Debaran menanti hari bahagia, sebuah majlis khatam quran telah diadakan bagi meraikan pelakon dan pengacara terkenal iaitu Mira Filzah, 27 dan juga adiknya, Aina Fadhilah,25 yang bakal bergelar isteri tidak lama lagi.
Pendakwah terkemuka, Asni Mansor yang turut berada di situ telah berkongsi detik-detik indah di majlis tersebut melalui instastory di laman sosialnya. Mira juga dilihat berada dalam keadaan sebak dan turut menitiskan air matanya ketika marhaban sedang dilagukan.
Difahamkan, Aina akan bernikah terlebih dahulu sebelum Mira yang dijangka bakal bergelar isteri kepada Wan Emir Astar pada bulan Oktober ini. Pasti satu Malaysia tak sabar untuk menantikan majlis Mira! Moga yang baik-baik sahaja untuk adik-beradik ini. Amin.