Alamak! lepas selesai ambil wuduk baru perasan kuku ada sedikit kotoran yang melekat. Jadi adakah wuduk yang diambil ini sah untuk solat atau perlu untuk ambil semula?
Jika anda alami masalah ini, anda bukan keseorangan ya! Ramai yang kurang tahu termasuklah min sendiri. Jom kita fahami adakah sah atau tidak wuduk yang diambil jika ada kotoran dalam celahan kuku.
Kebersihan keutamaan ibadah!
Menurut Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, agama Islam amat menitikberatkan soal kebersihan dalam kehidupan seharian. Ianya menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan memerhatikan kebersihan terjaga melalui fizikal mahupun rohani.
Maksudnya:Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
(Surah al-Baqarah: 222)
Ads
Allah SWT telah mensyariatkan agar ibadah bersuci seperti wuduk dan mandi wajib adalah bagi mereka yang berada dalam hadas kecil dan besar. Menyucikan diri dengan wuduk dan mandi wajib membolehkan mereka untuk melaksanakan ibadah solat dan membaca al-Quran (Rujuk Syarah al-Yaqut al-Nafis, halaman 67).
Pernah disebut oleh Imam Nawawi tentang tiga perkara yang memerlukan seseorang itu mandi wajib yakni tenggelamnya hasyafah (kepala zakar) ke dalam faraj, keluar air mani, keluar darah haid atau nifas (Rujuk Al-Majmu’ Syarah Muhazzab, 2:213). Adalah wajib bagi seseorang itu jika mereka berada dalam keadaan seperti yang dinyatakan sebelum melakukan ibadah.
Menurut firman Allah SWT:
وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا
Maksudnya: Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.
Terdapat beberapa pandangan ulama’ mengenai isu kekotoran dalam celahan kuku. Adakah wuduk yang diambil sah mahupun tidak? Dua pandangan yang berbeza dijelaskan seperti dibawah:
Pandangan pertama
Jika terdapat kotoran dalam celahan kuku yang terjadi daripada suhu atau tindakbalas semulajadi badan, ianya tidak menjejaskan sah mandi ataupun wuduk itu. Tetapi jika kotoran itu daripada luar seperti tanah dan seangkatannya, perlulah dihilangkan terlebih dahulu untuk air sampai ke bawahnya (ke dalam kuku).
Ads
Pandangan kedua
Melalui Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin, dan para ulama’ juga bersependat bersama beliau berpandangan bahawa tidak wajib untuk menghilangkan kotoran di bawah kuku itu (RujukSyarah al-Yaqut al-Nafis, halaman 69).
Secara kesimpulannya, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersetuju dengan pandangan pertama kerana kita perlulah menjaga kebersihan apatah lagi untuk beribadah. Bersihkan apa yang patut terlebih dahulu sebelum berjumpa yang Maha Esa.
Tidur merupakan salah satu cara terbaik untuk kita merehatkan tubuh setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti. Biasanya anggota badan akan kembali segar keesokan harinya apabila mendapat tidur yang mencukupi. Ternyata, dalam Islam tidur juga memiliki aturan dan adab tersendiri.
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar selalu menghadap ke kanan ketika mahu tidur. Posisi tidur seperti ini tidak hanya sekadar sunnah, namun memiliki kebaikan jika dikaji secara perubatan.
Selain posisi tidur yang dianjurkan, ada pula posisi tidur yang sangat dimurkai Allah SWT. Bahkan disebut-sebut bahawa posisi ini merupakan ciri penghuni neraka. Ayuh, kita lihat cara tidur bagaimana yang patut dielakkan dan penjelasan di sebaliknya.
Ternyata posisi yang dilarang dan dimurkai ini adalah posisi meniarap. Hal ini dijelaskan Rasulullah SAW dalam hadisnya ketika Baginda mendatangi sebuah masjid. Ia melihat seorang yang tinggal di masjid Nabawi sedang tidur meniarap. Kisah yang diriwayatkan oleh Thakhfah Al-Ghifari RA salah seorang yang tinggal di Masjid Nabawi berkata,
“Aku tidur di masjid pada akhir malam, kemudian ada orang yang mendatangiku sedangkan aku tidur dengan posisi telangkup. Lalu berkata: “Bangunlah dari telangkupmu, kerana tidur yang demikian adalah tidurnya orang-orang yang dimurkai Allah.” Kemudian aku angkat kepalaku, maka ketika kulihat ia adalah Rasulullah SAW, maka akupun kemudian bangkit.” [HR. Bukhari]
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW menjelaskan bahwa posisi tidur meniarap adalah posisi tidur para penghuni neraka. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bererti:
“Tidur meniarap adalah posisi tidurnya penghuni neraka.” [HR. Ibnu Majah]
Allah SWT dan Rasulnya tentu tidak akan melarang sesuatu hal jika hal tersebut berbahaya bagi manusia. Dari segi kesihatan, tidur dengan posisi ini juga berbahaya bagi tubuh sehingga Allah SWT melarang, bahkan memurkai posisi ini.
“Tidaklah Allah memerintahkan sesuatu kecuali padanya terdapat berbagai masalah yang tidak boleh diketahui secara menyeluruh” [Risaalah fiil Qowaaidil fiqhiyah hal. 41, Maktabah Adwa’us salaf)
Dalam ilmu perubatan moden juga membuktikan bahawa tidur meniarap memang berbahaya. Tidur ini dapat mengganggu pernafasan kerana otot dada dan organ pernafasan tidak dapat bekerja maksima kerana tehimpit. Dengan posisi tersebut dada akan tertekan dan membuat nafas menjadi sesak.
Selain bahagian pernafasan, tidur dengan posisi ini juga dapat menghimpit jantung. Dalam jangka waktu lama posisi seperti ini membahayakan kesihatan jantung.
4 Kesan Tidur Meniarap
Sememangnya tidur meniarap akan buat seseorang berasa selesa bahkan dapat membantu orang yang berdengkur tidur dengan lebih senyap namun hakikatnya ia akan mendatangkan beberapa risiko lain termasuklah:
Sakit Belakang/Masalah Tulang Belakang
Kebanyakan orang yang tidur meniarap berisiko tinggi untuk mendapat sakit belakang dan leher. Menurut pakar, tidur secara meniarap akan meletakkan tekanan yang banyak pada bahagian belakang badan dan tulang belakang. Ini kerana berat badan seseorang tertumpu pada bahagian tengah tubuh. Oleh itu, agak sukar tulang belakang untuk berada pada posisinya dan kemungkinan teralih ketika tidur.
Tekanan pada tulang belakang juga akan melemahkan badan di mana, apabila keadaan tulang belakang terjejas, kesakitan itu akan berkangkit ke bahagaian tubuh yang lain kerana tulang belakang merupakan saluran kepada sambungan saraf-saraf dalam badan seseorang.
Jaga-jaga supaya tidak diserang Herniated Disk!
Herniated Disk berlaku apabila lapisan kusyen tulang yang memelihara tulang daripada bergesel antara satu sama lain tersepit dan terkeluar daripada landasannya menyebabkan saraf terasa sakit disebabkan penolakan kusyen yang tersepit itu tadi.
Sakit Leher
Tidur dalam keadaan meniarap akan memaksa seseorang untuk memalingkan wajahnya agar boleh bernafas ketika sedang lena. Cara itu sebenarnya akan memberi tekanan kepada urat leher (seolah anda memulas tulang tengkuk) dan dalam masa yang sama menjejaskan struktur tulang belakang.
Pada awalnya mungkin anda tidak akan terasa kesakitannya namun, hari demi hari jika terus dilakukan, ia akan menyebabkan sakit leher yang kritikal.
Jejaskan Jantung & Kesihatan Otak
Tidur meniarap jejaskan kesihatan jantung dan otak kerana oksigen kurang sampai kepada kedua-dua bahagian organ tersebut.
Fungsi otak juga boleh terganggu dengan posisi ini kerana aliran darah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, begitu pula ke otak menjadi terganggu kerana terhimpitnya jantung tadi.
Untuk itu, ikuti dan jauhilah semua yang dilarang Allah. Dia tidak akan melarang sesuatu hal yang baik, namun larangan tersebut semata-mata hanya untuk kebaikan hamba-Nya. Allah pemilik alam semesta dan semua ilmu pengetahuan, tentu Dia lah yang lebih tahu.
Menghadkan Pergerakan Janin
Apabila anda berbadan dua, sudah pasti si ibu harus peka untuk mendapatkan waktu tidur yang cukup agar janin boleh membesar dengan sempurna. Tidur secara meniarap ketika hamil adalah tidak membahayakan bayi atau ibu namun, berat yang semakin bertambah pada bahagian perut sedikit sebanyak memberi efek pada stuktur tulang belakang si ibu.
Bahkan janin atau bayi dalam perut jika akan berada dalam kedudukan yang lebih selesa jika ibunya tidak tidur meniarap. Kajian perubatan yang dilakukan sekitar 2012 mendapati, ibu mengandung yang tidur secara mengereng ke sisi sebelah kiri akan meningkatkan pengaliran darah baik yang menyalurkan oksigen secukupnya kepada bayi.
Setiap kali keluar rumah, pasti anda akan mengenakan solekan pada wajah agar wajah tampak lebih berseri dan bermaya. Antara perkara yang penting sebelum mula bersolek adalah memakai makeup base. Makeup base berfungsi sebagai penutup pori wajah dan buat wajah tampak mulus. Malah, solekan juga akan kekal lebih lama.
Anda tentu bingung dan keliru untuk memilih makeup base yang sesuai dengan kulit wajah anda kan? Kini anda tidak perlu runsing untuk memilih makeup base yang sesuai kerana wanita bernama Azreena Azmi ini telah berkongsi 13 jenis makeup base dengan fungsi yang berbeza mengikut keperluan kulit masing-masing. Semua ini boleh didapati di drug stores berhampiran anda.
Fungsi Makeup Base
Kali ni makeup base pula. Mostly makeup base yang jual kat Watsons or any drug stores semuanya ada fungsi yang sama iaitu tutup pores dan bagi nampak halus. Susah nak cari yang boleh bagi mekap lasting, ada satu dua produk ja. Tapi jangan risau, ampa boleh pakai 2 jenis makeup base kat muka.
Semua ena letak standard 16 jam. Sebab memang semua produk depa letak ‘setengah hari’ tahan. Ada yang kurang daripada itu bergantung pada kulit masing-masing.
First, pakai yang bagi lasting. Second, makeup base yang boleh tutup pores, sapu kat kawasan yang big pores ja.
Kalau untuk kulit kering ada satu dua produk jugak. Sebab kat drug stores tak dak juai yang oil-based. Sebab oil-based ni sesuai untuk dry skin. Macam argan oil or any oil. Actually bio-oil pon boleh buat makeup base. Haaaaa. Tapi untuk kulit kering je la. Yang berminyak tu jangan gatai pi pakai. Nanti lagi nampak berminyak, boleh goreng teloq. Hahahaha
Kalau pores terlalu besaq macam iols memang tak boleh buat apa nak bagi nampak licin. I’m so sorry. Memang akan nampak.
Makeup base ni hampa nak pakai dia saja pon boleh, nak pakai before pondesen pon boleh. Ikut la mana satu hampa mau. Janji hampa hepy. Muahahaha.
So macam biasa harga yang display semuanya NORMAL PRICE kat WATSONS.
1. Pure Beauty Pink So Blur Cream SPF15
Mesti ramai tertanya-tanya fungsi blur cream ni. Hahaha. Ni pakai last sekali lepas sunblock ataupun step pertama sebelum apply makeup. Boleh dijadikan makeup base atau pakai dia saja. Fungsi dia untuk tutup pores dan bagi effect muka nampak sihat dan bermaya dan berseri.
Ni fav ena, dah 4 botoi pakai rasanya. Ena pakai yang ni sahaja, lepas tu apply baby powder ja. Dia bagi effect glowing, muka nampak pinkish sebab warna cream dia pink lembut. Tapi tak berminyak pun, sesuai untuk depa yang keja bawah aircond. Sebab yang ni bagi kulit lembab.
Untuk oily skin boleh nak pakai, tapi tak tahan lama. After apply yang ni better pakai loose powder untuk tahan lebih lama.
Texture: light cream (tak heavy) Tahap lasting: 6 jam (bila lebih dari tu kulit ena mula keluaq minyak ?) Sesuai untuk all skin types terutamanya dry skin Tak clogged pores Dalam masa yang sama boleh merawat kulit untuk tona lebih sekata. Sesuai untuk mereka yang nak kulit ala-ala kpop walaupun muka tak berapa kpop. Hurmm boleh la tuuu.
ONLY AT WATSONS (EXCLUSIVE BY WATSONS)
Harga: RM52.90
2. Luna Pro-Lighting Base SPF30
Haaa yang ni untuk sapa yang suka muka nampak merelit papp papp. Berkilat bagaikan batu permata kat cincin.
Iols suka yang macam ni. Nak buat makeup nampak glowing mowing.
Bukan untuk tutup pores. Dia lebih kepada lembabkan kulit. Kalau ada pro makeup kat sini boleh perasan texture dia macam becca backlight priming filter. Cepat absorb. Cepat kering bila apply.
Texture: liquid Boleh clogged pores sbbkan dia punya shimmer, so kena buat deep cleansing Tahap lasting: 16 jam Sesuai untuk all skin types terutamanya dry skin
ONLY AT WATSONS (EXCLUSIVE BY WATSONS)
Harga: RM89.00
3. Revlon Photoready Pore Reducing
Yang ni pun ena pakai bila nak buat heavy makeup, or nak attend any function. Sebab ena ada big pores and kulit shining-shining. So, sesuai untuk mereka yang nak makeup nampak matte (kering, no kilat-kilat) . Boleh cover pores. Boleh buat makeup tahan juga. Setakat ni pakai memang puas hati ?
Texture: liquid balm (ala macam balm gamat tu, ha macam tu la texture dia cuma dia cayaq sikit ?) Tahap lasting: 16hours (lama-lama pakai mekap buat apa? Bagi jerawat berkampung kat muka ada la) Boleh clogged pores. So kena buat deep cleanse. Sesuai untuk normal to oily skin.
Harga: RM69.90
4. Revlon Photoready Brightening
Sesuai untuk mereka yang suka effect cerah. Sebab lepas pakai muka nampak instant cerah (berseri) buat kulit nampak smooth. Boleh cover pores. Kesemua makeup base brand Revlon ni ada fungsi yang sama.
Texture: light balm Tahap lasting: 16hours Boleh clogged pores. Sesuai untuk all skin types
Harga: RM69.90
5. Revlon Colorstay UV Primer SPF40
Untuk yang suka makeup light-light, sebab dia ringan. Ada SPF40. Makeup lasting 24 hours tapi dia tak boleh tutup pores. Heee.
Texture: liquid Tahap lasting: 24jam kau hadooo?? Tak clogged pores. Tapi pakai lama-lama boleh clogged Sesuai untuk all skin types
Harga: RM69.90
6. Maybelline Baby Skin Pore Eraser
Ni ramai orang tau kan. Femes jugak kat luaq negara. Dia tak kering. Boleh cover pores. Buat kulit nampak halus mulus bak kulit bayi. Breathable (kulit masih boleh bernafas), shine-free (tak bagi muka nampak berkilat) and dia ada cherry extracts yang bagus untuk antioxidants (perlindungan dari pencemaran udara)
Texture: liquid balm (light, weightless) Tahap lasting: 16jam Tak clogged pores. Sama jugak kalau pakai lama-lama boleh clogged. Muahahahahaha. Sesuai untuk all skin types
Harga: RM29.90
7. Maybelline Dream One Day Perfect SPF18
Ni produk baru keluaq ja tahun lepas. Hehehe. Dia serap minyak dgn baik. Boleh cover pores. Tak mengeringkan kulit dan tak membuat makeup nampak cakey. So sesuai la untuk all skin types.
Texture: liquid Tahap lasting: lama jugak la, dalam 16 jam jugak la. Standard la bro. Hahahaha Sesuai untuk semua jenis kulit tambah-tambah kulit yang berminyak
Harga: RM52.90
8. L’oréal Paris Base Magique
Macam biasa, buatkan kulit nampak halus mulus dan cover pores.
Texture: balm Tahap lasting: 16hours Sesuai untuk semua jenis kulit
Harga: RM63.90
9. L’oréal True Match Blur Cream
Yang ni sama ja fungsi dia macam mak dia (base magique) cuma yang ni texture dia lebih pekat sikit. Dia sama macam Benefit Porefessional. Hehehehehehehe. Macam biasa, cover pores dan buat kulit nampak halus mulus.
Tahap lasting: 16hours Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya oily skin. Boleh clogged pores.
Harga: RM49.90
10. L’oréal Lucent Magique Pure Light Primer
Yang ni bukan untuk cover pores. Dia lebih kepada makeup nampak glowing. Sebab dia ada sedikit shimmer. Dia punya tahap kelembapan berpanjangan sampai malam. So sesuai untuk dry skin.
Texture: liquid Tahap lasting: 16 hours
Harga: RM63.90
11. Kate Tokyo Makeup Lock Primer
Iols berkenan pulak yang ni. Sebab dia ada banyak fungsi dalam satu tube kecil ni. Boleh control oil, cover pores, siap boleh serap lebihan minyak kat muka. Patut ramai orang beli. Huhuhu. Boleh instant bright lagi. Bagi kulit nampak cerah berseri.
Texture: cream (oil-free) Tahap lasting: 24 jam ? Sesuai untuk all skin types terutamanya oily skin Tak clogged pores.
