Sakan Bergaya Mengikut Trend, Ingat! Kena Patuh Syarat Islam Agar Tidak Berlebih-lebih

Share

Penggayaan tudung adalah mengikut citarasa masing-masing dan ianya berpandukan kepada niat mereka tersendiri. Seperti lazim kita tahu, tudung itu tujuan utamanya untuk menutup aurat.

Jadi bagaimana dengan isu penggayaan tudung yang menyerupai rambut? Adakah ianya dianggap satu cara yang melampau bagi seorang hijabi?

Bergaya dengan hijab ikut dengan niat

Sumber dari Canva

Tren gaya hijab yang mempunyai unsur yang unik dan ada yang menyerupai rambut telah menapak lama di dunia fesyen tempatan. Bahkan, ramai juga yang menggayakan pelbagai jenis gaya mengikut citarasa mereka.

Ramai yang memberikan pandangan yang berbeza jika melihat seseorang yang menggayakan tudung seakan rambut. Ada juga yang mengeluarkan  pendapat bahawa itu adalah haram bagi wanita oleh kerana ia boleh menimbulkan fitnah.

Perkara ini telah di bincangkan melalui laman e-Sumber Maklumat Fatwa Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) yang menjelaskan hukum bagi seorang wanita yang menyambung rambut atau memakai rambut palsu untuk berhias. Penggunaan rambut atau sesuatu yang menyerupai rambut di kepala adalah diharamkan oleh Allah SWT.

Ianya tidak kira mengikut kehendak wanita itu atau dilakukan oleh orang lain seperti juru andam atau juru solek. Perbuatan ini haram sama sekali kerana ia mengundang unsur-unsur penipuan dan fitnah yang seakan mengubah ciptaan Allah SWT.

Artikel berkaitan: Travel Dengan Penuh Bergaya! Ikuti Lima Tips Agar Hijabi Kekal Patuh Syariah

Bergaya dalam sisi Islam

Berkongsi oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, menjelaskan makna fesyen yang sebenar bagi umat Islam mengikuti peraturan yang mengikut hukum syarak Islam. Ianya berketepatan dengan niat serta hukum yang betul.

Umat Islam perlu fahami makna berpakaian adalah menutup badan dengan betul meskipun ingin bergaya. Islam tidaklah menyekat untuk bergaya namun ia perlu mengikut syarat yang tertentu iaitu tidak melebih-lebih.

Telah diriwayatkan daripada Aisyah RA katanya “Sungguhnya Asma’ binti Abu Bakar RA telah masuk kepada Rasulullah SAW dalam keadaan memakai pakaian yang nipis lalu Baginda berpaling daripadanya dan bersabda: Wahai Asma’ sungguhnya perempuan itu apabila telah baligh tidaklah harus bahawa dilihat daripada badannya kecuali ini dan ini dan Baginda mengisyaratkan kepada wajahnya dan dua pergelangan tangannya

.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Sumber: Sinarislamplus

Artikel berkaitan: Nampak Simple Tapi Tetap Bergaya , Stail Baru Dato’ Seri Vida Diterima Positif Orang Ramai

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee