dijual di butik kami seluruh Malaysia. Hujung tahun ini kami akan buka sekali gus di lima tempat. Jadi, pembeli boleh lihat dan rasai secara dekat kualitinya.,” katanya.
Acara sambutan ulang tahun kedua RR Mono Scarves di KL East Mall turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada dua penyanyi terkenal tanah air iaitu Ziana Zain dan Ernie Zakri.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Benarlah kata peribahasa Melayu ini apabila penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza memuat naik gambar puteri hatinya, Siti Aafiyah yang kelihatan mirip wajahnya sewaktu dahulu.
Siti Aafiyah yang kelihatan duduk bersantai di atas kerusi rehat itu sememangnya mengimbau kembali wajah Dato’ Sri pada waktu dahulu seperti di dalam video muzik Purnama Merindu. Ha! Ingat lagi tak video muzik tu?
Bila Aafiyah posing lebih anggun dari ibu..swipe to the left
Memang sama betul tau! Gambar itu menarik tumpuan netizen dan ramai yang memberi komen tentang wajah Siti Aafiyah yang benar-benar serupa dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
tu Siti Nurhaliza zaman purnama merindu ke tu?
Malah, ramai juga yang memuji tentang kecomelan Siti Aafiyah apabila dia bijak memberi ‘posing’ ketika mengambil gambar! Alahai, cantik macam ibunya juga!
Menerusi laman Instagramnya juga, Dato’ Sri Siti Nurhaliza kelihatan meluangkan masa bercuti bersama keluarga di The Taaras Beach & Spa Resort yang berlokasi di Kuala Terengganu, Terengganu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hidup sebagai pasangan suami isteri memang perlu adanya sikap senda gurau dan kalau boleh elemen surprise yang boleh membuatkan kita tesenyum sendiri. Seperti yang dilakukan oleh penceramah selebriti, Ustaz Don Daniyal yang mempunyai sikap boleh tahan romantisnya. Beliau dikatakan suami yang sweet kerana membuat kejutan sempena hari lahirnya isterinya, Dr. Husna Zahry dengan menyamar sebagai pesakit di hospital tempat isterinya bekerja.
Ustaz Don yang menyamar menjadi pesakit kemudiannya keluar membawa sejambak bunga. Memang terserlah sikap romantis Ustaz Don yang sebelum ini kita begitu senang melihat atau mendengar caranya berceramah dengan lawak jenaka.
Kejutan yang dibuat ini memang membuatkan isterinya sendiri tergamam. Menurut Dr Husna, dia mendapat panggilan seorang jururawat yang memberitahu ada seorang pesakit yang mahu bercakap dengannya di kaunter depan.
Dia yang menyangka pesakit itu tidak puas hati dengannnya hinggakan tidak mahu masuk ke biliknya berjumpa secara personal. Dia hanya mampu mengomel dalam hati memandangkan dia juga tidak berapa sihat. Lantas Dr. Husna terus sahaja ke kaunter dan secara tiba-tiba seseorang menyambar tangannya dengan membawa hadiah.
Dr. Husna memang tidak menyangka pesakit berkenaan adalah suaminya sendiri, Ustaz Don Daniyal yang datang membawa hadiah hari jadi lebih awal (in advance). Menurutnya, jururawat bertugas di kaunter turut tersenyum melihat aksi romantik dan surprise dilakukan Ustaz Don.
Posting yang dimwit turun di laman instagramnya ini turut menarik perhatian netizen dan rata-rata mengucapkan selamat hari jadi padanya dan berharap agar rumah tangga dibina kekal hingga ke jannah.
@watiepb Aloor..so sweet nyaa Ustaz Don… Happy Birthday Dr.Husna may Allah blessed you till the end
@siti_noorqamariah Mesti dlm hati mcm panas je nk jalan ke kaunter tetiba melting..Happy birthday ..best surprise ni
@junidahsulaiman Happy Birthday Dr Husna…sweet sungguh ust kita ni…semoga Dr n ust bahagia hingga jannah…Aamiin
The selection of the right color of the veil is very helpful in raising the face.
That is why it is important for a hijabi to choose the color of the headscarf that matches her skin tone so that her appearance stands out more.
Not all colors suit all skin types. Choosing the wrong hijab color will cause the face to look dull, pale and lifeless.
Here are tips for selecting hijab colors according to skin tone. May it be a useful guide for hijabis.
TIPS FOR CHOOSING A VEIL ACCORDING TO YOUR SKIN TONE
In addition to the shape of the face, the skin tone factor also plays a role in producing the compatibility of the style with the chosen color of the veil.
1. The skin is white, bright and pale yellow
White and bright skin looks more radiant if you wear a contrasting dark or bright colored hood such as Purple, Red, Ocean Blue & Black. Although pastel and neutral colors are very popular but they can make the face look pale and lifeless. So if you also want to use pastel, you have to mix it with fierce colors so that your styling becomes more interesting!
2. Brown skin
Tan or brown skin is a common skin color for most women in Malaysia. The colors of the veil that highlight the tone of the tanned skin owner are pastel shades. Example, Beige, Baby Blue, Peach & Salmon. You have to avoid using blood red, dark green and dark brown! Later it will make your face more dull and dark.
3. Dark and black sweet skin
You have to wear colors that enhance your face such as heart red, soft purple or soft orange. These colors contrast with the skin tone and can make your skin look brighter. Avoid wearing dark brown, black and dark blue colors as they will cause the skin to look darker and dull.
May this tip be a reference and guide for all hijabis.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...