Sebut sahaja nama Salt Bae pasti ramai terbayangkan gaya tangan menabur garam yang ikonik, dari Cef selebriti antarabangsa yang sering melatari sosial media satu ketika dahulu.
Media tempatan melaporkan bahawa lelaki itu begitu tersentuh dengan nasib yang menimpa mangsa gempa di Turkiye baru-baru ini.
Sehubungan itu, Salt Bae berjanji akan menyediakan 5,000 hidangan makanan sehari khusus buat mangsa gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye tempohari.
Makanan Merupakan ‘Perkhidmatan Terpenting’ Yang Diperlukan Rakyat Tukiye
Malah, demi merealisasikan janji ini, Salt Bae atau pemilik nama Nusret Gokce kini telah mangambil langkah awal dengan menghantar dapur bergerak ke sekitar daerah yang terkesan bencana gempa bumi itu.
Menurutnya perkhidmatan penyediaan makanan yang merupakan antara sumber paling asas untuk hidup adalah amat penting.
Ads
Ini demikian kerana, beribu-ribu penduduk yang ditimpa musibah hilang itu telah kehilangan semua keperluan asas kehidupan seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan ahli keluarga.
Sekadar info, pada 6 Februari lalu, berlakunya satu kemusnahan yang dahsyat melibatkan warga Turkiye, apabila gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter mengegarkan negata itu, diikuti dengan gempa kedua bermagnitud 7.7 skala ritcher.
Ads
Malah, jumlah angka korban disebabkan oleh bencana itu kini direkodkan meningkat kepada lebih 35,000 orang setakat 14 Februari 2023.
Manakala, Hijabista difahamkan masih terdapat ribuan mangsa yang masih tertimbus di bawah runtuhan itu, lebih buruk lagi, masa untuk menyelamat dan mengeluarkan mereka sudah semakin suntuk.
Hijabista mendoakan agar urusan mengeluarkan mangsa yang masih terkandas di bawah tanah dapat dipermudahkan dan dapat dilaksankan dengan segera.
Para peminat jenama terkemuka negara, hasil air tangan pereka duo Rizman Ruzaini pastinya tidak sabar dan teruja dengan pelancaran koleksi busana RR Raya 2023.
Menariknya pada tahun ini, sebanyak 100 koleksi busana akan diketengahkan khas buat peminat tegar jenama mereka dengan menawarkan harga yang mampu milik dari harga marhaen kepada harga kayangan!
Tema ‘Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’ Diangkat Sebagai Simbolik Pelancaran!
Hijabista difahamkan bahawa pelancaran ini adalah selari dengan tema yang dibawa jenama itu bagi tahun 2023 iaitu ‘Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’, sekaligus bertujuan memberi variasi dan kepelbagaian rekaan bagi meraikan setiap pemakainya pada Aidilfitri kelak.
“Di Rizman Ruzaini kami mewujudkan dua ‘segmentation’ yang melibatkan jenama Rizman Ruzaini iaitu untuk golongan yang memilih harga yang lebih mewah, manakala RR pula untuk mereka yang mahu membeli jenama ini tanpa perlu memikirkan soal harga.
“Tetapi untuk tahun ini kempen kami tertumpu kepada semua golongan melalui satu slogan Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini. Dari serendah-rendah harga yang kami letakkan, saya yakin semua pelanggan di luar sana yang teringin menyarungkan rekaan eksklusif Rizman Ruzaini mampu untuk berbuat demikian untuk kali ini,” ujarnya.
Rizman dan Ruzaini memaklumkan demikian ketika ditemui Hijabista pada malam pelancaran ‘RR Fall Winter 2023 Collection & Raya Collection’ yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Tambah Rizman lagi, rangkaian harga bagi busana yang ditawarkan bermula serendah RM149 hingga mencecah ribuan ringgit.
Jelas Rizman, selepas hampir 20 tahun berada dalam bidang ini fokusnya kini hanya satu iaitu untuk memastikan setiap golongan di negara ini berpeluang untuk menggayakan jenama kebanggaanya ini.
Rizman turut mendedahkan bahawa untuk merealisasikan majlis pelancaran mega yang gilang gemilang ini, mereka telah membelanjakan sehingga RM1 juta hanya untuk melancarkan kempen koleksi RR Raya pada tahun ini.
“Memang benar untuk perlancaran kali ini juga peruntukkannya adalah RM1 juta. Ia bukan soal duit sebenarnya tetapi ia tentang bagaimana selepas hampir 20 tahun mencabar diri, apa yang ingin kami tonjolkan adalah kematangan jenama ini,” tambahnya.
Sementara itu, apa yang mencuri tumpuan pada majlis perlancaran ini juga adalah kehadiran puluhan selebriti yang turut meraikan koleksi terbaharu ini.
Tampil memukau dengan rekaan Rizman Ruzaini antaranya Marion Caunter, Kavita Sidhu, Daiyan Trisha dan ramai lagi yang bersetuju bahawa jenama Rizman Ruzaini bukan sahaja disayangi peminatnya tetapi merupakan sahabat karib kepada golongan artis-artis ternama di Malaysia.
Malah, istimewanya pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 & Raya 2023 kali ini turut mendapat sokongan rakan strategik Rizman Ruzaini daripada Usanita.
Diam-tak diam kita sudahpun masuk pertengahan tahun. Bagaimana dengan azam hijabi semua, sudah tercapai atau sebaliknya.
Seperti perkongsian wanita ini Syamimi N Khalil yang membuat azam untuk turunkan berat badan bermula awal tahun ini. Dia yang nekad untuk kurus dan sihat ini akhirnya berjaya sempurnakan misinya.
Wanita ini juga turut menolak tanggapan mereka yang sudah berusia 30 ke atas sukar untuk kurus. Dia yang mempunyai empat anak berjaya melenyapkan 20 kg hanya dalam masa 3 bulan sahaja.
Menurutnya lagi dia mahu turunkan berat badan bukan untuk dirinya sendiri, tetapi menjaga kesihatan agar kekal sihat dan cergas setiap masa.
2 0 1 8 vs 2 0 1 9
Azam Sya mulai kuat dan nekad nak kurus dan sihat masa bulan 12, 2018. Niat Sya, bermula 1 Jan 2019, Sya menyahut cabaran dr kata² kebanyakan org,
1. Dah berangka ‘3’ usia yg sukar nak turun berat badan, 2. Anak 4 orang boleh lupakan nak kurus
Dan mula jd geram dan rs tercabar bila pergi ke mana2 kedai pakaian, br je belek² staff terus bgtau ‘kak.. yg tu semua saiz kecik, takde saiz besar’
Dengan bertukar dan mengamalkan ‘Gaya hidup sihat, kurus kita dapat’
Hasil 3 Bulan, hilang 20kg (70kg-50kg)
Percayalah.. buat lah.. kita semua pasti boleh.. ?Jangan biarkan Niat kita berlalu dr hari ke hari dan terus menangguh dr bulan ke bulan sbb kita tak sedar dh tahun ke tahun kita hanya berniat tp masih belum mula.
Nak turunkan berat badan atau kurus bukan sekadar utk penampilan sahaja, tp utk menjaga tahap kesihatan kita ♥️
Semoga setiap tips dan perkogsian drpd Sya dpt membantu semua memulakan #misiperanglemak
Dalam perkongsian lain juga, Syamimi turut berkongsi caranya menyediakan menu walaupun terpaksa menguruskan anak yang masih kecil.
