Bila mendengar sahaja ungkapan ini adalah petanda dimana seluruh umat Islam bakal menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha khususnya bagi mereka yang menjadi tetamu Allah dan menyambut seruan Haji di tanah suci Kota Mekah.
Malah, direzekikan untuk menunaikan ibadah Haji merupakan antara impian dan tujuan terbesar dalam diri setiap umat Islam. Ini demikian kerana, menunaikan ibadah Haji dan Umrah bagi yang berkemampuan merupakan antara rukun Islam kelima yang dituntut oleh Allah SWT.
Justeru, Hijabista berkesempatan menemubual pengasas Kamya kosmetik, Datin Erna Elliyana Rosli yang direzekikan menyambut seruan haji pada tahun ini, untuk berkongsi sudut pandang dan perasaan menjadi tetamu Allah untuk melaksanakan ibadah yang menjadi impian dan cita-cita seluruh umat Islam.
Menurut Erna, sejak bergelar usahawanita yang telah berjaya dan meski dikurniakan rezeki serta kemewahan harta yang melimpah ruah itu bukanlah kayu pengukur untuk dipanggil menjadi tetamu Allah. Tetapi ia bergantung kepada rezeki masing-masing.
“Pergi atau tidak tu bergantung pada panggilan Allah, jadi Erna percaya Allah tu maha pengasih dan maha penyayang. Erna dari kecil sampai besar kalau orang tanya Erna, macam mana boleh berjaya? Kuncinya adalah doa je, sebab Erna memang always affirmation dengan doa.
“Sebelum Erna tunaikan Umrah, dan masa Erna nak ada anak pun, Erna selalu ada ‘goal boards’ yang Erna akan buat setiap tahun untuk pastikan setiap goals Erna tercapai. Selagi Erna tak capai selagi itu goals itu akan berada dalam senarai goal boards. Jadi salah satu perkara yang Erna tulis disitu adalah menunaikan Haji,” ujarnya.
Sehubungan itu, Erna berkata kepada mereka yang sunguh-sunguh mahu menjadi tetamu Allah dan mengerjakan ibadah haji. Teruskan berdoa tanpa jemu, tanpa berputus asa dan jangan mengalah selagi Allah tak panggil atau belum makbulkan doa itu.
“Kepada rakan-rakan Erna yang berhasrat menunaikan Haji, selalu tanam dalam diri, sesungguhnya Allah itu maha perkasa lagi maha teliti dan penyayang. Jadi mintalah apa sahaja keinginan anda kepada Allah.
“Kalau kita rasa ibu kita sayang kita, Allah menyayangi kita 80 kali ganda lebih daripada ibu bapa kita menyayangi kita. Jadi mintalah apa sahaja pada Allah, InshaaAllah, Allah akan kabulkan dan perkenankan,” ujarnya.
Erna berkata demikian ketika ditemui pada satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di Daigor Hong Kong Style Muslim Restaurant, Jumpa @ Sg Wang, semalam sebelum beliau berangkat ke Tanah suci pada hari ini, 21 Jun 2023.
Mengulas berkenaan perasaanya apabila dipanggil menjadi tetamu Allah menunaikan ibadah Haji pada usia 34 Tahun. Erna menjelaskan bahawa dia menyerahkan sepenuhnya urusan ibadah Haji dibawah perlindungan Allah yang maha esa dan berharap agar dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan Haji yang mabrur bersama suami tercinta.
“Jadi saya pun berserah la, konsep dia berserah. Bismillahitawakaltu Alallah. Sebab saya percaya nak buat Haji ni adalah panggilan Allah. Jadi Erna berserah segalanya, saya harap Allah menjaga saya semasa di sana. Malah, Erna nak buat yang terbaik, sebab ini kan satu-satunya Rukun Islam.
“Jadi di kesempatan ini Erna nak memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT diatas limpah kurniaNya dan kasih sayangnya buat Erna dan suami. Erna bakal memngerjakan Haji pada esok hari, Erna harapkan doa dari kalian semua supaya Erna dapat Haji yang mabrur. Sekurang-kurangnya ini peluang sekali seumur hidup,” tambahnya lagi.
Artikel berkaitan: 9 Tip ‘Berguna’ Untuk Jemaah Wanita Yang Bakal Mengerjakan Ibadah Haji Dan Umrah!
Selain itu, Erna juga berkata, dia turut mendoakan agar semua yang berhasrat menunaikan haji mempunyai rezeki sama, semoga Allah panggil, mengerjakan Haji pada tahun hadapan.
Sekadar info, Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani diantara tiga entiti gergasi iaitu Alphacapital (M) Berhad, Rakyat Trustee Berhad, dan Seterra Group of Companies yang telah termeterai ini bertujuan untuk menyasarkan pelaburan sebanyak RM100 juta bagi melaksana dan menggerakkan projek membina pusat penjagaan warga emas bertaraf dunia yang lengkap fasiliti dan infrastruktur secara terancang.
Lebih menarik lagi, pusat ini nanti bakal menawarkan pelbagai aktiviti riadah yang menyeronokkan buat warga emas dan juga melaksanakan pelbagai majlis ilmu yang boleh meningkatkan kerohanian mereka, sebagai persediaan terakhir menuju ke alam abadi.
Artikel berkaitan: Bakal Tunai Haji Tahun Ini? Ini Beberapa Tip Elak ‘Tersesat’ Ketika Di Tanah Suci!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.