Pada pagi tadi, pasangan merpati dua sejoli iaitu Ernie Zakri dan Syamel telah selamat bergelar suami isteri.
Dalam sebuah majlis yang serba ringkas, Ernie telah dinikahkan oleh bapanya sendiri, Zakri Ahmad di Masjid Puncak Alam pada jam 10.30 pagi dan menerima seutas gelang tangan berlian serta RM300 sebagai mas kahwin.
Walau bagaimanapun, mereka sepakat merahsiakan jumlah wang hantaran yang diterima.
Terdahulu, pasangan lagu duet, Aku Cinta ini mula rapat selepas menjadi pasangan duo dalam rancangan realiti, Duo Star terbitan Astro pada tahun 2017 dan sekaligus menjadi juara program tersebut.
Ads
Mereka juga telah mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu. Tahniah diucapkan buat kedua-dua mempelai. Moga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga.
Memang mendebarkan! Itulah perasaan yang dirasai penulis sewaktu menonton tayangan perdana filem Scream semalam. Setiap detik membuatkan penonton tak senang duduk kerana aksinya yang padu dan membuatkan rasa nak menjerit selalu. Seram!
Langsung tidak membosankan, anda tidak akan berasa ketinggalan walaupun anda tidak pernah tengok francais filem ini sebelumnya.
Dua puluh lima tahun selepas Billy Loomis dan Stu Macher mengganas bandar Woodsboro, pelajar sekolah menengah Tara Carpenter berada di rumah sendirian apabila Ghostface menceroboh masuk dan menyerangnya.
Kini diburu pembunuh baru yang bertopengkan Ghostface, penonton pastinya tertanya-tanya siapakah pembunuh kejam di dalam kisah ini dan apa motif disebaliknya.
Ditayangkan di seluruh pawagam bermula hari ini, filem ini semestinya untuk anda yang meminati genre thriller. Tak rugi ditonton, anda bolehlah mengajak sama rakan-rakan untuk menonton sekali pada hujung minggu ini. Selamat menonton!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Selain jerawat, jeragat juga menjadi salah satu masalah penjagaan kulit wajah yang memang merisaukan setiap wanita. Memang sangat stress kalau wajah kita mengalami jeragat atau tompokan hitam di pipi kanan atau kiri.
Memang sukar untuk menghilangkannya kerana ia seperti bersifat kekal di wajah jika tiada usaha untuk merawatnya.
Walaupun pelbagai produk sudah dicuba tetapi jeragat tetap ada di situ. Dan ia sedikit sebanyak akan menyebabkan tahap keyakinan sangat rendah terutama untuk berjumpa orang lain.
Lebih-lebih lagi jika jeragat ini sekali pakej dengan bintik-bintik hitam di muka. Malah ia juga akan menampakkan diri kelihatan lebih tua berbanding usia.
Jeragat juga dikenali sebagai adik kepada jerawat di mana ia kelihatan seperti lekukan kecil pada kulit muka.
Ia adalah disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka terutamanya di bahagian hidung, dahi, dagu dan pipi.
Admin nak kongsi petua semula jadi yang dikongsi oleh pengguna laman sosial facebook Esyima Zamri yang hanya menggunakan kentang dan lemon sahaja. Beliau yang juga seorang Pensyarah di UiTM, Kampus Seri Iskandar, Perak juga turut memberitahu punca sebenar terjadinya jeragat.
Korang mesti stress kan bila masalah Jeragat ni tak hilang hilang. Dah cuba 1001 produk tapi langsung tak berkesan.
Sebenarnya korang kena tau punca jeragat ni terjadi. Baru senang nak atasi.
1) Hormon Di Dalam Badan Tidak Stabil, Terlalu Terdedah Pada Cahaya Matahari
2) Kekurangan Vitamin Dalam Badan Disebabkan Proses Mengandung Dan Penyusuan.
3) Penggunaan Komestik Yang Tinggi Bahan Kimia Juga Menyebabkan Terjadi Jeragat
Jom Syima nak share petua paling senang nak hilangkan jeragat hanya menggunakan potato dan lemon sahaja.
Kentang sangat tinggi antioksida untuk rawat jeragat. Ia juga mampu menghalang dari terjadinya pigmentasi seperti melasma, bulatan hitam (dark circles), hyper dan hypo pigmentasi.
Lemon adalah bahan yang amat berkesan untuk merawat tompokan jeragat.
Jus lemon mempunyai ciri pencerahan kulit yang baik yang akan bertindak sebagai peluntur kepada bintik-bintik jeragat.
Cara penyediaan masker ini sangat mudah. Untuk penjelasan sila rujuk gambar
Bahan masker
Potato
Lemon
Blend potato yang telah dibersihkan.
Squeeze 1/2 lemon ke dalam potato yang telah di blend tadi.
Masukkan ke dalam icu cube tray dan masukkan dalam peti ais untuk dibekukan.
Potato masker ini boleh disimpan untuk kegunaan hari hari seterusnya.
VIDEO CARA PENGGUNAAN:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mengahwini orang yang kita cinta memang menjadi impian. Tapi cukupkah persediaan kita sebelum menjadi isteri orang? Banyak perkara yang perlu kita perbaiki sebelum melangkah ke alam rumah tangga.
Kita mungkin akan fikir kita boleh mengubah diri kita apabila sudah menikah nanti namun ianya tidak semudah itu. Menerusi coretan Nurliyana Nasuha Razali di Facebook, dia telah berkongsikan beberapa perkara yang perlu seorang gadis itu tahu sebelum bergelar isteri.
Kuatkan bergantungan kita terhadap Allah SWT.
Ini 10 perkara yang perlu difikirkan sebelum berkata ‘ya’ terhadap lamaran seseorang.
Pelakon cantik berusia 24 tahun Sharifah Rose yang berketurunan Melayu, Pakistan dan Jawa ini memulakan karier awalnya sebagai model dan selebriti media sosial sekitar...