Pasti ada hari anda yang penuh dengan ‘kejutan’ yang jadi secara tiba-tiba melalui reaksi tubuh badan anda. Kejutan yang di maksudkan pula adalah rasa gatal di punggung yang teramat sangat kerana ia berada di bahagian ‘dalam’ punggung!
Jadi kenapa benda ini terjadi–jawapannya itu adalah tanda anda mempunyai masalah cacing! Ya, cacing sis, untuk hari ini kita akan kupaskan mengenai cacing dalam perut dengan cara untuk merawat masalah ini!
Cacing dalam perut kita
Masalah ini sering kita dengari terjadi pada kanak-kanak. Hakikatnya, masalah cacing dalam perut ini juga berisiko untuk menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia! Tetapi ia lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak.
Menurut Hellodoktor, cacing yang berada di dalam perut ini akan berada pada saluran gastrousus iaitu pada dinding usus. ‘Kehadiran’ cacing dalam perut ini akan menimbulkan banyak masalah kepada penghidap terutama sekali rasa ketidakselesaan dan juga menjangkiti kesihatan badan oleh kerana faktor seperti:-
Sistem imunisasi badan yang lemah
Makan daging yang masih mentah
Kurang menjaga kebersihan diri
Minum air yang telah tercemar
Jangkitang cacing dalam perut ini juga bahaya buat tubuh badan kerana cacing ini merupakan parasit yang akan mengambil makanan melalui hos yang mereka duduki. Jadi bagi mereka yang ada cacing dalam perut, anda boleh kekurangan zat makan. menjejaskan proses tumbesaran (buat kanak-kanak dan remaja) dan juga membawa padah kepada masalah seperti anemia, hilang selera makan, badan menjadi lemah, mual-mual, sakit perut, cirit-birit dan muntah.
Sebelum anda ketahui cara untuk mencegah, anda perlu tahu bahawa cancing dalam perut bukan jadi secara tiba-tiba. Ada beberapa faktor yang memboleh seseorang terjangkiti dengan parasit ini melalui beberapa faktor seperti:-
Ads
Minum atau mengambil makanan yang telah tercemar
Kurang menjaga kebersihan diri
Menyentuh permukaan yang kotor dan berpotensi mempunyai banyak kuman (seperti taman permainan)
Menyentuh haiwan peliharaan yang mempunyai penyakit
Makan daging yang tidak masak
Kaedah rawatan yang di syorkan untuk mereka yang di jangkiti cacing dalam perut adalah seperti:-
Pesakit akan di minta untuk memberikan sampel najis kepada makmal di klinik bagi tujuan pemeriksaan untuk memastikan ia mengandungi telur cacing atau tidak.
Kebiasaannya doktor akan berikan ubat unruk mengeluarkan cacing dari dalam perut. Pengambilan ubat itu memerlukan tempoh masa antara 1 hingga 3 hari, setiap ahli keluarga pesakit juga turut di berikan rawatan yang sama.
Seperti perumpamaan, mencegah lebih baik dari mengubati, anda perlu lakukan sesuatu terlebih dahulu sebelum ia menjadi mudarat. Sudah tentu anda tidak mahu sengsara di akhir hari dan menyesal untuk tidak menjaga kesihatan anda bukan? Jadi ini adalah apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah dari jangkitan cacing dalam badan, antaranya:-
Ads
Disiplinkan diri anda untuk membasuk tangan atau gunakan handsanitizer bagi mencegah kekotoran
Jangan simpan kuku yang panjang kerana khuatiri akan mengumpul telur cacing
Amalkan ubat antiparasit untuk diri dan keluarga jika ada ahli yang terkena jangkitan cacing
Perlu kerap basuh pakaian, cadar katil dan apa-apa fabrik kain dengan air sabun setiap hari selama beberapa hari selepas rawatan jika anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami jangkitan cacing
Pastikan anda basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dan juga elakkan makan daging yang tidak masak
Semuanya bermula dari anda untuk menjaga dan meniliti perihal kesihatan anda. Mungkin pada waktu sekarang agak leceh untuk menjaga dari setiap aspek, tetapi anda akan berterima kasih buat diri sendiri pada kemudian hari.
Pada Isnin yang lalu iaitu tanggal 9.9.2019 telah berlangsungnya Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Bersempena dengan hari itu, Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan juga telah diadakan dan disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Pada masa yang sama, telah terjadinya satu insiden yang lucu apabila selendang Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah tersangkut pada baju Yang di-Pertuan Agong sewaktu sedang berjalan.
Menariknya, Tunku Azizah sendiri telah tweet mengenai insiden itu dengan caption yang melucukan dan sekaligus tweet itu menjadi tumpuan ramai sehingga ribuan kali diulang kicau.
Tak Perlu Pegang Tangan, Selendang Pulak Swinging!
Ramai yang terhibur dengan caption yang dibuat oleh Tunku Azizah. Rasa mcm berbunga je apabila membacanya!
Pimpin tangan cara wireless!
Macam drama sweet dreams pun ada jugak ni!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tular di laman Tik Tok sebuah video memaparkan Datuk Syafinaz Selamat sedang mencurahkan ilmu berkenaan teknik pernafasan yang betul kepada Qari Qariah untuk bertarannum.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah penampilan Syafinaz yang dilihat anggun berhijab dan mengenakan baju kurung ketika sesi perkongsian ilmu itu.
Menerusi video yang dikongsikan akaun Tik Tok @syafinazselamat.fans itu dapat dilihat bahawa Syafinaz begitu bersungguh-sungguh mengajar teknik pernafasan sebenar kepada para Qari dan Qariah agar bacaan tarannum yang dialunkan menjadi lebih merdu selepas mangaplikasikan ilmu yang diturunkan oleh Syafinaz.
Meninjau ke ruangkan komen pada perkongsian video berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata netizen terpukau dengan keanggunan Syafinaz.
“Cantiknyaaa.. Datuk bertudung! Teruskan Datuk.. Ameen..”
“Ustazah ni dah terer tarannum weh.. Tapi dia pun terbuka lagi untuk belajar dengan tokpinaz, SunhanaAllah tahniah kedua-duanya.. Semoga menjadi asbab untuk masuk ke syurga Allah..”
“Semoga menjadi asbab pahala jariah buat Datuk Syafinaz, seronok tengok teknik mengaji bertarannum”
Selain itu, ramai peminat guru vokal itu mendoakan agar syafinaz dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda kerana membantu agamawab untuk mempersembahkan bacaan al-Quran dengan lebih baik.
Pada perkongsian sama, seorang ustazah yang turut mengikuti bengkel di Akademik Tarannum Negeri Sembilan itu telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Syafinaz di atas ilmu yang dicurahkan.
Sekadar info, kita sering melihat Syafinaz menjadi juri dalam sesebuah pertandingan nyanyian di kaca televisyen. Namun ramai tidak menyangka figura hebat Datuk Syafinaz Selamat ini juga merupakan seorang pensyarah muzik dan tenaga pengajar bagi mengajar qari dan qariah.
Pelakon jelita Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih mesra disapa sebagai Nad Zainal kini sudah enam hari bergelar isteri kepada pelakon gandingan serasi yang juga sahabat karibnya, Ungku Ismail Ungku Aziz.
Pasangan berkenaan selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM 1,000 pada tanggal 1 Rejab lalu iaitu pada 23 Januari 2023.
Berita Gembira Itu Dihujani Ucapan Tahniah Rakan Selebriti!
Sebaik sahaja melihat muat naik video di laman Instagram Nad Zainal beberapa jam lepas, hantaran Nad itu terus dibanjiri dengan pelbagai ucapan tahniah dari rakan selebriti dan para peminat.
Rata-ratanya menzahirkan rasa gembira, apabila akhirnya kedua selebriti kegemaran mereka disatukan dalam sebuah ikatan pernikahan yang sah dan tidak lagi berselindung dan merahsiakan hubungan mereka.
Berikut merupakan beberapa komen yang berjaya menarik perhatian Hijabista.
“Selamat Berbahagia Duna Akhirat,” Tulis Fazura
“Congratulations Kak Nad Dan Abang Ungku!” Ujar Puteri Aishah
Hijabista mendoakan agar perkahwinan Nad dan Ungku Ismail berkekalan hingga ke jannah dan memperoleh bahagia serta maghfirah oleh Allah SWT.
Sekadar info, sebelum ini, ketika ditanya berkenaan status hubungan dirinya bersama Ungku Ismain, Nad berkata Ungku merupakan antara individu paling rapat dengan dirinya ketika ini.
Pengakuan berkenaan dibuat Nad pada, siaran langsung di aplikasi TikTok, pada Jumaat lalu selepas kembali pulih setelah sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan dna jangkitan kuman pada paru-paru.
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...