Ulang tahun perkahwinan menjadi momen yang amat manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri. Meraikan ulang tahun perkahwinan mampu menghangatkan kembali hubungan dalam rumah tangga. Usia perkahwinan yang bertambah setiap tahun menjadi satu penanda aras yang menandakan anda dan pasangan berjaya melalui pelbagai ujian dan dugaan sepanjang perkahwinan.

Imbau dan rasai kembali kasih sayang yang menyatukan perasaan anda dan pasangan selama hidup bersama. Anda dan pasangan juga dapat mengenal pasti apa yang menjadi kekuatan dan kelemahan dalam ikatan perkahwinan anda dan pasangan agar kelemahan yang ada mampu diperbetulkan. Melakukan refleksi bersama dengan pasangan akan menyedarkan anda seberapa jauh hubungan perkahwinan ini bermula.

Perkongsian Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta yang menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke enam bersama Zain Saidin mengundang perhatian ramai. Begitu romantik sekali pasangan merpati dua sejoli ini ibarat baru di hari pertama melangkah ke alam perkahwinan.

Happy 6th Anniversary sayang !
Bernikah dengan mu mungkin adalah jawapan terindah dari Tuhan ,atas doa yang paling sederhana dalam setiap tahjudku .
Tuhan , aku hanya ingin bahagia bersama nya

IKLAN


Jangan cari yang sempurna ,
Cari yang nak hidup bersama

IKLAN

6th years wedding anniversary.


Usia perkahwinan yang masuk tahun ke 5, 10 bahkan 20 tahun bukanlah alasan pudarnya api cinta dalam perkahwinan. Justeru pada momen ulang tahun perkahwinan, anda dan pasangan bolehlah merencanakan makan malam romantik mahupun percutian bersama atau apa sahaja sambutan yang boleh menghangatkan lagi hubungan cinta suami isteri.

IKLAN

Rencanakan aktiviti atau liburan yang sesuai dengan keinginan anda dan pasangan untuk mengisi agenda ulang tahun perkahwinan. Ini sangat bermanfaat untuk ‘menggebukan’ kembali perasaan cinta antara anda dan pasangan.

Penting untuk melakukan refleksi sejenak untuk menyedari betapa berharganya hubungan perkahwinan anda. Ambil juga sedikit masa untuk merangka masa hadapan dan impian anda bersama pasangan untuk masa depan.

Didoakan moga-moga Che Tan Dan Zain berbahagia hingga ke Jannah.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI