Ryan Bakery Sebak! Kenang Jatuh Bangun Kehidupan, Akui Isteri ‘Support System’ Terpenting dan Rahsia Kejayaan Miliknya

Share

Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, sebut sahaja Ryan Bakery pasti terbayangkan sifat kelakarnya dan gaya penghiburnya yang cukup menyerlah hingga menjadi sorotan warganet sekalgus membuatkan dirinya mengumpul peminat tersendiri.

Terbaharu, pelawak yang sering melaksanakan content lawak dan tak kering gusi ini telah berjaya menggondol Anugerah ‘Content Creator Tergempak’ di Anugerah Gempak Most Wanted 2022 yang lalu sekaligus menewaskan content creator hebat Khairul Aming.

Sebak Cerita ‘Pahit Maung’ Untuk Berjaya!

Ketika ditemui wartawan sebaik sahaja merangkul anugerah ini, Ryan Bakery telah mendedahkan kisah bagaimana dia mampu menggapai kejayaan pada hari ini hingga mengundang sebak.

Artikel berkaitan: Bahagiakan Isteri, Ryzal Ibrahim Cipta ‘Kenangan Terindah’ Bawa Maryam Naik Helikopter Di Hari Istimewanya!

Menurutnya, isterinya kini adalah tulang belakang kepada kejayaan yang diraih pemuda berusia 28 tahun itu. Katanya lagi, Elyia Ibrahim yang ketika itu kekasih, merupakan antara individu yang yakin dan percaya usaha yang dilakukannya diawal permulaan sebagai content creator itu akan membuahkan hasil.

Meski Elyia tidak menuturkan dalam bentuk kata-kata, namun sokongan secara fizikal diberikan seikhlas hati dengan membantu Ryan menghadiahkan barang-barang elektronik (equipment) yang diperlukan oleh seorang Content Creator.

Isteri ‘Tulang Belakang’ Kejayaan

@f8buzz
Menangis dengan kemenangan @𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 , rupanya isteri jadi tulang belakang sejak sebelum berkahwin lagi #ryanbakery #gempakmostwanted2022 #f8buzz ♬ original sound – F8Buzz

“Saya berniaga popia dan buat video untuk tambah pendapatan. Dia percaya apa yang saya buat, dia keluar duit beli peralatan. Masa tu 2020, saya sampai ke tahap ni adalah atas kepercayaan dia.

“Bila saya cerita kat dia apa yang saya nak, tahu-tahu dah sampai rumah. Jadi sebagai pulangannya, cukup je duit saya terus masuk meminang,” kata Ryan Bakery dalam video yang tular di laman TikTok

Perkongsian video berdurasi dua minit berkenaan telah dikongsikan menerusi akaun TikTok @F8Buzz dan telah mendapat 18 ribu tanda suka dan telah ditonton sebanyak 262.3 ribu penonton.

Tambah Ryan lagi, tindakan isterinya yang percaya akan apa yang dilakukan, harus menjadi inspirasi kepada ramai, agar lebih menghargai pasangan hidup masing-masing yang sentiasa setia bersama disaat jatuh dan bangun dalam kehidupan.

Sumber: Tik Tok @F8Buzz

Artikel berkaitan: Farid Ravi Redha, Pemergian Isteri Ke ‘Alam Abadi’, Titip Janji Mahu..

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir