Bila lihat kulit wanita lain nampak sihat, gebu, dan glowing, tentunya mengundang rasa ingin tahu apa rahsia yang diamalkannya. Kalau boleh, hendak tahu apakah produk yang digunakan sehingga kulitnya jadi cantik begitu. Lumrah manusia, gemarkan sesuatu yang cantik.
Untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik, anda perlulah rajin membelai kulit wajah. Seeloknya perawatan kulit wajah dimulakan ketika di usia remaja. Kulit yang dibelai dan dijaga dengan sempurna sejak dari awal lagi akan menentukan ‘penampilan’ kulit anda pada masa hadapan.
Berikut langkah-langkah yang boleh dilakukan buat mereka yang baru hendak memulakan perawatan kulit wajah:
CLEANSER/MENCUCI WAJAH SIANG DAN MALAM TANPA GAGAL
Penting untuk kita mencuci wajah dengan sempurna. Sebelah malam jika siangnya nada memakai mekap, anda mesti double cleanse muka dan leher. Maksudnya pembersih pertama berasaskan minyak untuk cuci segala kotoran mekap dan pembersih kedua berasaskan air.
Sumber gambar: chicagotribune.com
Kulit yang tidak dibersihkan dengan betul tidak akan menyerap sepenuhnya produk yang anda letakkan di atasnya. Ia juga boleh menyebabkan pori tersumbat atau jerawat membesar.
EXFOLIATE (JIKA SESUAI DAN TIDAK BERLAKU IRITASI PADA KULIT ANDA) 
Pengelupasan adalah tindakan membuang sel kulit mati di permukaan paling luar kulit anda. Kesannya kulit lebih menyerap produk penjagaan kulit lebih baik, pengurangan bintik hitam, kulit lebih halus lembut dan cerah serta mengurangkan saiz pori kulit wajah.
Sumber gambar: thezoereport.com
HYDRATING/SOOTING TONER
Langkah yang ini tidak kurang pentingnya dalam rutin penjagaan keccantikan wajah. Jangan sesekali skip ya kalau hendakkan kulit yang sihat dan cantik. Ia berfungsi untuk melembapkan kulit dan menyediakan kulit untuk menyerap produk yang dipakai selepas itu. Ia menjadikan kulit lembap. Sesuai juga untuk mereka yang memiliki kulit berminyak.
Sumber kredit: medium.com
MOISTURIZER/PELEMBAP WAJAH
Menggunakan pelembap yang sesuai untuk jenis kulit anda akan membantu kulit anda mengekalkan kelembapannya dan mengelakkan dehidrasi. Cari pelembap yang merangkumi asid hyaluronik sebagai bahan utama untuk memastikan kulit anda mengekalkan kelembapan maksimum.
Sumber kredit: revivelightthetheraphy.com
SPF PROTECTION/SUNBLOCK/SUNSCREEN 
Langkah ini memang sangat penting untuk anda. Tidak ada gunanya membeli serum atau krim yang mahal sekiranya anda merancang untuk keluar tanpa perlindungan daripada sinaran matahari. Kenapa? Sun protection mengurangkan keupayaan cahaya matahari untuk merosakkan kulit anda.
Sumber kredit: beautyandblush..ccom
Sinaran matahari boleh menyebabkan kedutan, perubahan warna kulit dan kemungkinan barah kulit. Cari pelindung matahari yang memberikan liputan spektrum luas dengan faktor perlindungan cahaya matahari (SPF) sekurang-kurangnya 50.
Kesimpulannya, perawatan kulit wajah mestilah dilakukan seawal mungkin. Ia bagi memastikan kulit wajah kekal terpelihara. Lebih cepat anda mulakan perawatan kulit wajah, lebih bagus. Tidak perlu tunggu usia mencecah 30 an.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI