Penggunaan maskara bukanlah satu perkara yang mudah bagi mereka yang tidak gemar bersolek. Tahukah anda aplikasi maskara yang betul dapat memberi kesan yang terbaik untuk solekan mata anda? Jom team Hijabista ajarkan cara-cara aplikasi maskara dengan cepat dan mudah.
LANGKAH 1
Semasa menyapu lapisan awal maskara, tumpukan pada bahagian hujung bulu mata untuk menebalkannya agar mata tampak lebih galak.
LANGKAH 2
Lapik bawah bulu mata dengan bedak tabur atau tisu untuk mengelakkan pemakaian maskara daripada comot.
LANGKAH 3
Elakkan dari mengepam berus maskara keluar-masuk, sebaliknya hanya masukkan dan pusing beberapa kali. Dengan teknik keluar masuk seperti mengepam, ia hanya membuatkan maskara cepat kering.
LANGKAH 4
Bagi mengelakkan maskara bergumpal, lapkan hujung berus dengan tisu dan sapu dengan cermat.
LANGKAH 5
Sekiranya anda memakai kanta lekap, gunakan maskara kalis air dan selamat untuk penggunaan kanta lekap. Ini kerana pemakaian kanta akan membuat mata mudah berair, apabila anda tergosok mata bimbang maskara akan comot.
LANGKAH 6
Paling penting pilih maskara yang mempunyai pelbagai fungsi iaitu untuk memanjang, melentik dan menebalkan bulu mata.
LANGKAH 7
Tarik maskara daripada bekas, daripada arah yang sama. Elakkan maskara terdedah pada cahaya dan angin kerana akan menyebabkan cairan mudah mengeras.
LANGKAH 8
Gunakan putik kapas untuk membersihkan maskara yang comot di sekitar mata.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe