Urusan ajal, maut dan jodoh itu adalah urusan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan menentukan, begitu juga jodoh pelakon drama popular, Saharul Ridzwan yang bertemu jodoh dengan isterinya sekarang, Deena Emir dan kini bahagia dikurniakan seorang cahayamata. Bercerita pengalaman rayanya, Shaharul yang memuat naik status di laman sosial instagram berkata dia kini merupakan ‘Abang Long’ kepada empat adik beradik perempuannya yang cantik dan jadi tumpuan netizen.
Sebaik memuat turun foto bersama keluarga sebelah isterinya itu, ramai yang turut mengusik pelakon ini dengan memberitahu diri mereka boleh dijadikan calon menantu.
@rifzdi saya sedia jadi menantu cehhhhhhhh
@ershadismail Hi abang ipar
@crocodino_ cantikk isteri kluarga nya pun cantikk
@feeq_89 Bro @saharulridzwan, saya tak kisah pun kalau saya dipilih utk menjaga salah seorang dari adik ipar tu hahaha
Isterinya merupakan anak sulung dan mempunyai empat lagi adik beradik perempuan yang besar dan sudah layak untuk berkahwin.
Jadi Saharul rasa terpanggil untuk bertanggungjawab ke atas mereka hinggalah masing-masing berkahwin nanti.
Menurutnya, bapa mertuanya kurang sihat tetapi masih lagi kuat untuk melakukan pelbagai kerja. Dia turut merasa kagum dengan keduanya yang dipanggil Abah dan Umi dalam membesarkan lima anak perempuan sekaligus.
Dua daripadanya sudah berkahwin (termasuk isterinya) dan tanggungjawab itu beralih kepada suami masing-masing.
Sebelum ini Saharul memang menyimpan impian mahu menjadi ‘abang’ dan seorang ketua keluarga dan kini hajatnya telah ditunaikan.
Oleh kerana dia dan isterinya masing-masing anak sulung, jadi menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga mereka adik-beradik yang masih belum berkahwin.
Dia turut berpesan pada isterinya itu agar berpegang pada konsep tanggungjawab dan insya-Allah Tuhan akan bantu mereka kelak.
Ternyata niatnya untuk memikul tanggungjawab berkenaan juga turut mendapat respon positi dari netizen. Ramai memuji caranya itu yang dilihat sebagai satu amanah yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.
@nora_hamzah83 menyentuh hati.Inilah pemikiran2 yang baik terhadap setiap ketentuan Allah..pemikiran2 yang matang dan sentiasa menjaga baik hubungan serta memikirkan tanggungjawap dan amanah. Semoga @saharulridzwan sekeluarga sentiasa dalam Rahmat dan kasih sayang Allah.
@aliaasofea_ Bukan senang nak pikul tanggungjawab sebagai anak sulung. Besar tanggungjawab. Semoga keluarga dirahmati Allah swt. Selamat hari raya
Malah dengan kehadiran anak mereka Ali juga membuatkan dia berfikir tentang apa akan jadi pada masa hadapan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SAHARUL RIDZWAN