Sakit Hati ‘Bermadu’ Bukan Alasan ‘Buka Pekung’ Pasangan Di Laman Sosial!

Share

Kebelakangan ini sosial media tidak lekang dibanjiri hantaran berkisarkan poligami yang menjadi topik perbincangan hangat wargamaya, ekoran meletusnya kisah poligami melibatkan pengarah tersohor Malaysia yang baru sahaja melangsungkan pernikahan kedua di Thailand.

Malah, ramai yang turut berkongsi naratif sama mulai menyebarkan hal rumahtangga mereka di media sosial demi mencari tumpuan ramai.

Justeru, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali terpanggil untuk menjelaskan isu ini.

Tindakan ‘Canang’ Keburukkan Pasangan Wajar Dihentikan!

Suzana berkata, sifat amarah yang timbul akibat diduakan suami menerusi poligami tidak seharusnya menjadi ‘alasan’, bagi seseorang mendedahkan ‘cerita dalam kain mereka’ apatah lagi di canang tanpa segan silu dalam media sosial.

Tambahnya lagi, perkara ‘canang cerita dalam kain’ di sosial media ini bakal memberi kesan buruk kepada keluarga dan pada masa yang sama menjatuhkan maruah serta harga diri suami atau isteri.

“Memang setiap orang ada emosinya, tetapi emosi itu kita perlu kawal dengan fikiran. Memang tidak ada wanita yang gembira bila suami kahwin lain,” katanya.

Perkara berkenaan dimaklumkan Suzana dalam sesi perkongsiaan pada Program Wacana Sinar ke-380 yang bertajuk ‘Poligami: 2, 3 dan 4, bukan perampas’ yang berlangsung di Kompleks Karangkraf baru-baru ini.

Artikel berkaitan: ‘Poligami’ Tak Salah Ianya Satu Keberkatan, Namun Jika Silap Langkah Bertukar Jadi Musibah! – PU Syed

Justeru, para wanita khusunya yang sudah bergelar isteri perlu mempelajari ilmu untuk mengawal emosi dan dalam masa sama memperbanyakkan ilmu serta maklumat berkenaan poligami agar dapat lebih bersedia sekiranya perkara itu terjadi.

Sekadar info, selain Suzana Ghazali program berkenaan turut dihadiri oleh Peguam Syarie, Ahmad Jailani Abdul Ghani dan Naib Presiden Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia, Haryani Ithnen serta Ismail Adnan selaku moderator.

Sumber: Wacana Sinar 380 ‘Poligami: 2, 3 dan 4, bukan perampas’ & Instagram Suzana Ghazali

Artikel berkaitan: Jangan Biarkan Diri Tidak Berilmu, Para Wanita Harus Fahami Tentang Konsep Poligami!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir