Jika dibandingkan dengan wanita yang tidak bertudung, hijabi lebih memerlukan rawatan rambut kerana ia sering dilitupi oleh tudung. Kelemumur dan rambut gugur antara masalah utama yang sering dialami oleh hijabi.
Masalah ini timbul dek kerana kesalahan kita sendiri yang tidak begitu mengambil berat tentang penjagaan rambut. Jika dibiarkan, ia akan membahayakan rambut kita. Jadi, kenal pasti apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh hijabi supaya kita tidak mengulanginya lagi.
BACA ARTIKEL INI:
Mengeringkan rambut kadangkala menjadi satu masalah bagi hijabi kerana kita perlu mengeringkan rambut sebelum memakai tudung. Jadi, anda akan jadi sedikit kelam-kabut.
Namun, jangan menggosok rambut terlalu kasar dengan tuala kerana ia akan membuatkan rambut menjadi semakin tidak sihat. Seeloknya, gosok dengan perlahan dan biarkan ia kering sendiri. Kurangkan penggunaan pengering rambut kerana ia juga tidak begitu baik untuk kulit kepala.
Setiap hijabi memiliki keadaan rambut yang berbeza-beza. Berikan nutrisi tambahan seperti serum rambut sekiranya rambut anda memerlukannya.
Pemilihan bahan hijab juga perlu diambil kira. Ada bermacam-macam-macam bahan hijab yang perlu kita tahu dan pilih dengan tepat. Pilih mengikut situasi. Contohnya, jika kita mahu bersukan, pilih hijab dengan kain yang tidak panas.