“Sabarlah.. Biar I Betulkan,” Gelagat Fattah Layan Kerenah Fazura Enggan Pipi Tembam, Bikin Netizen ‘Cemburu’

Share

Umum sedia maklum pasangan selebriti sama cantik sama padan, Fazura dan Fattah Amin atau lebih dikenali sebagai Fattzura, merupakan pasangan yang jarang dilanda kontroversi.

Ini membuatkan mereka menjadi pasangan kesukaan ramai dan setiap tingkahlaku ‘sweet couple’ ini sering menjadi sorotan netizen.

Terbaharu, gelagat bersemut pasangan ini sekali lagi tular di laman sosial hingga membuatkan netizen cemburu melihatkan perilaku Fattah yang sabar melayan kerenah isterinya, Fazura.

Fazura Tak Nak Pipi Nampak Tembam! Fattah Sabar Betulkan Tudung Isteri!

@fazuraofficial Mana sibuk pipi nampak tembam ke tak, mana nak buat sendiri pulak. Haih.. anyway, loveee you @Fattah Amin ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Perkara berkenaan menjadi tular sebaik sahaja Fazura memuatnaik satu hantaran video di laman Instagram miliknya, memaparkan Fattah yang begitu sabar melayan kerenahya yang tidak mahu pipi kelihatan tembam semasa mengenakan tudung sekolah ketika membawa watak remaja sekolah sewaktu penggambaran.

“Mana sibuk pipi nampak tembam ke tak, mana nak buat sendiri pulak. Haih… anyway love you Fattah Amin.” Tulis Fazura ringkas diruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Malah, kehidupan bahagia pasangan selebriti bebas kontroversi yang selalu kelihatan harmoni dan bahagia telah menyebabkan peminat membanjiri ruangan komen hantaran itu dengan puji-pujian.

Artikel berkaitan: Sedia Buka ‘Kilang Anak’ Ini Hasrat Yang Mahu Dicapai Fazura Tahun Ini! – “Kalau Boleh Saya Nak..”

Tidak kurang juga yang berseloroh sekiranya, calon suami yang mempunyai ‘husband material’ seperti Fattah Amin boleh dibeli di aplikasi beli belah online seperti Lazada.

“Ada jual kat Lazada tak husband material macam ni”, tulis wargamaya yang turut mendambakan mempunyai suami penyabar persis Fattah Amin.

Selain itu, ramai juga antara netizen yang meluahkan rasa suka melihat telatah pasangan ini, sekaligus mendoakan ikatan perkahwinan antara Fattah dan Fazura kekal hingga ke syurga.

“Semoga hubungan yang terbina ini kekal hingga ke jannah, suka sangat-sangat tengok pasangan ni. Sama cantik, sama padan”

“Pasangan yang takde sangat kontroversi. Semoga kak dan suami sentiasa dalam rahmat Allah”, tulis netizen

Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin diijabkabulkan pada November 2017. Hasil perkahwinan selama tujuh tahun itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada awal Oktober 2020 yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Tik Tok @FazuraOfficial

Artikel berkaitan: “Cantik Rupa, Cantik Akhlak…” Peminat Terharu Lihat Fazura Tak Kekok Layan Pesakit Kanser

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir