Penggunaan plastik untuk membungkus minuman dan makanan memang ‘amalan’ biasa di kalangan masyarakat kita. Terdapat beberapa jenis plastik yang digunakan untuk penyimpanan makanan panas iaitu botol minuman, plastik membungkus makanan dan minuman serta polisterin.

Sebagai pengguna, anda tentu tertanya-tanya adakah selamat jika menggunakan plastik untuk membungkus minuman dan makanan panas?

Melalui perkongsian doktor Hafiz Sulaiman, doktor ini menjelaskan kesan penggunaan plastik untuk jangka panjang terhadap kesihatan terutama apabila digunakan sebagai pembungkus minuman dan makanan.

Masa PKP ini saya terpaksa ucapkan selamat tinggal kat teh tarik mamak. Sekali sekala minum juga…Tapi bila delivery kedai mamak guna plastik bungkus, terus takde selera.

Bukan sebab tak sedap dalam plastik tu..tapi sori lah..saya memang takut sangat dapat kanser.

# Dahlah plastik yang guna biasanya ada BPA.

# Air panas cepatkan BPA keluar dari plastik masuk dalam air.

Ads

# BPA mudah larut dalam lemak..dalam teh tarik, susu pekat tu tinggi lemak sawitlah. Jadi toksin tu mudah masuk dalam teh tarik tu.

Banyak negara dah haramkan BPA guna untuk plastik sesetengah pembungkus makanan… terutamanya botol susu bayi.

Salah Satu Efeknya Boleh Ganggu Hormon Kewanitaan, Doktor Ini Dedah Bahaya Minuman Ikat Tepi
Gambar kredit wartawan Kanada Tony Leighton.

Apa bahaya pengganggu hormon seperti BPA dan pthalates dalam plastik ni?

Bahan ni walaupun sikit je..tapi berpotensi kumpul dalam lemak dan organ badan sebabkan toksik.

Ads

# Bahan ini ganggu hormon termasuk hormon kewanitaan. Ramai sekarang ada masalah berkait gangguan hormon ni seperti PCOS, endometriosis, senggugut teruk…berapa ramai wanita muda sekarang susah dapat anak.

# Pengganggu hormon ini jugak risiko sebabkan ketumbuhan seperti fibroid, ketulan di payudara dan kanser kewanittan.

# Ia juga berisiko ganggu metabolik sebabkan darah tinggi, obesiti, kencing manis, sakit jantung, strok dan kerosakan organ seperti buah pinggang.

# Lelaki berisiko buncit, payudara membesar, testis mengecut..air mani kurang dan jadi mandul juga. Yang jadi pondan naluri jadi lembut semacam pun makin ramai.

Ads

# Alahan! ekzema, resdung sinus, asma, migrain makin menjadi-jadi

# Penyakit autoimun pun makin biasa kedengaran.

# Bahan toksik pengganggu hormon ni mungkin menyumbang kepada penerukan masalah angin GERD dan gangguan mental juga.

Baik minum dalam cup kertas je…atau buat sendiri.kat rumah. Benda macam ni orang memang tak endah sangat. Tapi bila dah sakit kanser, alergik atau angin teruk..baru menyesal.

Benda begini jika ambil mudah memang bawa padah.Ubah lah sebelum sakit parah macam barah.

Sumber kredit: Hafiz Sulaiman

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI