Sebut sahaja nama Salt Bae pasti ramai terbayangkan gaya tangan menabur garam yang ikonik, dari Cef selebriti antarabangsa yang sering melatari sosial media satu ketika dahulu.
Media tempatan melaporkan bahawa lelaki itu begitu tersentuh dengan nasib yang menimpa mangsa gempa di Turkiye baru-baru ini.
Sehubungan itu, Salt Bae berjanji akan menyediakan 5,000 hidangan makanan sehari khusus buat mangsa gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye tempohari.
Malah, demi merealisasikan janji ini, Salt Bae atau pemilik nama Nusret Gokce kini telah mangambil langkah awal dengan menghantar dapur bergerak ke sekitar daerah yang terkesan bencana gempa bumi itu.
Menurutnya perkhidmatan penyediaan makanan yang merupakan antara sumber paling asas untuk hidup adalah amat penting.
Ini demikian kerana, beribu-ribu penduduk yang ditimpa musibah hilang itu telah kehilangan semua keperluan asas kehidupan seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan ahli keluarga.
Artikel berkaitan: Kenang Saat Kunjungi ‘Bumi Andana’ Turkiye, Liza Hanim Titip Doa Buat Mangsa Gempa!
Sekadar info, pada 6 Februari lalu, berlakunya satu kemusnahan yang dahsyat melibatkan warga Turkiye, apabila gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter mengegarkan negata itu, diikuti dengan gempa kedua bermagnitud 7.7 skala ritcher.
Malah, jumlah angka korban disebabkan oleh bencana itu kini direkodkan meningkat kepada lebih 35,000 orang setakat 14 Februari 2023.
Manakala, Hijabista difahamkan masih terdapat ribuan mangsa yang masih tertimbus di bawah runtuhan itu, lebih buruk lagi, masa untuk menyelamat dan mengeluarkan mereka sudah semakin suntuk.
Hijabista mendoakan agar urusan mengeluarkan mangsa yang masih terkandas di bawah tanah dapat dipermudahkan dan dapat dilaksankan dengan segera.
Artikel berkaitan: Terkesan Gempa! Lesti Kejora Menangis Doakan Keselamatan Keluarga Di Cianjur
Sumber: The Sun
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.