Walaupun sedang menikmati waktu percutian, selebriti yang juga usahawan terkenal iaitu Neelofa tetap meluangkan masa untuk membaca wirid Istighfar ketika dipercayai berada di lokasi percutian pantai di tanah air.
Memanfaatkan waktu dengan sebaiknya, Neelofa berkongsi bacaan wirid tersebut di laman Instastory miliknya agar pengikutnya juga mendapat kebaikan daripada perkongsian tersebut.
Sebelum ini, bekas pengacara MeleTOP itu dilaporkan memperuntukkan RM500 ribu melalui Pertubuhan Kasih Neelofa bagi membaik pulih 21 buah surau di negeri Kelantan untuk memudahkan para penduduk setempat di sana melaksanakan ibadah.
Selain itu, isteri tercinta kepada PU Riz ini juga mengudang perhatian ramai apabila mereka mengandaikan dirinya sedang hamil ketika ini kerana dilihat sering mengusap perut.
Neelofa bagaimanapun tidak mengiya atau menidakkan hal tersebut sebaliknya menunggu saat yang tepat untuk berkongsi kepada semua.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bertemu Suami Di Kelab Malam, Kini Sama-Sama Berubah Ikuti Kelas Ngaji Tiap Minggu
Isi Kandungan
ToggleTuhan jika hendak beri hidayah, bila-bila masa saja Dia boleh beri jika Dia berkehendak. Sebab itulah kita tidak boleh menghukum pahala dan dosa atau masa lampau seseorang itu seperti kita suci dan bersih dari dosa.
Kisah yang tular baru-baru ini di laman Twitter mengenai Murni Hidayah Azman Tang,23, yang pertama kali bertemu suaminya, Muhammad Azmi Che Muda,31, di kelab malam menarik perhatian ramai.
Mesra dipanggil Ninie, dia berkata kepada mStar bahawa dia bertemu dengan suaminya buat pertama kali sekitar pertengahan tahun lalu di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur.
Dalam tempoh perkenalan yang singkat,mereka telah melangsungkan perkahwinan dan tidak lagi menjejakkan kaki ke kelab malam.
Sama-sama sertai kelas mengaji Al-Quran
Tambahnya, mereka sama-sama menyertai kelas mengaji Al-Quran pada Ramadhan lalu dan nekad berubah bersama ke arah kebaikan.
“Masa tahun 2018, sebelum jumpa suami pun saya sudah memperlahankan aktiviti ke kelab malam, tapi waktu itu ada kawan ajak jumpa di Trec.
“Saya pergi masa itu bukan untuk enjoy, tapi niat untuk teman kawan sahaja. Masa tulah jumpa suami saya, dia tegur dan cakap nak berkawan.
“Saya terpikat sebab dia respect saya, dia tak sentuh saya. Saya rasa selesa, kenapa dia nak protect padahal kami tak kenal pun,” jelasnya.
Katanya, dia dan suami ada menjejakkan kaki ke kelab malam dua kali selepas berumah tangga.
Tekad baiki diri
Namun, dia mula sedar dan berniat untuk berubah sebelum nekad mengajak suami untuk memperbaiki diri dan tidak lagi ke mana-mana pusat hiburan.
“Bila pergi sana, tiba-tiba nampak ramai anak Melayu termasuk saya. Saya terfikir, sampai bila nak duduk sini?
“Saya paksa diri dan ajak suami berubah. Saya pun bukannya baik. Namun, sebagai isteri, saya kena ajak dia ke arah kebaikan,” ujarnya lagi.
Masa untuk bertaubat sudah singkat.
Bercerita mengenai kelas mengaji,suaminya begitu bersungguh-sungguh sewaktu dia menyuarakan hasrat untuk menyertai kelas Al-Quran.
“Dulu waktu kecil boleh baca. Tapi bila dah lama tinggal, kena polish baliklah.
“Saya minta suami cari kelas sebab teringin nak baca dengan lancar. Tanpa bertangguh, dia terus cari.
“Kalau kejut dia bangun waktu Subuh pun sama. Sekali kejut terus dia bangun. Dia tak akan bertangguh walau lima minit.
“Saya juga ada beli buku untuk belajar agama. Saya sedar, kita manusia dah berada di akhir zaman. Memang ada masa untuk bertaubat, tapi masa tu dah singkat, “ kata Ninie.
Sementara itu di Twitter, ramai yang terharu dengan kisahnya yang begitu menginspirasikan dan berharap agar Ninie yang sedang hamil terus istiqomah bersama suaminya.
kredit: mStar, twitter @ninietang143
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Bersihkan Solekan Pada Wajah Dengan Sempurna Sebelum Ambil Wuduk, Boleh Ikut Tip Guru Imej Ini Kongsi
Antara syarat sah wuduk ialah hendaklah tiada suatu pada anggota wuduk yang mengubah air yang sampai kepadanya, seperti minyak wangi dan dakwat. Ini tidak termasuk peluh sendiri dan athar (kesan) minyak wangi seperti baunya sahaja kerana kedua-dua itu kebiasaan pada manusia yang sukar dijaga.
