Ramai di antara kita yang akan menunggu untuk mengemas rumah pada hujung minggu sedangkan kadangkala tidak sampai hari Rabu rumah sudah bagai tongkang pecah.
Jadi admin berikan rutin cepat dan mudah untuk mengemas tatkala hari minggu tetapi tidak mengambil masa dan tenaga yang berlebihan.
1) Kunci #1 dalam menjaga kebersihan rumah adalah dengan memiliki rutin. Rutin harian dan mingguan wajib ada.
Mula-mula pasti sukar untuk mengamalkannya tetapi bak kata pepatah, ‘alah bisa, tegal biasa’.
a. Kemaskan katil.
b. Sapu kawasan yang berhabuk dan jelas kotor.
c. Angkat pakaian yang berterabur/barang yang tidak berada di tempatnya selama 10 minit.
d. Lap kaunter di dapur.
e. Pastikan sinki tiada pinggan mangkuk kotor.
Cuba untuk lakukan rutin harian ini secara konsisten agar rumah anda kelihatan agak kemas. Daur anda akan kelihatan lebih baik tanpa tompokan minyak dan kotoran pada kaunter dan juga pinggan mangkuk kotor dalam sinki.
Lantai rumah walaupun tidak bermop, sudah cukup tampak bersih dengan menyapunya setiap hari. Anda boleh sahaja membuat senarai rutin harian berdasarkan kelapangan dan tahap baki tenaga anda.
2) Seterusnya, sediakan rutin mengemas mingguan yang terdiri daripada tidak lebih dari tiga tugasan setiap hari dan ada jangka waktunya.
Tidak melakukan semua tugasan serentak dan hanya tiga sahaja membantu mengelakkan anda keletihan berlebihan dan juga dapat menjadikan rumah anda kekal kemas dan teratur. Habiskan masa minimum 10 minit dan maksimum 45 minit untuk setiap tugasan.
Set masa anda dan ini akan membantu anda mengemas dengan efisyen dan cepat.
a. Dapur (30 minit).
b. Ruang tamu (15 minit).
c. Laundri: cadar sahaja.
a. Bilik air (30 minit).
b. Bilik tidur (15 minit).
c. Laundri: pakaian sahaja.
a. Vakum (30 minit).
b. Mop (30 minit).
c. Laundri: Kain buruk/pengelap kaki.
a. Ruang pejabat/membaca/surau rumah (15 minit).
b. Periksa rumah (10 minit)
c. Laundri: pakaian.
a. Bersihkan peti ais (15 minit).
b. Kemaskan sepahan (15 minit).
c. Laundri: barangan haiwan peliharaan.
1. Balik kampung atau bercuti ke mana-mana.
2. Menghabiskan masa bersama keluarga melakukan aktiviti yang bukan mengemas rumah.
3. Jika anda memiliki lebihan masa pada hari minggu, mengapa tidak?
4. Boleh melakukan pengemasan rumah menyeluruh pada hujung minggu jika anda mahu.
Mungkin bagi mereka yang ada lebihan masa selepas pulang pejabat, bolehlah cuba untuk mengamalkan rutin ini. Jika anda jenis yang bekerja pergi Subuh pulang selepas Marghrib, mungkin agak sukar untuk mencubanya.
Buatlah sekadar yang anda termampu agar anda dan pasangan tidaklah bertekak mengenai kebersihan rumah memanjang dan mata anda juga tidak sakit melihat keadaan rumah.
Selamat mencuba!