Luasnya rahmat Allah SWT kepada makhluk-Nya sehingga setiap kelahiran dan setiap ciptaan lahir bersama jaminan rezeki agar kita tidak perlu terlalu bimbang soal rezeki.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud: ayat 6).
Dengan keyakinan semua rezeki ditetapkan Allah SWT, ia boleh menyelamatkan kita daripada kebimbangan. Maka mengapa mesti kita berdengki dengan rezeki yang orang lain miliki sedangkan Allah telah tetapkan rezeki masing-masing.
Berikut perkongsian WN Syuhada
Saya ada terdengar semalam ceramah Ustazah Bahiyah dalam facebook bunyinya begini :
“Salah satu faktor pintu rezeki kita makin disempitkan Allah apabila kita dengki dengan kemurahan rezeki orang lain.”
Ads
Orang buka kedai baru, kita harap bisness dia lingkup and kedai tak laku takde orang masuk .
Orang tunjuk progress bisness kencang, kita doa biar dia cepat jatuh.
Orang tunjuk baru beli kete mewah, kita fitnah dia bisness tak halal, jual dadah, main judi.”
Ads
Pendek kata, kita tak senang tengok orang berjaya to the extend nak sabotaj bisness orang. Semuanya kita nak komplen dan pertikaikan.
Semuanya tak kena di mata kita and jauh di sudut hati , kita rasa geram dan benci tengok dia naik.
Kita tak boleh nak tumpang senang hati bila tengok orang berjaya . Maka ini salah satu puncanya kenapa Allah tak izin dibukakan pintu rezeki buat kita.
Ads
Murahnya rezeki seseorang ada kaitan dengan kasih sayang Allah terhadap hambanya . Bukan sebab orang tu hebat maka dia jadi kaya. Yang hebat tu Allah, Yang Maha Pemberi Rezeki.
Dan siapalah kita nak dengki dan iri hati dengan pemberian Allah pada manusia yang lain? Sepatutnya kita turut berbangga dan berbahagia bila orang lain berjaya . InsyaAllah mana tahu Allah bukakan pula pintu rezeki kita seluasnya.
Jadi jom muhasabah diri. Jangan ada rasa dengki mahupun iri hati dengan rezeki orang lain. Hasad dengki ini sangatlah bahaya.
Dalam diam, dia menghitamkan seketul anggota yang diberi nama HATI dalam tubuh badan kita. Apabila hati hitam, maka kita pun sukar nak kebaikan yang lain. Jika suci hati, maka insyaAllah anggota lain pun suci dari sebarang dosa kerana mudah untuk berbuat pahala.
Pelakon Veteran, Margaret Gan, yang akhirnya mendapat hidayah dan memeluk Islam di usia 79 tahun, menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali melepaskan hijabnya demi memenuhi tuntutan watak lakonan.
Malah, menurutnya meskipun jarang berlakon ekoran terpaksa membataskan watak lakonan yang sesuai dengan imej sebagai seorang muslim, namun jadual harianya kekal padat.
Tawaran Berlakon Banyak, Cuma Margaret Enggan Buka Tudung Demi Watak!
“Jadual aktiviti saya boleh dikata tetap sibuk walaupun sekarang jarang berlakon kerana watak tidak sesuai. Sebagai orang Islam dan bertudung, saya memang menolak tawaran berlakon yang memerlukan saya tidak bertudung,” ujarnya.
Margaret berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah walaupun acapkali ditawarkan watak lakonan sama iaitu watak wanita Cina, namun dia tidak akan sesekali melepaskan hijabnya demi watak berkenaan.
“Tawaran berlakon itu masih lagi diterima, tapi ada juga yang menawarkan saya watak tidak bertudung. Jadi, tak bolehlah saya nak terima sebab saya dah beragama Islam dan bertudung. Saya pun tak akan sesekali membukanya (tudung).
Jelasnya lagi, dirinya yakin dan percaya dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah pasti tetap diperoleh tanpa perlu membuka tudung.
“Macam saya, pada usia ’emas’ begini Allah bukakan hati dengan hidayah hingga rela memeluk Islam. Jadi, saya amat bersyukur sekarang dan apa lagi yang saya mahu dalam hidup ini. Allah sudah berikan saya segala-galanya,” katanya lapor media tempatan.
Sambutan Tahun Baru Cina Pertama Sebagai Muslim Kekal Meriah!
Ketika ditanya berhubung sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan baru-baru ini, Margaret menyatakan rasa teruja kerana tahun ini merupakan kali pertama dia meraikan sambutan Tahun Baharu Cina sebagai seorang Muslim
Disamping itu, selain rasa teruja dan gembira, Margaret juga menzahirkan rasa syukur kerana dia dapat memperbanyakkan amalam bersedekah semasa musim perayaan berkenaan.
“Saya gembira meraikan Tahun Baharu Cina setiap tahun kerana menghabiskan masa bersama keluarga. Cuma, kali ini saya lebih gembira kerana banyak bersedekah. Ia membuatkan saya sangat seronok dan tenang jiwa.
“Alhamdulillah, saya juga masih dianugerahkan Tuhan menjalani kehidupan seperti biasa dengan bahagia bersama anak, menantu dan cucu, selain kesihatan yang baik serta peluang terbabit dengan banyak aktiviti kebajikan dianjurkan persatuan-persatuan yang mengajak saya menyertainya,” ujarnya.
Gembira Dapat Hafal Surah Al-Fatihah, Lebih Mudah Solat
Mengulas lanjut berhubung perkembanganya sebagai seorang muslim, Margaret kini sudah mampu membaca Surah Al Fatihah secara hafazan, meskipun diusia emas menurutnya dia dapat menghafal surah tersebut dengan baik.
“Sekarang saya juga sudah hafal surah al Fatihah dan boleh membacanya dengan baik.
“Ia memudahkan saya dalam bersolat, selain anak juga ada menyediakan guru untuk mengajar saya mendalami agama Islam,” jelasnya.
Sekadar info, Margaret Tan memeluk agama Islam secara rasmi pada 15 Februari lalu, sekaligus menjadikan impian anak tunggalnya, Mohd Taufik Gan, untuk melihat dia memeluk agama Islam menjadi kenyataan, selepas sabar menunggu bertahun-tahun lamanya.
Rumah menjadi tempat utama melepaskan lelah setelah seharian berada di pejabat. Namun begitu, apa rasa jika kita balik kerja penat-penat rumah pula berselerak? Lagi-lagi kepada mereka yang dah berumahtangga dan ditambah lagi dengan kehadiran anak-anak kecil. Rumah jarang sangat berkemas, kan?
Hijabis yang workaholic balik lewat petang, mana lah nak ada mood nak mengemas rumah. Jawapannya hujung minggu waktu paling sesuai mengemas rumah. Belum lagi masa yang dipenuhi dengan aktiviti sosial di luar.
Tapi, siapa sanggup nak menghabiskan masa satu hari mengemas rumah sedangkan masa begitu boleh digunakan berekreasi bersama keluarga dan teman?
Jangan bazirkan masa dan penatkan badan. Hijabi kena bijak menguruskan masa dan paling penting kena bijak memilih peralatan rumah untuk meringankan beban. Jadi, bagaimana hendak elakkan perkara ini berlaku?
Tip Kemas Rumah Dengan Cepat Dan Menjimatkan Masa
1. Fokus Pada Ruang Paling Sukar
Tidak perlu bersihkan seluruh rumah, pastikan anda fokus pada tempat yang paling sukar. Maksudnya ialah tempat yang paling berselerak, atau tempat yang paling kita sukar hendak kemas. Caranya, pastikan kita buat kerja yang besar, yang jelas dengan mata kasar dahulu dan benda-benda kecil dan teliti, lakukan kemudian.
Contoh, bilik utama, kerana bilik ini selalu kita kunjungi dan menjadi ruang rehat hijabi. Manakala yang sudah berumahtangga, dahulukan ruang bermain anak-anak. Susun atur semua perkakas dan peralatan mainan. Percayalah, jika benda yang besar ni dah buat, maka benda-benda kecil ibarat ‘petik jari’ sahaja.
2. Pastkan Basuh Baju Setiap Hari
Jangan simpan baju hingga hujung minggu sebab kita sendiri tahu akibatnya kan? Hijabi yang bekerja kebiasaanya mesti tunggu hujung minggu nak buat semua.
Bosan dengan rutin ni, asal Sabtu sahaja mesti membasuh, menyidai dan melipat. Apa kata selepas ini cuba jadikan amalan; setiap petang atau malam, basuh baju. Kalau ahli keluarga ramai, banyak lah kan walaupun hanya sehari.
Jika baju terpakai tak banyak, buat 2 hari sekali. Kita sendiri akan nampak, rumah kita bersih & kemas dari timbunan baju terpakai dalam baldi atau belum dilipat. Untuk meringankan beban latih anak-anak dan suami buat aktiviti ini. Minta mereka lipat baju masing-masing dan simpan di tempat sendiri. Mudah kan?
3. Buka Tingkap, Biarkan Udara Dan Cahaya Masuk
Jika cuaca mengizinkan, buka tingkap dan biar udara dah cahaya matahari keluar masuk. Kadang-kadang udara yang tak segar ni boleh buat rumah kita nampak kotor. Jika ada tetamu nak datang dalam masa terdekat, boleh gunakan penyegar udara atau nyalakan lilin wangi di seluruh rumah kita.
4. Pilih ‘Pencuci’ Yang Mainkan Peranan Penting
Guna kelebihan produk pencuci yang ada dalam pasaran. Spray shower mandi, permukaan sinki, lantai, dinding dan biar dulu beberapa minit untuk bahan pencuci itu bertindak balas dengan kesan kotoran.
Buat kerja lain terlebih dahulu, kemudian selesaikan semula. Hasil tindak balas tersebut mungkin kita hanya perlu mengelap atau menyiramnya sahaja. Tak perlu susah payah menyental atau memberus.
Produk itu sendiri dah memainkan peranan memudahkan kerja dan menjimatkan masa kita. Selamat pada tangan, sangat berkesan pada kotoran dan semulajadi.
