Siapa Sangka Jaga Silaturahim Sesama Manusia, Salah Satunya Cara Menjemput Rezeki

Share

Setiap individu punya rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah Taala dan pastinya ia berbeza dengan individu yang lain. Walau apa pun rezeki yang diberikan, bersyukurlah kerana tidak semua bernasib baik mendapat rezeki yang anda terima.

Ada individu yang diluaskan rezeki dan ada juga yang disempitkan rezeki. Semua ini berbalik pada amalan anda.

Itulah yang dikongsikan oleh wanita bernama Naseha Sakina MJ di Facebook tentang 13 punca rezeki. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

1. Taqwa

Siapa yang bertaqwa, Allah akan buka baginya jalan daripada segala kesempitan dan kesusahan.

2. Tawakal

Siapa yang bertawakal akan Allah permudahkan baginya rezeki. Allah akan rawat kita walau sebanyak mana masalah yang kita hadapi, tetapi Allah mahukan kita sabar. Itu janji Allah. Selepas ada kepayahan, pasti ada kesenangan.

Sekiranya ada masalah, kita perlu pertolongan Allah yang beri masalah. Dia yang mendatangkan dan Dia juga yang mendatangkan penyelesaian. Setiap ujian yang datang itu adalah hadiah untuk menaikkan darjat kita.

3. Solat

Suruhlah ahli keluargamu solat dan sabar dalam menunaikannya serta khusyuk. Sewaktu kita solat, Allah akan tengok hati kita sedang sibuk dengan apa. Dengan urusan duniawi ataupun padaNya Maha Pemberi Rezeki.

4. Sedekah

Barangsiapa yang bersedekah, Allah akan gantikannya dengan 10 kali ganda.

5. Istighfar & Selawat

Beristighfar dan berselawat. Dia akan datangkan kemudahan, anak, rezeki, sungai mengalir dan ladang yang subur.

6. Syukur

Bersyukur dan Allah akan tambah nikmat anda.

7. Silaturahim

Mahu dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki, jaga silaturahim dan berbakti dengan kedua-dua ibu bapa anda.

8. Tuntut Ilmu

Jaminan itu rezeki Allah.

9. Nikah

Jangan takut untuk bernikah dan mempunyai anak kerana bersamanya Allah turunkan rezeki.

10. Dakwah

Allah berikan nikmat rezeki yang banyak buat sesiapa yang menyampaikan dakwah Allah.

11. Tilawah Al-Quran

Amalkan surah Al-Waqiah selepas Asar atau waktu-waktu lain jika berkesempatan asalkan istiqomah.

12. Zikir Pagi & Petang

13. Pekerjaan

Berusaha dalam mendapat rezeki yang telah dijamin Allah. Usaha batin (menjaga amal) adalah lebih utama daripada usaha zahir (pekerjaan).

Sumber: FB Naseha Sakina MJ

Published by
SH