Ikon Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Nurul Hana Che Mahazan, 38 atau lebih mesra disapa Nana Mahazan menerima dana sejumlah RM 50,000 dari seorang jutawan, bertujuan membantu mangsa banjir yang terkesan bencana khususnya di Pantai Timur.
Sehubungan itu, Nana menzahirkan rasa terharu dan kagum dengan ‘mentaliti’ serta sikap murah hati jutawan berkenaan yang tidak lokek untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan dalam komuniti dan masyarakat setempat.
Menurut Nana, Dana sumbangan tersebut adalah hasil sumbangan usahawan-usahawan jutawan dari syarikat yang telah banyak melahirkan jutawan di Malaysia, RichWorks. Malah, sumbangan itu dikutip menerusi Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).
Jelas Nana lagi dia cukup mengagumi mentaliti orang-orang kaya seperti ini yang kembali membantu komuniti dan masyarakat yang ditimpa musibah tanpa mengira pangkat mahupun darjat.
“Sebenarnya, inilah mentaliti orang berjaya dan usahawan jutawan, iaitu memberi kembali kepada komuniti.
“Pada akhirnya, fokus untuk macam mana boleh bantu lebih ramai orang… nak jadi kaya sebab dapat menyumbang lebih banyak,” kata Nana.
Artikel berkaitan: “Mummy Doakan Althea Istiqamah,” – Anak Sulung Pilih Berhijab, Nana Mahazan Sokong Semampu Mungkin
Selain itu, Nana akui dia merasa terharu apabila diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab untuk menyampaikan sumbangan tersebut kepada golongan yang memerlukan.
Terdahulu, Nana menerima replika cek daripada Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman yang disampaikan ketika program Inner Circle Meeting yang diadakan di Langkawi, Kedah pada Selasa.
Sebagai rekod, RichWell merupakan pertubuhan kebajikan di bawah RichWorks yang mensasarkan bantuan kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan sejak 2008.
Pada hujung tahun lalu, RichWell telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM500,000 bagi membantu mangsa banjir hasil sumbangan usahawan-usahawan dalam tempoh 24 jam sahaja.
Artikel berkaitan: ‘Bukan Cantik Yang Dicari, Hanya…’- Nana Mahazan Bersyukur Niat Untuk Berhijab Terlaksana
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.