Pelbagai persoalan dan kekusutan melanda warga Selangor apabila Syabas mengumumkan tiada bekalan air di sekitar negeri Selangor bermula hari ini sehingga 9 Mac 2018. Memang runsing dibuatnya bila tiada bekalan air ini terutamanya pada kaum wanita yang mahu mandi wajib. Dengan kuantiti air yang terhad, tentunya anda teragak-agak untuk mandi wajib. Tetapi anda tidak perlu risau kerana Hijabista ada penyelesaiannya. Berikut merupakan antara soalan lazim yang sering ditanyakan apabila tiada bekalan air.
Soalan:
Jika saya berjunub, namun saya hanya memiliki sedikit air, apakah saya tetap perlu mandi dengan air tersebut sebagaimana mandi junub atau saya hanya perlu bertayamum tanpa mencuci kemaluan?
Jawapan:
Para ulama mengatakan, jika seorang yang junub mendapati air yang sedikit dan tidak mencukupi untuk mandi, maka wajib baginya untuk beristinjak (mencuci kemaluan) dan berwudhu lalu bertayamum dengan thurab (debu yang ada di permukaan).
Jadi, beristinjak dengan air tersebut untuk mencuci kemaluan dan sekitarnya, lalu berkumur-kumur, mencuci muka dan kedua tangannya, lalu mengusap kepalanya dan kakinya. Jika masih ada air tersisa, maka gunakan untuk mencuci bahagian tubuh yang lain. Setelah itu lalu bertayamum.
Ini berdasarkan firman Allah Ta’ala:
Ads
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
“bertaqwalah kepada Allah semampu kalian” (QS. Ath Taghabun: 16).
Berdasarkan ayat ini maka lakukanlah yang bisa dilakukan.
Sumber: Fatawa Munawwa’ah Syaikh Abdul Aziz Ar Rajihi, 8/47.
Catatan:
Ads
• Demikian ini adalah pendapat madzhab Hambali dan Syafi’i, dan merupakan pendapat yang lebih hati-hati insyaAllah.
• Hal di atas dilakukan jika air tidak cukup untuk membasuh seluruh anggota badan. Jika air yang sedikit masih cukup untuk membasuh semua anggota badan, maka itu sudah sah untuk mandi janabah.
Bersuci Dengan Air Musta’mal
Soalan:
Adakah sah mandi wajib dengan air tadahan dalam baldi? Menurut mazhab syafie air tersebut adalah musta’mal kerana tidak melebihi 2 kolah. Tetapi daripada artikel yang saya baca di dalam internet, air mustakmal tersebut masih sah digunakan berdasarkan hadis dan riwayat selagi tidak berubah sifat, rasa, bau dan warna kerana Nabi s.a.w sendiri menggunakannya.
Jawapan:
Ads
Sebelum menjawab berkenaan hukum sah mandi wajib dengan air tadahan dalam baldi , elok kiranya kita jelas terlebih dahulu perbezaan pendapat ulama berkaitan pengertian air musta’mal dan apakah hukumnya.
Sebahagian pendapat mengatakan air musta’mal adalah air yang kuantitinya kurang daripada dua kolah dan telah terkena sebahagian anggota badan atau yang telah digunakan untuk menyucikan hadas pada basuhan yang pertama.
Sebahagian yang lain mengatakan air musta’mal itu adalah air yang kurang dua kolah dan telah digunakan untuk menyucikan hadas pada basuhan yang pertama.
Hukum air musta’mal juga terdapat khilaf di kalangan fuqaha’ . Ada yang menyatakan bahawa air musta’mal ini suci tetapi tidak menyucikan. Ada yang mengemukakan bahawa air musta’mal ini makruh dan tidak harus bertayamum sekiranya wujud. Manakala sebahagian lagi mengemukakan air musta’mal ini suci lagi menyucikan atau tidak ada beza diantara air mustakmal dan air mutlak . (Lihat: al-qurthubi, bidayatul mujtahid wa nihayatul muqtasid, 3/58-59)
Setelah meneliti beberapa pandangan, saya lebih tenang mengambil pandangan bahawa hukum air musta’mal ini adalah suci lagi menyucikan selagi mana sifat air tersebut tidak berubah warna, bau atau rasa dan padanya tidak bercampur dengan najis.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pengalaman melakukan ujian swab adalah berbeza-beza bagi setiap individu. Ada yang mengatakan tidak sakit manakala ada juga yang berpendapat ia sangat menyeksakan.
Bagi pengacara dan pelakon jelita, Uyaina Arshad,28, pengalamannya menjalani ujian swab itu adalah sangat menyakitkan hingga dia mengalirkan air mata.
“Orang lain buat swab test ni relax je. Tak sakit pun. Tapi, Yana rasa sakit. Doktor jolok hidung je, tapi rasa sampai ke otak 😭 Padahal doktor buat dah sehabis lembut dah 🥺
Bismillah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua & dijauhkan dari wabak Covid-19 aamiinnn 🤲🏻 And thank you to our frontliners, our heroes! ♥️”
Ramai yang turut berasa gerun melihat video yang dikongsikan Uyaina ini termasuklah selebriti, Diana Amir dan Azzam Sham.
Takut juga rasanya apabila melihat ujian swab yang dilakukan Uyaina ini. Bukan sekadar berkongsi, sekurang-kurangnya masyarakat dapat tahu bahawa impak virus Covid-19 bukanlah biasa-biasa terhadap kita semua.
Jadi, kalau tak nak buat ujian swab makanya jagalah diri anda sebaik mungkin. Elakkanlah keluar rumah jika tiada urusan penting ya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bila berbicara mengenai kecantikan, pasti ramai yang ingat cantik itu haruslah berkulit putih gebu, tinggi, kurus dan sebagainya. Ini adalah tafsiran yang ternyata salah. Seperti yang dikatakan oleh Yang Mulia Che Puan Khaleeda, sebenarnya kecantikan itu datang dalam pelbagai bentuk, rupa dan yang paling penting sekali mestilah hati yang baik!
Kecantikan bukan hanya terletak pada rupa paras sahaja.
Yang paling penting, bersyukurlah pada Tuhan.
Sewaktu membesar, saya sering diberitahu yang saya hitam, ada telinga yang besar, terlalu kurus, mempunyai hidung yang besar dan rupa saya hanya ‘biasa-biasa’ sahaja. Nasihat saya untuk semua wanita di luar sana, setiap orang itu berbeza dalam caranya yang tersendiri. Belajar untuk SAYANG, JAGA dan MENGHARGAI diri sendiri. YA saya hitam, YA saya ada telinga yang besar, YA saya ada hidung yang besar. Saya bercakap sebegini untuk menunjukkan bahawa saya suka dengan apa yang Tuhan telah jadikan saya dan bersyukur dapat belajar menghargai diri saya pada usia seperti ini. Saya bersyukur dapat melihat, mendengar, bau dan menjalani kehidupan dengan sepenuhnya. Saya tak mahu sia-siakan peluang yang ada ini. Jangan pernah biarkan masyarakat meletakkan definisi sebenar cantik itu kerana kecantikan datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Dengan hati yang ikhlas dan tingkah laku yang baik, kecantikan itu akan datang dengan sendirinya dan seperti yang telah saya katakan tadi, ‘apa yang telah kita berikan, pasti akan datang kembali pada kita.’
#SELFLOVE #haveyourowndefinitionofbeauty
Putih tak semestinya cantik, hitam tak semestinya hodoh.
Selepas baca kata-kata daripada Yang Mulia Che Puan Khaleeda, pasti hijabi rasa terus positif kan? Jangan hiraukan apa yang orang nak kata, bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan kerana kita semua cantik dalam cara tersendiri.
Tak dinafikan dalam dunia ini dikatakan ada 7 orang yang muka sama seperti kita. Jika ‘kembar’ kita itu popular pasti akan menerima tempias. Seperti penyanyi muda yang popular masa ini, Wany Hasrita yang dikatakan seiras wajah YB Nuru Izzah. Sekali pandang memang ada irasnya terutama di bahagian hidung dan bentuk wajah. Bagi Wany Hasrita dia sebenarnya cukup berbangga apabila ramai memberitahu wajahnya mereka adalah seiras. ini kerana setiap kali orang memandang YB Nurul Izzah pasti akan teringat dirinya juga.
Menurutnya juga dia telah menyedari hal ini dari tahun lepas dan ia dianggap sebagai satu bonus, lebih-lebih lagi setelah beliau menang dalam pilihan raya lalu.
BEZA YB BERKULIT PUTIH, WANY GELAP
“Saya ada terjumpa YB tahun lepas dan sempat bergambar bersama. Bezanya YB berkulit putih dan saya gelap. Tetapi ada juga yang cakap muka saya seperti beberapa artis lain dan saya anggap itu sebagai bonus.
“Sebaik YB Nurul Izzah menang dalam pilian raya tempohari memang ramai juga yang ucap tahniah padanya dan mereka juga turut tag nama Wany di Twitter. Wani anggap itu sekadar main-main dan gurauan sahaja,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Wany, memamg ramai yang cakap muka mereka sama, tetapi apabila berjumpa YB sendiri, beliau seorang yang cukup humble orangnya.
“YB sendiri bagi tahu dia minat lagu saya. Tetapi ketika itu pertemuan kami singkat dan tidak berpeluang berbual panjang. Insya-Allah kalau ada masa saya berminat untuk bertemu dengan beliau lagi. Mungkin ada perancangan yang boleh kami jalin bersama.
“Sebenarnya Wany sendiri melihat YB Nurul Izzah sebagai seorang wanita yang sangat-sangat berani berjuang untuk keluarga, berjuang untuk orang yang berada di belakangnya dan sememangnya beliau adalah seorang wanita pejuang. Sama seperti bondanya Datin Seri Wan Azizah,” tambahnya lagi.
KAGUM SEMANGAT YB NURUL IZZAH
Menurut Wany dia memang kagum dengan wanita yang ada semangat begini. Ini membolehkan dia belajar bagaimana cara mereka membawa diri, bercakap dan YB Nurul Izzah juga dilihat begitu lantang bersuara.
“Walaupun saya melihat beliau lantang menyuarakan sesuatu isu, tetapi masih terlihat kelembutannya lagi di situ.
“Jika wanita lain pula saya melihat Neelofa sebagai seorang wanita yang dilihat begitu berjaya dalam bidang usahawan yang diceburinya,” jelasnya.
Bagi Wany juga tidak akan menolak jika satu hari nanti diberi peluang untuk bekerjasama dengan YB Nurul Izzah terutama bab menaikkan martabat wanita. Juga dalam soal memberi kesedaran kepada wanita di luar sana yang rasa diri tertindas.
Persamaan wajah mereka juga turut menarik dan diakui oleh netizen. Malah ada yang berkata kedua-duanya seperti adik beradik dan juga kembar.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...