Meh nak share siapa yg tengah diet tu.. Ni antara menu lunch n snack sy.. Udang/daging sy ambik sgt jarang.. Dlm sebulan or 2bulan sekali je.. Lunch ayam/ikan+sayur.. Dinner ikan/telur+sayur…
Tak menarik pun.. Tp boleh la nak share menu seminit ni.. Sbb sy ada ank kecik yg nak berperang selalu kt dapur.. Then nak masak asing2 utk suami n anak pulak lain.. Ngee.. Buah Nanas boleh kata paling kerap sy ambik..
Rutin n waktu makan saya 5 ke 6 kali sehari..
Lepas bangun tidur
Sarapan
Snack
Lunch
Snack
Dinner
*sambal belacan boleh kata wajib ada, tekak melayu uolss.. Hehehhe.. Tp sambal belacan versi diet.. Ngee.. Masin dr ikan bilis, manis dr stevia.
Ini Jadual Diet Diamalkan Untuk Tempoh Seminggu:
Hari Pertama
Hari Kedua
Hari Ketiga
Hari Keempat
Hari Kelima
Hari Keenam
Hari Ketujuh
Contoh Menu:
Makan Tengahari
Makan Malam
Ini pula jangan di lupa
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak semua berani dan kuat untuk melakukan sebuah perubahan dalam diri. Mungkin ada yang bersemangat pada mulanya, namun kecundang di tengah jalan dek rasa malas yang mengundang tiba. Kali ini, penulis berasa teruja untuk berkongsikan kepada anda perjalanan seorang pemuda yang berjaya menurunkan berat badan dengan jayanya!
Amirul Asyraf Baharuddin, 30, merupakan seorang guru yang memiliki sebuah cerita yang mampu memberikan inspirasi kepada anda. Berjaya menurunkan berat badan dari 100 kg kepada bentuk badan persis seorang ’superhero’, ia bukanlah sebuah proses yang mudah, namun berkat kesabarannya, boleh dijadikan contoh terbaik untuk anda semua.
Permulaan perubahan hidup?
Menurut Amirul, dirinya mula melakukan perubahan apabila rasa takut muncul dalam diri saat ayahnya hampir dipotong kaki disebabkan penyakit kencing manis. Dia yang ketika itu berusia 22 tahun mula mencari jalan untuk mengubah corak gaya hidup yang lebih sihat.
“Ayah serta arwah atuk menghidapi penyakit kencing manis. Saya masih ingat arwah atuk terpaksa dipotong kakinya. Malah, ketika saya berumur 22 tahun, ayah saya hampir juga dipotong kaki gara-gara penyakit kencing manis. Sejak itu, saya menjadi takut dan mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan makan menu yang lebih berkualiti serta melakukan aktiviti senaman dengan kerap.”
Tambahnya lagi, antara faktor lain yang menyebabkan dirinya ingin menurunkan berat badan ialah kerana dia selalu dibuli serta diejek oleh rakan-rakannya dek bentuk badannya yang besar.
“Masa saya berbadan besar dulu, saya seringkali diejek dan dibuli. Malah, ada juga yang menghina bentuk badan saya. Oleh disebabkan itu, ia memberi kesan kepada diri saya dan mengakibatkan saya mudah berasa rendah diri, pemalu dan pendiam. Saya banyak mengurungkan diri di dalam bilik berbanding keluar melepak dengan kawan-kawan. Saya juga pernah terfikir untuk berhenti belajar kerana pembulli itu memanggil saya dengan gelaran nama perempuan kerana bagi mereka, apabila lelaki berbadan besar, bahagian dada akan menjadi seperti dada perempuan.”
Jenis senaman serta diet yang diamalkan?
Amirul pernah menyarungkan pakaian bersaiz XXL sewaktu badannya besar. Ketika itu, berat badannya mencecah 100 kg! Namun berkat usahanya, hari ini dia bisa memakai pakaian bersaiz S/M dan beratnya juga sudah turun kepada 73 kg. Kongsinya lagi, dia memulakan aktiviti senaman dengan latihan kardio seperti berjogging di sekeliling kampus. Kemudian, barulah dia mencuba dengan latihan bebanan yang hanya berasaskan ilmu yang dia miliki hasil dari tontonan di Youtube.
“Saya bermula dengan aktiviti kardio. Saya melakukan senaman jogging di sekeliling kampus dalam lima km untuk tiga hingga empat kali seminggu. Kemudian saya mula pergi ke gim dan membuat latihan bebanan. Oleh kerana saya tidak memiliki ilmu pengetahuan yang banyak tentang latihan bebanan, jadi saya hanya melakukannya berdasarkan ilmu yang saya miliki dari tontonan Youtube.”
Berkaitan dengan pelan dietnya, Amirul mengamalkan konsep suku-suku separuh dengan mengamalkan pengambilan buah-buahan, air teh hijau, limau suam dan kopi kosong. Tambahnya lagi, dia juga akan memberikan ganjaran kepada dirinya seminggu sekali dengan makan apa sahaja tanpa sebarang batasan.
Berapa kerapkah anda melakukan senaman di gim?
Menurut Amirul, dia mula menurunkan berat badan pada tahun 2014. Pada tahun 2015, dia mendapati tubuh badannya terlalu kurus sehingga menjadikan mukanya cengkung. Disebabkan itu, dia mula melakukan latihan bebanan. Lama-kelamaan, dia berjaya menaikkan semula berat badan secara normal dan sihat.
“Sekarang saya pergi ke gim lima hingga enam kali seminggu. Latihan saya kebanyakannya adalah latihan bebanan. Jika bosan pada hari Ahad, saya akan melakukan senaman ringan di gim. Dalam tempoh terdekat ini, saya sedang dalam usaha untuk menambah sedikit muscle mass.
Adakah anda pernah berasa kurang bermotivasi?
“Jujurnya, memang ada ketikanya saya akan rasa kurang motivasi dalam diri, terutamanya apabila sibuk dengan kerja. Namun, saya cuba atasinya dengan berehat. Kadang-kala, short nap amat membantu. Jika saya terlalu penat, saya akan berehat untuk hari tersebut.”
Berbicara soal dorongannya untuk menurunkan berat badan, Amirul menyatakan bahawa dia memiliki beberapa rakan yang turut bersama-sama dengannya berdiet dan bersenam, yang sentiasa menjadikannya bersemangat menurunkan berat badan.
“Saya dan rakan-rakan karib saya seperti Viviana, Fatimah, Munira dan Alice akan meluangkan masa bersama dengan melakukan aktiviti berjogging pada waktu petang.”
Apakah perkara yang paling anda suka mengenai perubahan ini?
“Perkara yang paling saya suka mengenai kejayaan saya menurunkan berat badan ialah tahap keyakinan diri saya meningkat. Malah, saya menjadi lebih ceria dan bertenaga dalam kehidupan seharian. Selain itu juga, tubuh badan menjadi lebih sihat dan cergas. Jika dulu saya akan tercungap-cungap apabila menaiki tangga. Sekarang tidak lagi!”, kongsinya penuh keterujaan.
Nasihat anda kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan?
“Nasihat saya cuma satu. Do it on your own pace! Ringankan mulut dan rajin bertanya terutamanya jika anda pergi ke gim. Percayalah, ini bukanlah sebuah perlumbaan, malah sebuah proses. The only person you need to compete with is yourself! Untuk menurunkan berat badan tidak semudah yang disangkakan. Tetapi apabila usaha kita sudah mula menunjukkan hasil, pasti kita akan mula ketagih untuk push diri kita! Sepanjang proses pastinya akan ada suara sumbang yang mengejek dan memperlekeh tetapi abaikan saja. Saya tidak akan mendapat bentuk tubuh saya hari ini sekiranyasaya melayan semua ejekan dan hinaan yang saya terima selama ni. Percaya atau tidak, mereka yang dahulu pernah mengejek saya mula berbuat baik kepada saya dan meminta tip untuk menurukan berat badan.”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...