Umum sedia maklum pasangan selebriti sama cantik sama padan, Fazura dan Fattah Amin atau lebih dikenali sebagai Fattzura, merupakan pasangan yang jarang dilanda kontroversi.
Ini membuatkan mereka menjadi pasangan kesukaan ramai dan setiap tingkahlaku ‘sweet couple’ ini sering menjadi sorotan netizen.
Terbaharu, gelagat bersemut pasangan ini sekali lagi tular di laman sosial hingga membuatkan netizen cemburu melihatkan perilaku Fattah yang sabar melayan kerenah isterinya, Fazura.
Perkara berkenaan menjadi tular sebaik sahaja Fazura memuatnaik satu hantaran video di laman Instagram miliknya, memaparkan Fattah yang begitu sabar melayan kerenahya yang tidak mahu pipi kelihatan tembam semasa mengenakan tudung sekolah ketika membawa watak remaja sekolah sewaktu penggambaran.
“Mana sibuk pipi nampak tembam ke tak, mana nak buat sendiri pulak. Haih… anyway love you Fattah Amin.” Tulis Fazura ringkas diruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Ads
Malah, kehidupan bahagia pasangan selebriti bebas kontroversi yang selalu kelihatan harmoni dan bahagia telah menyebabkan peminat membanjiri ruangan komen hantaran itu dengan puji-pujian.
Tidak kurang juga yang berseloroh sekiranya, calon suami yang mempunyai ‘husband material’ seperti Fattah Amin boleh dibeli di aplikasi beli belah online seperti Lazada.
“Ada jual kat Lazada tak husband material macam ni”, tulis wargamaya yang turut mendambakan mempunyai suami penyabar persis Fattah Amin.
Ads
Selain itu, ramai juga antara netizen yang meluahkan rasa suka melihat telatah pasangan ini, sekaligus mendoakan ikatan perkahwinan antara Fattah dan Fazura kekal hingga ke syurga.
“Semoga hubungan yang terbina ini kekal hingga ke jannah, suka sangat-sangat tengok pasangan ni. Sama cantik, sama padan”
“Pasangan yang takde sangat kontroversi. Semoga kak dan suami sentiasa dalam rahmat Allah”, tulis netizen
Ads
Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin diijabkabulkan pada November 2017. Hasil perkahwinan selama tujuh tahun itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada awal Oktober 2020 yang kini berusia tiga tahun.
Bagi anda, apakah yang membuat seseorang itu tertarik dan mula rasa sayang kepada seseorang? Adakah dengan melalui cara bercakap, nada suara, atau pemberian dari mereka?
Jawapannya tentu sekali subjektif–apa-apa yang setiap individu rasa itu berbeza. Jadi banyak juga perkara yang boleh menimbulkan rasa kasih sayang terhadap seseorang.
Setiap individu ada cara mereka untuk menunjukkan rasa sayang mereka kepada seseorang. Ianya semua berpandu pada kaedah mereka bersosial dan niat untuk bergaul dengan orang lain.
Ada juga pernah disebut mengenai amalan yang boleh menimbulkan rasa kasih sayang. Ia dinyatakan melalui sebuah hadis yang berbunyi seperti berikut:
“Tiga perkara yang akan memurnikan buatmu kasih sayang saudara kamu: Kamu memberi salam kepadanya apabila berjumpa dengannya, kamu melapangkan ruang buatnya dalam majlis, dan kamu memanggilnya dengan nama yang paling dia sukai.”
Namun, sudut taraf hadis itu sendiri dinyatakan oleh Syeikh Mashhur bin Hasan Al-Salman melalui kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu, ia berstatus munkar. Ia tidak bersandarkan dengan kata-kata Nabi SAW.
Walaupun begitu, ketiga-tiga amalan yang dinyatakan dalam hadis munkaritu tidaklah bercanggah dengan saranan Allah SWT dan rasulNya. Dari segi agama juga menganjurkan untuk memberi salam, membalas salam dengan ucapan yang penuh. Selain itu, ada juga larangan tegas tentang perbuatan yang mencela atau memanggil seseorang dengan nama yang tidak disukai.
Ada juga hadis lain yang lebih sahih dengan isi kandungan yang membawa mesej yang sama, ia berbunyi seperti ini:
“Mereka tidak akan masuk syurga sehingga mereka beriman dan tidak beriman mereka itu sehingga mereka berkasih sayang. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu yang mana apabila kalian mengerjakannya nescaya kalian akan saling menyayangi sesama kalian? Sebarkanlah salam sesama kalian”.
[Riwayat Muslim, no. 81]
Menyantuni sesama sendiri dengan sapaan salam adalah mendoakan mereka dalam keadaan sihat sejahtera. Ia juga menjaga perhubungan kita saudara sesama Islam. Malah, dari sinilah munculnya rasa kasih sayang yang semakin tersemai dalam kalangan umat Islam.
Hukum pemakaian perfume yang mengandungi ambergris dan musk? Adakah halal? Melalui rujukan Ensiklopedia Pusat Rujukan Persuratan Melayu yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, “ambergris” ditakrifkan sebagai “Ambergris ialah bahan berlilin yang terdapat dalam usus sesetengah ikan paus sperma.
Ia berbau kuat apabila dikeringkan dan digunakan dalam minyak wangi yang mahal.” Manakala, “musk” pula merujuk kepada kasturi. Rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan.
Manakala ambergris itu dalam bahasa Melayu dipanggil ambar. Ambar ialah perkataan yang berasal daripada kalimah Arab merujuk kepada sejenis barang yang harum baunya; ada yang berasal dari perut ikan laut, dan ada dari sejenis damar. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.
Dalam Bahasa Arab, Anbar juga merujuk kepada ikan paus. Daripada Jabir bin Abdillah RA:
Maksudnya: “Rasulullah ﷺ mengutus kami dengan bilangan tiga ratus penunggang kuda dan pemimpin kami ketika itu adalah Abu Ubaidah bin Jarrah untuk mengintip unta milik orang Quraisy. Kemudian kami bermukim di pantai selama setengah bulan. Hingga kami merasa sangat lapar. Akhirnya kami memakan daun-daunan yang gugur sampai pasukan kami dinamai pasukan Khabat (daun yang gugur). Tiba-tiba laut melemparkan seekor haiwan (dalam riwayat lain disebut Hut, yakni ikan paus) yang dipanggil al-Anbar. Kami pun makan dari ikan tersebut selama setengah bulan. Dari tubuhnya yang penuh lemak, kami lumurkan ke tubuh kami hingga tubuh kami segar kembali.” Riwayat al-Bukhari (no.4361) dan Muslim (no.1935)
Berkata Syeikh Yahya al-Imrani:
“Anbar itu ialah tumbuhan yang tumbuh di dalam laut kemudian ditelan oleh ikan paus.”
Rujuk al-Bayan fi Madzhab al-Imam al-Syafie (4/160)
Dalam Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (37/288), ambar ditakrifkan seperti berikut:
“Bahan pepejal yang tiada rasa dan tiada bau melainkan jika dihancurkan atau dibakar. Dikatakan bahawa ia adalah tinja haiwan laut. Manakala menurut istilah, diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Ahuma bahawa ambar itu ialah sesuatu yang diluahkan oleh laut. (Riwayat Abdurrazzaq dalam Musannaf-nya (no.6977).”
Nilai ambar ini begitu berharga sehingga sebahagian ulama selain Imam al-Syafie, mewajibkan zakat satu perlima daripadanya. Berkata Imam al-Nawawi:
“Ibn al-Mundzir menghikayatkan, begitu juga selain beliau, daripada al-Hasan al-Basri, Umar bin Abdul Aziz, al-Zuhri, Abu Yusuf, Ishak bin Rahwaih, bahawa mereka mewajibkan khums pada ambar.” Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab (6/6)
Ambar ini sinonim dengan pewangi, justeru daripada sudut hukum, jika ambar dipakai oleh orang yang sedang berihram, maka dikenakan fidyah. Berkata al-Nawawi:
“Jika kasturi digesek, atau ambar, atau kafur, pada hujung bajunya, atau perempuan meletakkannya pada jubahnya, atau perempuan itu memakai perhiasan yang diisikan dengan bahan-bahan tadi, wajib dikenakan fidyah, kerana itu perbuatan menggunakan.” Rujuk Raudoh al-Tolibin (3/132)
Dalam kesusasteraan moden, ambergris merujuk kepada keluaran sampingan semula jadi dari ikan paus sperma yang mempunyai diet memakan sotong. Ambergris mengandungi Ambrein, sejenis alkohol yang tidak berbau, yang digunakan dalam penghasilan minyak wangi supaya baunya lebih kekal lama. Rujuk What Is Ambergris? oleh Emily Osterloff dari Natural History Museum, United Kingdom.
AMBAR ADALAH SUCI
Dalam tradisi Islam, alkohol yang wujud di dalam ambar tidak menjadikannya najis, sekalipun memabukkan, kerana sifatnya dalam bentuk pepejal. Berkata Imam Ibn Hajar al-Haitami:
“Dalam hadis menyebut, “Setiap yang memabukkan itu adalah arak”, justeru tidak termasuk daripada jenis cecair, bahan seperti daun banj, ganja, opium, buah pala, ambar yang banyak, za`faran. Semua ini memabukkan tetapi sifatnya pepejal maka ia adalah suci.” Rujuk Tuhfah al-Muhtaj (1/289)
Oleh kerana asalnya berlumur dengan bahan yang bernajis kerana tinggal di dalam perut, maka Imam al-Syafie, tanpa menghukumkan ambar sebagai najis, mengajarkan cara untuk membersihkannya supaya boleh digunakan. Kata beliau:
“Hendaklah ambar dibasuh agar dibuang apa yang mengotorkannya kemudian jadilah ia halal, boleh dijual beli, dan digunakan sebagai pewangi, disebabkan ia adalah bahan pepejal yang berat, tidak busuk, tidak bercampur dengan bahan yang boleh merosakkannya secara keseluruhan, sebaliknya hanya luarannya sahaja, seperti kotoran yang berada pada luaran kulit yang jika dibasuh maka jadi suci, begitu juga kotoran pada emas, perak, tembaga, plumbum, dan besi. Apabila dibasuh ia menjadi bersih dan kekal sebegitu.” Rujuk al-Umm (3/115)
Justeru, ambar adalah suci, sekalipun berlumur dengan kotoran.
KESIMPULAN
Bahan atau minyak wangi yang mengandungi ambergris dan musk adalah suci dan boleh digunakan pada badan dan baju, termasuk ketika solat, selagi mana tidak ada bahan lain yang boleh menjadikannya bernajis.
Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada pihak yang bertanya. Kita berdoa agar Allah ﷻ mengurniakan kita harta dan perhiasan yang baik lagi suci supaya kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Amin.
Sumber kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Untuk memakai pakaian kegemaran anda, anda mungkin perlu melakukan lebih daripada sekadar mencukur kaki! Tertanya-tanya apa itu? Kaki kecil dan ringan, ikuti 11 senaman mudah ini, malah dapat hapuskan lemak di kaki. Barulah dapat bentuk betis yang ideal!
Menurunkan berat badan di bahagian betis dan mengencangkan otot di sana adalah lebih sukar berbanding dengan bahagian badan yang lain. Tetapi ia pasti boleh dilakukan dengan sedikit usaha, kerja keras, konsisten dan beberapa latihan yang sangat khusus.
Berikut adalah 11 senaman yang sangat berkesan yang boleh membantu anda!
Lompat pisah dengan dumbbell
Untuk melakukan latihan ini, anda perlu terlebih dahulu berdiri dengan tangan di sisi dan dumbbell di setiap tangan. Sekarang, pegang dumbbell dekat dengan sisi badan, letakkan satu kaki di hadapan dan satu lagi bengkok ke belakang, seperti dalam kedudukan lunge. Apabila dalam kedudukan ini, lompat ke atas dan kemudian tukar kaki.
Calf Raises
Latihan kedua paling mudah, boleh melakukan yang ini sama ada di tempat kerja atau di rumah. Hanya berdiri rata di atas kaki anda dengan punggung lurus dan angkat tumit perlahan-lahan, menurunkannya semula. Jangan bengkok ke hadapan atau ke belakang semasa melakukan ini. Badan anda harus bergerak ke atas sahaja.
3. Berlari di atas tangga
Walaupun ia boleh dilakukan secara sporadis semasa anda berada di luar rumah, jangan mencubanya apabila memakai kasut tumit, atau mengalami masalah lutut atau buku lali. Anda boleh mengalami kecederaan serius! Walau bagaimanapun, berjalan naik dan turun tangga selama kira-kira 10-15 minit beberapa kali setiap minggu boleh menyegarkan betis anda dengan baik!
Berdiri tegak dan sambungkan tangan anda di hadapan seolah-olah anda mempunyai pistol di tangan. Pastikan tangan anda berada pada paras bahu dan lengan diregangkan sepenuhnya. Seterusnya, angkat satu kaki dan bengkokkannya ke dalam posisi mencangkung sejauh yang anda boleh. Tahan sebentar, berdiri dan kemudian ulangi dengan kaki yang lain.
5. Reverse dumbbell lunge
Agak seperti lunge biasa, satu-satunya perbezaan ialah dalam yang ini anda perlu melangkah ke belakang ke dalam lunge daripada melangkah ke hadapan seperti biasa. Pegang dumbbell di tangan, letakkan tangan anda di sisi, dan pastikan kaki yang anda di hadapan membentuk sudut 90°. Jeda, kembali ke kedudukan asal dan tukar kaki.
6. Goblet squat
Ini adalah latihan lanjutan jadi jika anda seorang pemula, jangan mencubanya sehingga anda bersedia. Untuk latihan ini, anda memerlukan kettle bell. Jika anda tidak mempunyai satu, anda boleh menggunakan dumbbell sebaliknya. Pegang kettlebell dekat dengan dada dan lakukan mencangkung, pergi serendah yang anda boleh. Pegang kedudukan, bangkit semula dan ulangi.
7. Berjalan berjinjit
Walaupun ia lebih berkesan dengan dumbbell, anda juga boleh melakukannya tanpa itu, supaya anda mendapat kebebasan untuk melakukannya di mana sahaja anda mahu. Apa yang anda perlu lakukan ialah berjalan di atas jari kaki selama kira-kira seminit. Rehatkan kaki anda dan kemudian ulangi. Apabila melakukannya dengan dumbbell, pastikan tangan anda melekat pada sisi badan.
8. Seated calf raise
Ini adalah senaman paling mudah yang boleh anda lakukan! Dan sama seperti berjalan berjinjit, anda boleh melakukannya dengan atau tanpa dumbell. Duduk di atas kerusi dan hanya angkat tumit. Tahan sebentar dan kemudian ulangi. Walau bagaimanapun, semasa melakukan senaman ini pastikan anda memilih kerusi yang membolehkan lutut anda bengkok pada sudut 90°.
9. Jalan ala petani
Nasib baik untuk yang ini, anda tidak perlu berjalan di atas jari kaki! Tetapi apa yang anda perlu lakukan ialah memegang kettlebell di setiap tangan dan berjalan selama kira-kira 10 hingga 15 minit. Pastikan cengkaman anda ketat, badan lurus, dan anda mengambil langkah pendek. Anda juga boleh menggunakan dumbbell jika anda tidak mempunyai kettlebell.
Ini adalah satu lagi latihan yang sangat mudah yang boleh anda lakukan untuk menyegarkan betis anda. Selain menjadikan betis kelihatan baik, senaman ini juga bagus untuk seluruh badan kerana ia berfungsi sebagai kardio yang baik!
11. Mount climb
Ia tidak sesukar yang didengar dan anda tidak perlu mendaki gunung untuk melakukan ini. Apa yang anda perlu lakukan sebaliknya ialah masuk ke dalam posisi tekan tubi dan cuba dekatkan sebelah lutut anda ke dada anda kemudian tukar kaki dengan pantas. Untuk latihan ini juga, pastikan punggung anda lurus dan teras anda ketat.
Seolah-olah 11 ini tidak mencukupi, anda juga boleh melakukan regangan asas untuk menguatkan betis anda. Selain itu, pastikan anda melakukan regangan sebelum setiap senaman kerana ia menghalang kecederaan dan meningkatkan aliran darah serta fleksibiliti otot anda. Selamat bersenam!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...