Harga: RM39.90
12. Kate Tokyo Secret Skin CC Base Zero SPF30
Ni produk baru je, siap ada cc lagi (color corrector, sesuai untuk pale skin, muka yang pucat lesu tak bermaya) instant brightening effect. Boleh improve skin complexion. Yang ni dia pink base. Macam biasa boleh cover pores jugak, kurang berminyak.
Texture: cream (non-oily) Tahap lasting: 16jam Sesuai untuk all skin types Tak clogged pores
Harga: RM47.00
13. Peripera Blur Pang!
Yang ni ketiga-tiganya ada fungsi yang sama iaitu boleh mencerahkan kulit. Glowing mowing. Ni antara best selling dalam watsons sebab chinese suka beli. Kulit depa cerah gebu elok la pakai hat ni. Nak kulit ala-ala kpop la katakan boleh la cuba yang ni. Different dia yang peach tu ada SPF30 dan bau peach. Milk pula ada skin care effect, which is boleh mencerahkan kulit. Banana pula ada bau pishangggg.
Texture: light cream (oily sikit je, sbb dia tak bagi kering kulit) Tahap lasting: 10 hours Sesuai duduk bawah aircond sebab dia tak kering Sesuai untuk all skin types terutamanya dry skin.
Usai berita meruntun jiwa mengenai gempa bumi yang berlaku di Turkiye yang telah melibatkan lebih 41,000 mangsa, ramai pihak daripada pelbagai negara telah berpusu-pusu memberikan bantuan. Pelbagai kisah sayu yang telah didengari. Namun, ada satu lagi berita yang telah menarik perhatian Hijabista.
Berita mengenai seorang lelaki warga emas yang mendermakan kesemua wang yang disimpan untuk menunaikan ibadah umrah kepada Pesatuan Bulan Sabit Merah di Turkiye telah menjadi sorotan ramai apabila ia mula tular di laman Twitter.
Video berdurasi 1minit 23 saat yang dikongsikan oleh @ilmfeed di akaun Twitter menunjukkan momen warga emas terbabit menyerahkan wang simpanannya untuk membantu mangsa-mangsa gempa.
Difahamkan, warga emas yang bernama Mehmet Cakirhan; berusia sekitar 74 tahun tersebut merupakan seorang warganegara Turkiye dan telah menyumbangkan sebanyak USD1.350 atau sekitar RM 5,981.
Untuk pengetahuan hijabi, sehingga kini sudah lebih 41,000 mangsa telah terkorban akibat gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria. Beribu-ribu yang lain telah mengalami kecederaan dan memerlukan bantuan perubatan serta kewangan.
Berdasarkan video tersebut, Mehmet sepatutnya menggunakan wang tersebut untuk pergi menunaikan umrah pada tahun ini. Bahkan, dia hanya menanti 10 hari lagi dan telah menyiapkan segala kelengkapan untuk Tanah Suci, namun membatalkan niatnya di saat-saat akhir.
“Semuanya baik-baik sahaja, namun tiba-tiba gempa bumi melanda. Saya serahkan duit saya pada hari ini. Lagi 10 hari tempoh yang tinggal sebelum saya sepatutnya pergi menunaikan umrah.”
“Semua sudah siap sedia. Semuanya. Namun bila gempa bumi berlaku, saya berkata pada diri saya bahawa saya akan serahkan duit itu disini,” kata Mehmet yang berkongsikan ceritanya.
Bukan itu sahaja, pengorbanan yang dilakukan oleh warga emas tersebut turut menarik perhatian para sukarelawan di sana.
“Semua kebajikan itu baik, tetapi kami tidak akan melupakan perbuatan derma daripada pakcik. Kami akan mendoakan agar anda dimurahkan rezeki berlipat kali ganda di dunia mahupun akhirat,” kata seorang sukarelawan kepada Mehmet.
Ramai yang mendoakan
Tindakan Mehmet yang sanggup berkorban demi membantu mangsa-mangsa gempa tersebut telah membuatkan ramai tersentuh dan terharu. Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang mendoakan dan memuji tindakan tersebut.
“Semoga Allah SWT memberatkan timbangan amalnya dan memberi jalan untuk dia pergi umrah”
“Ya ALLAH kurniakanlah kepada ayah ini keberkatan untuk mengerjakan umrah berkali-kali, dan semoga tempat istirehat terakhirmu di Madinah. Aaminn ya rabb”
“Semoga Allah melimpahkan kurnianya dan menambahkan rezekinya agar dapat menziarahi Haramain berkali-kali, Aamiin.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...