Setiap suatu yang menghalang air daripada sampai kepada kulit menjadikan wuduk itu tidak sah. Contohnya, kekotoran yang berada di bawah kuku, seperti sisa makanan dan tepung mengikut pendapat yang muktamad. Namun jika ia terhasil daripada peluh, maka dimaafkan.
Maka sebab itulah amat penting untuk kita kaum wanita membersihkan solekan dengan sempurna sebelum mengambil wuduk.
Ini perkongsian daripada Puan Mary tentang enam cara untuk membersihkan muka daripada kesan solekan sebelum mengambil wuduk. Moga ia dapat dipraktikkan.
ENAM PILIHAN CARA UNTUK BERSIHKAN MUKA SEBELUM BERWUDUK
Untuk wanita yang bermekap dan menggunakan pelindung suria, ada beberap kaedah untuk tanggalkan mekap dan cuci muka sebelum solat:
1. Pakai tisu muka basah (facial wipes) > bilas wajah dengan air > berwuduk
2. Pakai tisu muka basah (facial wipes) > cuci muka dengan pencuci muka (facial cleanser) > berwuduk
3. Pakai make-up remover (dengan cotton pad) > cuci muka dengan pencuci muka (facial cleanser) > berwuduk
4. Pakai micellar water (dengan cotton pad) > berwudhuk
5. Pakai micellar water (dengan cotton pad) > cuci muka dengan pencuci muka (facial cleanser) > berwuduk
6. Pakai oil cleanser > cuci muka dengan pencuci muka (facial cleanser) > berwuduk
Untuk wanita yang hanya memakai mekap tipis dan sederhana (tanpa primer, foundation, mascara, eyeshadow), kaedah 1, 2 atau 4 boleh disarankan.
Kaedah 3 dan 5 lebih sesuai untuk wanita yang memakai mekap ketebalan sederhana dan agak tebal.
Kaedah 6 sesuai untuk semua jenis ketebalan mekap. Kaedah ini lembut pada kulit dan berkesan menanggalkan mekap. Kaedah ini memerlukan kerajinan yang tinggi.
Jika tidak pakai mekap tetapi menggunakan pelindung suria, boleh pilih kaedah 1 atau 4. Pelindung suria terdapat dalam jenis kalis air (water resistant). Maka jangan hanya terus pakai pencuci muka sahaja.
Ketahuilah bahawa jika terdapat pada anggota wuduk suatu bahan kosmetik yang menghalang air wuduk daripada sampai ke kulit, atau yang mengubah air wuduk itu, maka wajib ditanggalkan dengan sempurna sebelum basuhan wuduk.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan wuduk itu tidak sah. Namun begitu dimaafkan jika kesan bahan kosmetik itu, sama ada pelembab atau krim pelindung matahari, terlalu nipis sehingga tidak menghalang air daripada kulit dan terlalu sedikit sehingga tidak mengubah sifat air mutlak tersebut.
Sumber kredit: Puan Mary dan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Top image: Photo by pnw-production from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramai Hijabi Keliru Tentang HUKUM Potong Kuku & Rambut Ketika HAID, Ini Penjelasan Ustaz. Sila Hadam!
Persoalan yang sering bermain di fikiran hijabi setiap kali datang haid, apakah dibolehkan memotong kuku dan rambut. Apa hukum jika melakukannya dan ada sumber mengatakan wanita yang sedang datang bulan tidak dibenarkan melakukan perkara ini. Pelbagai andaian ini memang buat kita jadi keliru pada hukum yang satu ini.
Dalam hal ini ada beberapa penjelasan mengenainya.
Berkata al-Bujairimi: “Pada (pendapat al-Ghazali) ini ada nazar (kritikan), kerana bahagian badan yang kembali kepada jasad seseorang itu adalah berdasarkan keadaannya sewaktu mati, bukannya sekalian kukunya yang telah dipotong selama umurnya, bukan juga rambut, maka pendapat ini perlu dirujuk kembali.”
Al-Qalyubi juga menyatakan bahawa kerana kalau dikembalikan kepada seseorang itu akan sekalian kuku dan rambut itu pada jasadnya nescaya akan buruklah rupanya dek kerana panjang kuku dan rambut itu.
Berdasarkan keterangan tersebut, perbuatan mencukur dan memotong rambut atau memotong kuku sewaktu haid tidak haram. Waktu haid dan nifas agak panjang dan mungkin menyukarkan kaum wanita untuk berhati-hati terhadap setiap rambut yang gugur dan kuku yang dipotong.
Malah, menurut Ustaz Azhar Idrus, dibenarkan memotong kuku dan rambut ketika seorang wanita itu didatangi haid kerana tiada sebarang nas yang melarangnya. Dan anda juga tidak perlu menyimpan kuku tersebut dan tidak perlu dimandikan kuku tersebut apabila sudah suci.
Semoga Allah Taala menerima segala amalan kita dan mendapat rahmat-Nya.
Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
SUMBER: WWW.MUFTIWP.GOV.MY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI