Debaran menanti hari bahagia, sebuah majlis khatam quran telah diadakan bagi meraikan pelakon dan pengacara terkenal iaitu Mira Filzah, 27 dan juga adiknya, Aina Fadhilah,25 yang bakal bergelar isteri tidak lama lagi.
Pendakwah terkemuka, Asni Mansor yang turut berada di situ telah berkongsi detik-detik indah di majlis tersebut melalui instastory di laman sosialnya. Mira juga dilihat berada dalam keadaan sebak dan turut menitiskan air matanya ketika marhaban sedang dilagukan.
Manis mengenakan rona merah jambu bersama adik tersayang, majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga serta kenalan rapat termasuklah kakak sulungnya, Ain Farhanah yang sebelum ini menetap di New York.
Difahamkan, Aina akan bernikah terlebih dahulu sebelum Mira yang dijangka bakal bergelar isteri kepada Wan Emir Astar pada bulan Oktober ini. Pasti satu Malaysia tak sabar untuk menantikan majlis Mira! Moga yang baik-baik sahaja untuk adik-beradik ini. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Isu menciplak bukan persoalan baru yang disuarakan oleh penguasaha dan peniaga di negara ini. Malahan jenama-jenama besar juga menjadi sasaran utama mereka yang gigih mencedok 100 peratus hasil karya orang lain. Tempiasnya dirasakan pada peniaga kecil, tetapi bagi usahan wanita muda Datin Vivy Yusof itu adalah tindakan melampau kerana beliau sebelum ini boleh bersabar dengan tudung jenama Duck di perbuat dari Vietnam yang semakin rancak mencetak rompak hasil karyanya.
Melalui insta story beliau Vivy meluahkan asa tidak puas hati dengan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Tudung Mahal Punca Duck Fake
Ada juga antara mereka bersetuju kerana jenama dUCkscarves terlalu mahal dan mereka sanggup membeli yang palsu.
Admin berpendapat pengusaha industri ciplak ini mengambil kesempatan dan keuntungan terhadap usaha orang lain.
Bagi peminat setia atau Duckie’s mereka sanggup membeli dengan harga dijual di pasaran kerana mempunyai kepercayaan pada jenama ini sendiri dari segi material dan keasliaan rekaan.
Tidak Berpuas hati Vivy Kaitkan Dengan Agama
Menerusi entri insta story Vivy juga ada juga berpendapat yang Vivy cuba mengaitkan tentang agama dan solat dalam menangani isu ciplak tudung.
“Sorry Vivy, you are too much when you say about solah. Yessss im not perfect, but please beware before speak. Not everyone can buy. But bout solah why u can say fake telekung????????”
Menjelaskan tuduhan itu, bagi Vivy sendiri tidak semestinya kita perlu beli telekung yang mahal untuk solat begitu juga tudung beliau untuk menutup aurat. Ini kerana mereka berhak memilih mengikut kemampuan.
“Apa yang saya persoalkan adalah membeli telekung yang dibuat melalui operasi haram seperti buruh palsu dan kanak-kanak.”
Memertabatkan Peniaga MUSLIM Di Mata Dunia
Sesetengah dari netizen menuntut Vivy menurunkan harga dUCkscarves untuk mendorong hijabi di luar memakai hijab.
“Practise the real islam by wearing hijab , you should’ve made them cheaper than what they’re now. That is the real meaning of helping the MUSLIMS.”
Diangkat sebagai penggerak dan pemacu Tahun Memperkasa Wanita 2018, Vivy salah satu ikon wanita sebagai usahawan e-dagang dan pemilik Fashion Valet sentiasa memastikan eksklusiviti terhadap wanita dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Vivy usahawan wanita Malaysia yang berjaya bersaing dengan jenama luar dengan strategi pemasaran yang utuh demi meletakkan nama jenama Malaysia setanding dengan jenama antarabangsa.
Permintaan untuk menurunkan harga tudung Duck, sama sekali menjatuhkan kredibiliti perniagaan beliau dan prinsip perniagaan yang dibina selama ini. Justeru itu beliau cuba menaikkan martabat perniaga MUSLIM di mata dunia.
Redakan Keadaan Dan Jangan Putar Belitkan Kenyataan
Prinsip perniagaan Vivy telah di salah ertikan oleh netizen dan cuba memutar belitkan kenyataan Vivy di insta story. Pautan dari komen netizen Vivy cuba menjelaskan kenyataan beliau dan menenangkan keadaan supaya netizen tidak memutar belitkan apa yang di tulis.
Usahawan muda yang sedang hamil anak ketiganya ini cuma mahu mereka faham sebagai seorang ahli perniagaan, Vivy ada hak untuk melindungi hasil karya syarikatnya dan susulan itu Vivy telah pun membuat satu tindakan undang-undang.
Tetap Menghasilkan Rekaan Baru Demi Duckies
Mengabadikan kenangan bersama rakan karib semasa menuntut di London, Vivy membawa Duckies untuk merasainya melalui rekaan tudung terbaru dUCkScarve sempena hari persahabatan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kek batik memang menjadi manisan yang digemari ramai oleh pelbagai peringkat usia. Jika biasanya bahan asas yang digunakan sama ada serbuk coklat, coklat masakan dan Milo, resipi kek batik menggunakan Horlicks juga tidak kalah mencuri selera.
Lebih menarik warnanya hijau dan tentulah berlainan daripada kek batik biasa. Jom kita cuba resipi perkongsian Mimie Suhaimi Hussain ini.
Kegusaran sekali lagi menimpa penyanyi serta aktivis, Mizz Nina apabila meminta pertolongan orang ramai di instagram mengenai kehilangan sepupunya yang istimewa. Orang ramai turut bersimpati keatas isu ini.
Sepupu istimewa hilang sejak 5 hari lalu
Perkongsian dari Mizz Nina ataupun nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, memuat naik maklumat mengenai kehilangan sepupunya, Khairina Mohd Hishamuddin, 26, tambahan pula Khairina merupakan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran.
“Sepupu saya hilang dan dia merupakan seorang OKU. Sekiranya ada antara anda yang pernah melihat dia, sila hubungi nombor tertera.”
“Tolong sebarkan dan semoga ALLAH permudahkan. Amin,” tulisnya melalui posting di instagram.
Kali terakhir Khairina di lihat sekitar kawasan tempat tinggalnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Khairina juga di dapati tidak memiliki telefon bimbit bersamanya dan juga tidak pernah keluar rumah bersendirian. Ini menjadikan sesi pencarian agak sukar.
Kegusaran yang di kongsi oleh Mizz Nina turut di rasai oleh rakan-rakan artis serta orang ramai. Mereka juga mengharapkan yang terbaik buat sepupunya, Khairina, agar cepat pulang ke pangkuan keluarga.
“Semoga Allah swt mempermudahkan urusan keluarga awak menghadapi dugaan ini.” tulis Datin Lisa Surihani.
“Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan dan dia selamat di jumpai.” doa dari Sarimah Ibrahim.
Sudah tentu kehilangan orang yang tersayang membuatkan kita rasa tidak tenang. Tambahan pula apabila memikirkan tentang keselamatan mereka berada di luar tanpa ada siapa-siapa untuk memberi pelindungan. Mari kita bersama mencari juga mendoakan yang terbaik buat Khairina.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...