Sambal Kacang Daging ‘Terlajak Sedap’ Di Pagi Raya Aidiladha, Rugi Tak Cuba!

Share

Sambal Kuah Kacang antara menu wajib yang perlu ada di pagi raya. Sedap dimakan bersama ketupat nasi mahupun ketupat pulut. Ada juga yang gemar mencicahnya dengan lemang.

Rahsia Sambal Kuah Kacang yang sedap mestilah seimbang rasa masam, manis, masin dan pedasnya. Sebenarnya ada rahsia untuk menjadikan Sambal Kacang jadi lebih sedap. Caranya ialah dengan menambah daging di dalamnya. Jom kita cuba resipi Sambal Kacang Daging yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri  

ini.

RESEPI SAMBAL KACANG DAGING

BAHAN-BAHAN:

½ kg kacang tanah
½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis.
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
2 sudu makan udang kering (boleh juga guna udang geragau)
1 cawan cili kisar
2 sudu kicap manis (optional)
Air asam jawa
Gula melaka
Gula putih

CARA MEMBUAT:

1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.

TIP: Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.

2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.

3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.

 

 

4. Masukkan kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Selepas itu masukkan pula daging. Masak sehingga mendidih.

 

5. Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna.

6. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat. Bolehlah dihidangkan bersama nasi impit.

NOTA: Kalau kisar kacangnya, jangan pula terlalu halus, nanti hilang pula kepuasan ketika menikmatinya.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber kredit: Asrinna Bakri

Published by
SH