5. Cuci Kotoran dengan Segera
Jika ada kesan tumpah, cuci dengan segera. Kita hanya akan melibatkan sedikit masa menyental kotoran tersebut dibandingkan dengan kesan tumpah yang dah dibiarkan lama.
Begitu juga dengan kotoran pada pinggan mangkuk. Jangan biar ‘bermalam’ dalam sinki dapur. Selepas makan, buang sisa makanan dan basuh terus. Bayangkan jika kita biar tidak berbasuh semalaman.
Esok paginya, jadi kerja pulak nak rendam dulu supaya senang cuci. Haruman kurang enak akan merebak ke seluruh dapur. Bertambah pula kerja lain kan.
Dalam Islam pun ada menegaskan, jangan biarkan pinggan mangkuk yang dah digunakan tidak berbasuh. Sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas tidak berbasuh menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka makanan kotor dan busuk. Islam amat menggalakkan kebersihan dan benci pada sifat pengotor dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan penyakit.
6. Pilih Gajet Sebagai Pembantu Rumah
Pilihan gajet rumah adalah tindakan paling bijak hijabi untuk menjimatkan masa dan mengurangkan bebanan kerja.
Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, sebuah pembersih vakum pelbagai guna, sebuah inovasi yang diketuai oleh Neatsvor dan A&S, A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor boleh melakukan kerja-kerja seperti memvakum, menyapu dan membersihkan lantai. Dilengkapi dengan teknologi kecekapan pembuatan, pembersih vakum ini boleh melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa.
Kerjasama pertama A&S dengan Neatsvor ini juga memperlihatkan A&S memperluaskan kepelbagaian produk yang ditawarkan di pasaran. Dengan membawa nama A&S oleh Pembersih Vakum Robotik Neatsvor, A&S akan menangkap pasaran yang lebih luas, terutamanya di bandar dimana pengguna sering mencari alternatif dalam membantu mereka dalam melakukan kerja rumah.
A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot V390 mempunyai berat sekitar 2.5kg, dilengkapi dengan ciri-ciri seperti penyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, pengecasan automatik, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Ia boleh menyesuaikan kuasa sedutannya secara automatik, mengikut mod pembersihan yang berbeza.
Sementara itu, A&S oleh Neatsvor Pembersih Vakum Robot X500 memiliki empat mod pembersihan yang direka untuk memenuhi keperluan yang berbeza. Ianya boleh dikawal dengan menggunakan aplikasi ataupun alat kawalan jauh. Ciri-cirinya termasuklah menyapu atau penyeret pintar, persamaan mop, kuasa sedutan yang kuat, perancangan pintar dan kawalan WiFi. Kedua-dua pembersih vakum mempunyai kapasiti 600ml kotak debu.
A&S juga akan melancarkan A&S Pembersih Vakum Tangan Tanpa Kord S100 dan A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100. A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany A100, yang beratnya lebih kurang 1.41 kg, mempunyai ciri-ciri seperti kuasa sedutan yang kuat (sekitar 8,000 Pa), pembersihan satu kunci, fungsi sentuhan, penapis HEPA, dan tanpa kord.
Manakala, A&S Pembersih Tanpa Kord Cleany S100 boleh diposisikan dengan baik dalam keadaan lurus bagi menyeimbangkan berat yang optimum dan mudah dialihkan. Seberat 1.42 kg, ia dilengkapi penapisan mesin HEPA keseluruhan dan sedutan yang kuat, lebih kurang 20,000 Pa. untuk membersihkan di mana sahaja. Ia juga mudah dipegang dan dibawa.
Mudahkan! Sekiranya hijabi bijak dalam merancang masa dan peralatan membersihkan rumah, semuanya akan berjalan dengan lancer tanpa bebanan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Perkahwinan dan zuriat merupakan urusan Allah SWT yang tidak sepatutnya dipersoalkan. Sebagai hamba Allah kita hanya mampu membuat perancangan namun yang menentukan hanya Allah SWT.
Meskipun jodoh dan zuriat itu ditentukan oleh Allah itu bukan bermakna kita hanya berpeluk tubuh tanpa sebarang usaha. Selain usaha, doa juga penting agar usaha itu berjalan seiring.
Untuk sahabat/adik beradik atau sesiapa sahaja yang belum bertemu jodoh ATAU untuk yang sangat berhajat diberikan zuriat yang soleh solehah penawar hati. Amalkan doa ini. Sungguh-sungguh, setiap hari dan yakin.
Saya amalkan tiap kali tawaf waktu mengerjakan umrah tahun 2010 padahal ketika itu saya belum pernah kenal suami lagi. Tahun 2011 saya kahwin dan hujung tahun saya bersalin anak pertama.
Tidaklah segala sesuatu itu berlaku tanpa izin Allah. Ada doa yang serasi dengan kita. Ada doa yang tidak sesuai untuk kita. Usahalah. Dan terus membacanya seperti zikir harian di mana sahaja berada.
DOA INI 2 DALAM 1. JODOH DAN ZURIAT
Jadikan sebagai zikir harian. Sungguh takkan rugi orang yang membacanya.
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...